14 May 2012

10th month

Assalamualaikummmmm semuaaa !
rajin kan I update blog seposen ni. rajin kan? takde yang nak puji?


#okeytakdak.


hari ni 14/05/2012 - cukup 10 bulan aku berkawan baik dengan encik kumbang. ah bla , ayat nak berkawan baik je kannn. haha

well, mekasih la kumbang sebab sudi berkawan dgn saya. walaupun saya tak sehot artis pujaan awak, si Neelofa tu sampai awak sanggup tengok Nona hari Ahad pukul 2 ( HAHAHAHA) tapi awak masih nak berkawan baik dengan saya. saya terharu jugak sebab hari tu awak sanggup tak tengok Nona sebab nak jumpa saya. (HAHAHHAHAHAHAHAHA) kau dah ape hal nak tengok Nona kan??


terima kasih jugak sebab selalu dengar semua yang saya cerita. awak sorang je yang bila saya bla bla bla bla membebel 3000 patah perkataan, bila dah habis saya tanya 


' awak faham tak saya cerita semua ni? faham tak?'   

' faham..fahaaam'

' takkk. sebenarnya awak tak faham. sebenarnyaaaa bla bla bla 4000patah lagi sambung'



awak sorang je yang sanggup dengar 3000 + 4000 patah perkataan setiap jam. awak sorang je.

































okay dah, 
selamat 10th month awak. semoga kita boleh terus berkawan baik dan saling berkawan lebih lama selepas ni walaupun macam dah set setiap nak tarikh 14hb je mesti nak bergadoh. HAHAH.

take care awak. jangan carik awek kawan baik yang lain!

eh, dah sepuluh bulan kan? bak kata Effa, dah cukup bulan nak beranak ni. haha.













walaupun dah sepuluh bulan, tapi aku dengan kumbang, masih ber 'aku' 'kau'..ramai sangat yang tegor cakap nampak macam kasar lah ape lah, tapi bg kiteorang benda tu dah sebati. tak boleh dah nak tukar.

macam mane nak buat, bila panggil baby-baby je terus muntah hijau. acane?
 HAHAHAHA

tak kisah lah panggil apa pun, asalkan bahagia. lagi pun tak de research apa-apa pun cakap kene panggil manja - manja baru bahagia kan? HAHA.

bai korang. 

have a good day !






09 May 2012

Pengapit kali kedua.. SO?

Assalamualaikum semua. 

okey, last update bulan dua.menipu betol kata nak update selalu. janji durjana.



19 April 2012 hari tu, sah la salah seorang daripada adik kawan aku menjadi isteri orang. amboi formal sangat ayat.


masih ingat entry ini?  hari tu tunang, sekarang dah selamat mendirikan rumah tangga. kecik hati I tau, umur 22 dah kawen . kecewa.







akad nikah. aku tak de time ni. cantikkan make up. macam ziana zainnnn !
suka sangat make up time ni. berseri-seri. hewhwe. bersungguh-sungguh aku puji.



terpancar kejeitaaaaaaan muuuuu. HAHA.



MALAM BERINAI


naik ape nama benda ni? tandu eh? macam best kan? hehe.
malam berinai ni aku ada. balik dari melaka terus terpacak depan rumah jijah. haha. tema malam ni JAWA. jawa sangat yuwol.sangat jawa.





eh, eh, saya pengapit la. eh, eh.



hari tu masa Ekin kawen pon saya jadik pengapit, kak lang kawen pon saya jadik pengapit. orang kata kalau dah dua kali jadik pengapit, nanti jodoh lambat. 


so what?




*
*
*






*
*
*






*
*
*




*
*
*
bunyik cengkerik.




ok dah teruskan. aku sebenarnya macam tak faham sangat konsep malam berinai ni. ape sebenarnya yang pengantin tu buat?


sepatutnya berinai jari tangan semualah kan? yang dok tukar-tukar baju cina, india tu semua kira macam mana?




HARI BERSANDING 



naik lagi benda alah junjung ni. untunglah weh jadi raja sehari kene junjung lagi. untung lah !

p/s : bersungguh-sungguh betol si pop tu menjunjung kan? keh keh keh







YB datang woihhh ! kelasss kau kak lang !
adun serting : 

Dato' Shamshulkahar Bin Hj Mohd Deli.

(terima kasih google)


bukan main merah menyala mak ngah tau warna baju. 


sory, setengah gambar ade watermark, setengah tak dak. almaklumlah, rajin separuh-separuh. dah buat separuh baru tersedar ' biarrr betul semua nak watermarkkkkkk. tak kuasa bak layan' hwehwehwe.




kenmain tau veil siap berlayang-layangan. bajet kene tiup angin semula jadik lah kan.




behind the scene.




nampak macam kakak tiri yang jahat lagi kejam sangat kannnnn !
HAHAHA.


besar tau jasa kak long. kalau tak kang tak dapat plak gambar ohsemm macam ni. kkeh keh



 gigih. walau pun nmpak hujung-hujug jari sikit kan. haha
steady kak long !!




so, Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar. masa hari llangsung ni memang semua orang risau sebab mendung sangat. bila-bila masaje boleh hujan, tapi Alhamdullilah tak jugak hujan sampai ke malam. selamat lah semua. kalau tak habis la memori pokok pisang semua, lari-lari dalam hujan.


dan disebabkan cuaca yang cool sangat tu, kiteorang pon plan nak outdoor photoshoot. yeay !




awwww. feeling senja sangat. HAHA. aku sebenarnya malas nak cakap gambar outdoor ni aku yang ambik. malas la nak cakap. malas lah nak kecoh. hewhewwh










okay dah. lepas ni sapa-sapa nak kawen boleh lantik aku jadik photographer.tak mahal. dalam 6k - 7k okay lah kan?


okay dah bai. kak lang dah rupa ziana zain dalam gambar ni. jelez aku.

untuk kak lang, akak doakan kak lang sentiasa heppy dan selamat menempuh alam perkahwinan. nanti akak kawen, kak lang jadik pengapit pulak lah ye. keh keh. ko jangan time aku kawen, time tu lah nak mengandung bagai kan. hehe.

selamat pengantin baru kak lang !




nanti akak kawen, kak lang jadik pengapit pulak lah ye.


masaalah nye,
 bilo??


















** p/s : kumbang, i tak de la nak pressure u nak ajak kawen cepat ke ape kan, 
tak de lah nak kawen tahun depan ke hape, 
tapi masaalah nya, bilo? hewhewhwe.








bai korang ! see you when i see you !


Assalamualaikum.










15 February 2012

I'm here. still remember ME?





Assalamualaikum wanita-wanita cantik dan lelaki-lelaki hensem sekalian.


lama tak update belog.bace belog/ blogwalking pun dah lama gila tak buat. 


alasan : penat bekerja. kerja dari pukul 8.30 sampai pukul 5, isnin sampai jumaat lepas tu setengah hari untuk sabtu boleh jadi alasan sangat kukuh untuk aku lupa kan sekejap belog ni. HAHA.


alasan accepted. TQ




eh, meh cerita pasal kerja.cukup lah kalau aku cakap aku bekerja di sebuah hospital swasta di kawasan kajang. tak perlu nak mention nama. kang tersinggung. aceceh. tersinggung la sangat. HAHA.




simpati nasib aku,disebab kan masa diploma dulu tak de praktikal atau senang sebut aku langsung tak ada pengalaman bekerja jadi aku gunakan spm je mintak kerja. harap maklum. kalau pointer uitm pun agak-agak kelabu je tak perlu kecoh.


apa yang best kerja dekat hospital?


kalau dulu bau panadol pun kau benci, sekarang harus tabah bau ubat dimana-mana sahaja termasuk tempat parking kat LG. harap simpati semua orang. lebih sempati, aku bekerja di bilik bedah. so, wahai darah, wahai ubat come sleep with me tonight.
aku kerja dibilik bedah? best ? bestkan bunyik dia?


jangan nak fikir aku tolong doctor bedah-bedah sangat. kerja aku ade lah up kan semua charges untuk patient yang buat operation.ward billing clerk position aku.sila noted. ward billing clerk, aku ulang.


segala barang yang dia guna masa operation aku yang charge kan untuk semua patient. as for private hospital, charges nya adelah sebanyak 4 kali gaji aku untuk satu operation kecil.#telan air liur. to be honest.


kalau nak lahirkan anak secara Cesarean / operate paling kurang rm 4k. Charges untuk surgeon adelah RM 1650 while untuk Anesthetic/ doctor bius RM 715. charges lain? tak perlu tanye. kebetulan hari tu mak cik aku lahirkan anak dia secara cesarean tapi di hospital kerajaan, dan dikena kan charge sebanyak RM88 secara total. 


=,=  


please say, thank u Najib now.now i said!



oh yeay, hari tu masa mula-mula kerja dekat Operation Theater (OT) teruja gila dengar budak menangis baru keluar perut mak dia. tapi bila dah lama-lama rasa 


' u're nothing to me.pliss berhenti nanges. it's annoy me so much ' HAHAH. 
banyak gila charges untuk baby baru lahir weh!



bila dah kerja, banyak perspective hidup aku yang berubah.


kalau dulu aku fikir, aku akan bahagia sebab kengkonon boleh beli macam-macam without pikir apa dah. ternyata, angan- angan lah oi!


dapat gaji je nak bayar hutang PT, duit rumah , duit itu duit ini bla bla bla. last-last seminggu lagi nak gaji tinggal beras 2 pot kat rumah. demn.




tapi bila kerja ni adelah masa yang sesuai untuk aku kelihatan kurus dimata kawan-kawan. teruja aku bila ekin kata 'kurus weh kau.'


......and i was like ' did u really mean it? '




keh keh keh.





kurus enough?




oh thank yau semuaaa. i know you will say YES.








bai.
oh ye, blog akan keep updating lepas ni.







gembira?

ouch,u touched me.


pissssst :lagi satu nak bagi tau.kengkonon semua doktor hensem macam dalam cerita Cinta Medik tu semua tipu.kau bayangkan kalau muka doctor sebijik macam iqram dinzly?zizan nin?


kau boleh bayangkan?boleh bayangkan?








boleh bayangkan ape yang jadik kat aku?









13 November 2011

Selamat Perantin Baru!




hello wanita-wanita cantik dan lelaki-lelaki hensem sekalian!


lame gile tak hupdate woih. tiada akssess internet,harap maklum.

back to point,

EKYN NAK KAWEN WEH.

teruja sungguh aku bila tau kawan baik sendiri nak melangkah setapak lagi dalam fasa baru kehidupan. bukan main awal. masa ekyn bagitau nak kawen,tiba-tiba aku terus menangis.*over


ekyn rilex je, siap cakap

 'ko jangan nak lalak-lalak kat sini la joyah.aku nak kawen ni.'

dasar hati askar.aku menangis sebab dia.

yelah, tak sangke kot,dulu main kawen-kawen je sekarang betol-betol pulak nak kawen.main lompat getah pun tak habis level lagi ni kyn, ko nak kawen dah. HAHA


comel gile kan kad kawen?



aku wakilkan untuk ekyn,tapi InsyaAllah ekyn akan ajak kesemua rakan facebook dia. haha. takde la.nanti kad akan sampai la kat korang. jangan nak touching sangat.


oh ye. ni lah bakal perantin.sebelah dia bakal pengapit.aceceh.

kyn, bila nak bergambar ayu sebegini lagi pabila kau dah bersuami.
#kesat air mata.sob sob.



bai korang. have a nice sundae!






p/s : aku pengapit weh.orang kate kalau jadik pengapit, 
tak lame lagi kita pulak jadik pengantin.
sekarang macam mane ni, 

nak terus jadi pengapit ke tak?

01 October 2011

kawan orang cantik :)

hello semua!




hari Isnin & Selasa lepas ( 26, 27 Sept) sempat jumpa sahabat Lessbo sekejap. dekat Melaka. tapi tak sempat jumpa semua la. dioerang bizi. sebok sunnguh. dah pergi hari Isnin Selasa lagi nak mengungkit dieorang bizi la ape kan? perangai macam Amareka, jenis nak mencari salah orang je =,= 


so dapat jumpe sekejap je, dapat jumpe yang tak bizi je, dapat jumpe yang nak jumpe je.


lame gile tak gelak gegar-gegar gigi woih. heppy giler!




gambar tak banyak. alah kalau setakat pergi Melaka pastu ambik gambar kat bangunan merah, gmbar DP, MP, MC semua. baik takyah. ingat budak part 1 baru first time jejak melaka negeri bersejarah ke ape?noob.no way.


teha berhenti dekat kedai cenderamata/cenderahati (nak guna yang mane ni?), pastu pergi tempah benda ni.


dah kenape orang lain tah ape-ape, sekali dekat teha terus nak cantik jelita je kan?





anda mahu saksikan siapekah Miera senget, Zeela sengal, Hada over, dan Teha chantek?

tertanye-tanye?

#cepat angguk-angguk.


















Farah senget. cukup senget bagi anda?









Zeela sengal. semua orang tahu, pak payah tanye.memang sengal.haha











Hada over. aku terima lah. dari dulu orang benci aku sebab aku over.benci
#hulur tisu plis.














Teha Chanteq.aku malu nak tulis dia ni chanteq sebenanye, tapi dah dia yang tulis, nak buat macam mane kan?:D
cukup cantek pada pandangan anda?takpayah la jawab.cukup.







gelaran untuk yang lain aku masih boleh terima lagi, cuma yang ini musykil sungguh aku.
aku rasa kes dia ni sama dengan kes 'mana ade orang gila nak mengaku die gile, ye dak?'


'mana ada orang tak cantik hodoh nak mengaku dia tak cantik hodoh, ye dak?'







Beauty lies in the specific looks of a person, rather than the object, because different people feel beauty in different things.

Quotes ni mungkin boleh buat Teha lebih tenteram




sorry Teha, I love U (kurang sikit than I love my BF.pftttt.)
entry ni hanye gurauan manja sahaja.
tak boleh bergurau, kawan dengan robot la kan?






25 September 2011

update panjang lebar.


tengah, sedang, dan akan mendengar lagu ini setiap hari untuk memahami maksud tersirat lagi tersurat.



sekian.



























menyampah betul kalau tajuk tak same dengan entry ni kan. bajet aretis tau kau ni!

Hello gadis cantik dan lelaki hensem sekalian!
aku sekarang tengah bizi memenuhi undangan open house diserata Malaysia. okay seperti biasa semua tipu belaka.



dah hampir dua minggu aku dok  jaga seorang baby comel bernama Qaseh Nur'Arissa. sangat teruja. terus terasa taknak anak cepat-cepat kerana mahu memanfaatkan usia remaja sehabis baik, sebelum kau menjadi sehabis selebet sebab anak asyik menangis Mummy buat susu memanjang panas ingatkan anak tekak buaye ke ape. Susah oi jage budak. Lepas ni taubat dah tak nak jadi annoying setiap kali nampak baby terus cakap

' comelllllnyeeeeeeee....tak sabarnye nak ade baby sendiri'.

taubat, taubat gua taubat. lepas ni kalau nampak baby cuma akan cakap


'comelnye,titik.'



untuk sedap kan hati dan nampak kan gaya penulisan aku seolah-olah menjage baby adelah sangat ohsem, aku ingat nak tulis macam ni,


' jaga baby ni sebenarnye tak susah. baby tak banyak sangat buat hal. bila kenyang dia akan tidur, bila lapar die akan bagi isyarat wueeeekkk sebagai tanda 'susu satu mummy! ', kemudian bila dah kenyang dia akan tidur semula sehingga die lapar dan kembali memberi isyarat. tak susah kan jaga baby? kan ? kan? '

nampak mudah kan? tapi semuanye adelah TIPU semata-mata. kau ingat jaga anak patung Barbie ke apa, menangis keluar air mata je terus sumbat plasticine, senyap.


okay dah tak perlu lah aku terangkan betapa susah nye menjaga Qaseh, nanti korang-korang tak nak ade anak pulak. kih kih kih, melampau kau jahhh.

lagi pon tak lama mana pun jaga Qaseh, minggu depan InsyaAllah dah setat kerja kat tempat baru. Yeay! wish me luck.

lahir 1 syawal si Qaseh ni. nasib baik mak die waras lagi tak letak Qaseh Syawaliah ke ape kan?




bai semua.


Thank for reading this 'loya' entry. Have a good day guys!

08 September 2011

cerita raya saya version lambat gile.



Hello kawan-kawan yang saya suka sekalian. 

sebelum terlupa, Selamat Hari Raya!

sepatutnya ada satu entry sebelum raya, tapi sebab sibuk buat kuih raya, pasang pelita, pasang langsir, sembat baju kurung semuakan #tipu. so, tak sempat nak buat entry la. Alasan. 



Tahun ni, preparation tak best sangat. mak aku mengalami sindrom beli kuih raya dalam balang tahap tak boleh ampun dah ni. memang kiranya tahun ni ,takde langsung buat kuih raya. kuih cornflake coklat yang cairkan coklat-masuk cornflake-kacau-taaadaaaa dah siap tu pun tak nak buat. kahsihan kan?


baju raya? seminggu sebelum raya baru 'hantar' kat rumah jijah.(tukar 'hantar' kepada 'mak jijah datang rumah ambik baju'-aku kejam). dengan harapan mak jijah boleh jadi macam SuperMak macam Nasha Aziz.







so, memang tak ada perbezaan dengan tahun lepas, biasa-biasa sangat. salah satu faktor yang menyebabkan preparation nak raya kami sekeluarga suam-suam kuku seperti lempeng ialah kerana, kami dah semakin membesar.


kau carik baju raya sendiri, carik kasut sendiri, tak yah nak sedondon kedondong bagai dah.
lain lah dulu enam beranak berasak berjalan carik baju raye..baru ohsem!


cuma, ada satu perbezaan raya tahun ni dengan tahun lepas.




tahun ni dapat kad raya!


boyfriend sape bagi kad raye kemain siap bermusic ni weh?
kih kih kih


siap bagi dua kad, satu kad bermuzik untuk dendangan hati kau music di hatiku,
satu lagi kad, khas untuk buat puisi ayat-ayat cinta.
#geli enough?






siap ni blurkan bagai.

HAH! aku dah kata, si kumbang tulis essay :




saya menyukai awak kerana.............................
(tidak kisah lebih berapa patah pun. lebih patah lebih kisah.hihi)


macam tahun lepas, aku tak de entry khas hari raya. sebab banyak sangat nak cerita.

gambar raya tak ada la. tepek gambar ni boleh?
oh ye, si ecah belon ni dah tunang. belon-belon pon laku jugak,ye dak?





kau?














entry raya tahun lepas : Raya yang macam tak nak raya.

13 August 2011

Happy With No Reason.










I hope it'll last forever.




"promise me to sleep tight. while realizing and believing there will always be love from me to you and you to me in your sleep, in your dreams and when you open your candy-eyes.thank u kumbang".   





#lepas ni kalau post-post bende yang menjengkelkan kat FB mahap lah ye. I rase di awang-awangan lah yuwol. keh keh keh.


jijik kan?



06 August 2011

Manusia Lebih Hebat ( part 2 )..siap nak part 2 bagai kan?





HAH!
ambik kau. bagi salam pun tak, ape pun tak.tetiba terus keluar gambar Abg Z tengah mengipas BBQ kan?


Assalamualaikum gadis-gadis cantik dan lelaki-lelaki macho sekelian!
dah bace Part 1?kang jangan heboh kate tak paham aku tulis. nah, baca sekarang.kelik sini.

okay, nak tanya, ada tak yang menangis sebab tak sabar nak tunggu part 2?
#okayfinetakde.


lepas dah kene lenyek dengan banana boat petang tu, bila semua dah mandi wangi-wangi, kiteorang masak. dan kiteorang dah plan menu waktu malam ialah BBQ + Mee Goreng dan Air Sirap Sedap.



nampak sedap kan?
ye.bukan sahaja nampak sedap malahan memang sedap!
tengok la sape tolong kipas.
peluh - peluh tau i kipas.
#tipu.

tukang kipas.
kemain bahagia kan muka tukang kipas?
kipas lelaju sikit ye Abg Pejah. lagi laju ,lagi hensem Abg Pejah kelihatan dimata saya
 #kipas.


tukang makan.
tukang makan lagi lah kelihatan bahagia kan?

lepas dah berpanas panas BBQ, plan untuk aktiviti malam ialah game!
what?game lagi?
ini reunion ke family day woih?

ye.ini reunion.reunion ala-ala family day.
boleh cenggitu?
kihkih.

game ape ni weh?game ape ni?
aku pun tak tau ape nama game ni. 

tapi task nye ialah, si ecah belon tu lipat kertas suratkhabar kepada dua, lepas tu bantai suruh letak kaki ramai-ramai dalam lingkungan surat khabar tadi.

oh lupe.dieorang siap divided group bagai.satu group 5 orang. 
mampu nak letak 10 tapak kaki gajah dalam setengah lipatan surat khabar?

haaa.mesti lah mampu.gambar diatas adalah bukti mereka mampuih mampu.
mahukan lebih bukti?

game tetap game.rokok tetap rokok.
steady gile ko Pis!

group perempuan.memang muat lah sebab semua tapak kaki sebesar tapak sulaiman.


berusah lah kamu semahunya.haha

aku tak tau lah group mana yang menang.macam semua group kalah je.haha.
takpe lah, yang penting usaha kan.

kata si Ecah Belon, game ni mengajar kita erti bekerjasama dalam kumpulan, selain mampu blablablablabla.
#kamitakperlukanpenerangan.

ade lagi satu game!
kotak beracun.


sila cakap 'saya power' kalau ada sesiapa yang boleh lihat semua orang dalam gambar ni.
memang tak banyak gambar malam tu woih.aku nak ambik gambar tak bagi, suruh gak join main game.

kan dah tak de gambar.mak benci tau nyah, susah nak update belog mak ni.macam haram.


gambar atas ni main kotak beracun.yang ni best!
ada yang kene jadi kucing, jadi KATAK, buat iklan shampoo, menari tarian piring tak piring sangat la, joget hindustan.
macam-macam.

nak pitam aku gelak malam tu.yelah, kalau dah sepatutnya kene menari tarian piring tapi macam berlenggang bawak pinggan, ape kes?
aku tak maksudkan ecah ye.bukan.bukan.haha.


malam tu dihabiskan dengan lepak-lepak je.yelah, kata reunion.bukan nye kem motivasi, malam-malam nak kene qiamullail bagai kan.

-------------------------------------------------------------

Day 2.

bangun je awal-awal pagi (#tipu.gile.bangun.awal2.pagi) tu, kiteorang terus mandi, and masak untuk sarapan pagi.lepas tu,

YEAY!

pakai baju reunion tu reramai!
nah,nah tengok ni.

JEJAKA.

GADIS.
(eh takyah nak gadis sangat la.sebab ada yang dah kawen.haha)


kepada yang tak join.kami kirim kan ini sahaja untuk anda-anda okay!

kami sukakan keadaan berhimpit sebegini!!
kih kih kih.

lepas dah beriya ambik gambar semua, cube teka kiteorang buat ape?
ye!tepat sekali!

kami main GAME LAGI !

nama kumpulan : KAMI LAH JUARA.


nama kumpulan : KAMI LAH YANG GAGAH PERKASA

nama kumpulan: KAMI LAH YANG LOW PROFILE GILA

nama kumpulan : SAYA LAH YANG DIBULI SENTIASA.


sebenarnya aktiviti pertama ialah poco-poco.tapi semua orang macam 'gile kau tengah-tengah air nak poco-poco?'
so, kiteorang pon decide untuk sukaneka lagi?
suke nau ko sukaneka kan?
lepas sukaneka yang semua suka baru lah bina istana pasir, and tanam-tanam dalam pasir tu.
lepas tu makan tengah hari, dan akhir sekali part nangis-nangis kesat air mata sebab nak berpisah.sedih kan?

takdelah.part nangis tu aku je cipta.
ingat ni cerita hindustan kat TV 3 ke apa setiap kali nak berpisah je mesti nak nangis.no way.noob.



lepas menangis teresak-esak nak berpisah, sempat lagi pekene cendol kat dataran PD tu. tak sanggup nak berpisah la katekan.haha

tapi bagi aku personally, reunion ni memang best.memang boleh menjadikan yang dulu masa sekolah tak rapat, at least sekarang kalau jumpa dah boleh borak macam-macam cerita. kan?

nak buat reunion ni pun bukan senang sebenarnya,macam-macam hal.
tak yah cerita lah yang malu sebab dulu kau kelas depan, aku kelas belakang.
malu sebab aku tak keje hebat, kau keje kencang.
aku dah kawen malu nak join.

dan macam - macam lagi.



bagi aku semua orang sama je. yang membezakan nye, sama ada kau sporting atau tak nak join?

yang lain doesn't make any different to me.
kita semua sama je.

semua orang nak berak kena meneran dulu kan?
okay.itu cukup menggambarkan kita sama semuanye.