01 August 2016

Jamuan Raya Geng GPS

Fuhhhhh, baru je habis jamuan raya geng GPS.



Kali ni buat kat rumah sendiri so agak kelam kabut la. Tapi best sebab Zaim boleh tidur lena pastu bangun-bangun terus senyum. Hahahaha






majlis baru selesai terus update ni. Hahaha. 
Semangat ke tidoookkk?











Keluarga besar Geng GPS


Ini lah antara yang best duduk dekat Sabah ni. Keluarga jauh, kawan kawan lah yang boleh buat jadik keluarga kat sini. 




Hari ni safiyya mood tak berapa baik sangat. Selalunya dia yang okey. Hari ni kacau waktu tidur dia tu yang mengamok tu. Kecian piyya ibu. Hehe


Mat ni kemahin happy hari ni. Semua aunty dok pegang, agah, ajak main dengan dia pon dia okey je. Ibu is happy! Hahahaha



Alahai tak penuh pulak gambar menu hari ni.
Wany bawak nasi hujan panas dengan ayam sambal. Sedap wehhhh. Nanti nak resepi pleaseeeee!

Aku buat mee bandung hentam je resepi. Ade rasa sikit-sikit kira okey lah tu. Hahahah. Adil bawak ayam kari. pon sedap jugak, pandai jugak Adil masak.
Izzaty bawak rendang ayam huhhh sedap!

Itu je pun menu nya tapi Alhamdulillah mencukupi.

Tak tau kenapa macam seronok je makan-makan kali ni. Sebab aku masak tak rushing kot. Hahaha. Yelah masak mee bandung je. Start kol 4 masak pastu pukul 6 macam tu dah settle dah semua. Tak macam tahun lepas, masak soto. Mana nak buat sup lagi, ayam racik, sos kicap, begedil huiiiii sampai orang datang tak siap-siap lagi masak. Pastu stress, pastu rushing nak pakai baju semua, pastu tudung tak iron pastu bad mood. Hahahahaha

Okey lah, Alhamdulillah kali ni berjalan lancar.
nanti ade rezeki kita buat lagi k.






Yeayyyy! Anak siapa dah pandai meniarap ni!!

Ibu still ingat first time Zaim meniarap sendiri 29 July ( Isnin ) pukul 2 lebih petang. Saksi time tu ayah dengan Cik Farah! Hahahahaha

I love youuuuu Zaim!