14 July 2011

Mari Berkenalan !


Hai kawan-kawan!


tadi baru lepas tengok kalender pastu terus macam omai-omai dua minggu je lagi nak puase.rasa macam baru je lagi update entry pasal raya yang annoy hari tu. Aleh- aleh dah nak raya balik dah.cepat nye masa berlalu kan?


okay, lupa kan seketika pasal puasa dan raya. aku nak cerita pasal belog ni. aku tak tau lah korang, tapi aku suke gileeeeeee dengan banner and background sekarang. sumpah jijik je perangai sebab puji blog kepam sendiri.haha


tak de lah sebenarnya ramai yang tanye pasal macam mane aku buat doodle dekat banner blog ni. kalau aku mengaku aku yang buat sendiri kang takut ada yang pitam-pitam tak percaya pulak.haha. sebab tu lah aku decide buat satu entry 'mari berkenalan' untuk cik anyss yang baik hati. pluss dia buat kan banner free untuk aku.keh keh

jom kenal dia.

FACEBOOK

BLOG

BLOG UNTUK TEMPAH DOODLE & BANNER.



#so, kepada sesiapa yang rasa nak buat banner or nak tukar banner blog yang baru pergi lah berjumpa dengan cik anyss tu ye?jangan risau, die sangat peramah dan tak sombong.hehe.lagi pun die tak kene kan charge yang mahal mane pun. aku rasa harga dia sangat lah berbaloi.

#to cik anyss, aku pun nak mintak tolong kau buat kan doodle baru untuk project aku yang akan datang.hehe.oh yey! aku dah tau nak bagi kau hadiah apa. see u soon okay dear!

bye kawan-kawan!



12 July 2011

surat dari Bunga.

Hai kawan-kawan!

Lately, aku banyak bermain dengan perasaan. Somebody just put me aside without any signal. Tiba-tiba. Sangat tiba-tiba. Dan aku , yes, buat-buat boleh handle macam biasa tapi terdetik jugak la ‘Kenapa?’ . Dulu baik je, tiba-tiba senyap. Sepi terus. Tak ke pelik tu kan?

If, aku ade buat salah ,let me know. Aku rasa aku pun berhak untuk tau kenapa. Tapi yelah. Sapa lah aku nak paksa-paksa orang cakap. Paksa-paksa orang bagitahu.



 
Untuk kau.

Masa yang kau bagi untuk tidak berhubung antara satu sama lain, make me realize bahawasanya aku ni macam mana dipandangan kau. Thanks.


I begging an apology from you.. kalau aku buat salah kat kau. Aku rasa banyak.

‘tipu’ kau, yelah ‘dah biasa tipu org?’ kan?.

Saja miscall kau time ko sembahyang dengan niat nanti kau yang kene call balik.

Kacau anak buah kau, saja hasut dia, cakap kau kedekut nak belanja aiskrim. Tapi memang kau kedekut pun kan? Okay.tak.maap. Tapi kau jemput kakak balik sekolah tak tadi?haha.

Maaf lagi sebab macam tak pernah support ko main bola. Sesungguhnya kita ni memang jauh berbeza. Banyak sangat perbezaan. Kau suka tengok MaharajaLawak, aku suka tengok ImamMuda Nazrul. Dunia. Dunia. kahkah

Dah la. Maaf lah atas segala nya okay? Sekarang aku faham la kenapa kau tak nak cakap depan-depan, aku pun tulis dekat belog seposen ni je ha. Tak jugak berani cakap depan-depan ye dak?

Yelah ,sebab kebenaran tu sulit untuk dinyatakan. 
oh ye, satu lagi. aku mintak maaf kalau aku ni selalu mengade-ngade kat kau sampai kau malas layan kan.haha. sorry tau.

Thanks Kumbang.Thanks a lot.


#kumbang tu hanye metafora untuk melambang kan DIA seorang lelaki ye. tak kan nak tulis surat untuk kumbang kan?dah lama hidup ke apa.


06 July 2011

Hanya aku dan AKU.



BILA KITA DITIMPA MASALAH,

SAKITNYA RASA MACAM MAHU SEMUA ORANG TAHU,

TAPI KATA-KATA TAK MAMPU MEMBERI GAMBARAN SEBENARNYA ,

KATA-KATA HANYA KATA-KATA,

SAKIT TETAP TIDAK TERUBAT OLEH KATA BICARA PEMANIS SEGALA,

TAPI TAK SEMUA ,

KADANG-KADANG ADA YANG HILANG BISA,

SAKIT PERIT

SETELAH LIDAH INI MELENTUR BUTIRAN RASA,

MERUNGKAI SERIBU MAKNA.



JADI HANYA SEORANG YANG MEREMPUH LIKU,

LEBIH INDAH HANYA KAKU,BISU.

BUKAN SEMUA BOLEH TERSENYUM KETIKA DUKA,

TAPI RAMAI YANG BERDUKA SETELAH CERIA,

MASIH RAMAI…..DAN AKU SALAH LAKU, BEKU.



KADANG-KADANG BILA SUDAH BANYAK KALI KALAH,

AKU JADI CEPAT MENYERAH,MENYALAH,PASRAH.

BELUM CUBA, BELUM USAHA SUDAH MEMBERI KATA PENAMAT.TEPAT.BULAT.

CEPAT SANGAT PUTUS SEMANGAT.

CEPAT SANGAT MEMBUAT TEKAD.



AKU BUKAN DICIPTA DARI BESI, AKU BUKAN JUGA DARI KAYU.

TETAP.TEGAP.SUSAH DILENTUR.

MANUSIA DICIPTA DARI TANAH,

MUDAH BERUBAH.

DAN MUNGKIN MUDAH PATAH DENGAN SERIBU MASALAH.







02 July 2011

Oohh,lelaki cool pada tafsiran aku:

cool

Bila add as friend kat FB tapi tak de mutual friend or kalau ada pun tak banyak.friend dia pun tak ramai, 600 or 700 org je. 
bukan 2197 friend sebab nampak sangat kau add semua orang. Yang penting profile picture bukan gambar hampir bogel, separuh bogel apetah lagi kalau gmbar muka tersepit sana terselit sini.Big NO for u.tak kuasa aku nak approved.pergi add orang lain.tak cool langsung.


Bila, dalam keadaan die sepatutnya bengang tapi dia tak bengang.
contohnya, ade waiter perempuan tak cun tertumpahkan sup atas meja secara tak cun dan lelaki tu cuma cakap 
‘laaaaa.tertumpah dahhh’ 
bukan nye 
‘pehal ni. menggelabah gileee.tah apebende buat keje.isshhh.blablabla’.
sumpah tak cool!


bila aku jumpa kawan lelaki yang jarang jumpa pastu terus 
‘haii..syuhaida kan?kenal tak?’ dan muka jangan nak control janggut sangat.
sumpah kau cool weh.
maksud aku dalam hal ni, bukan nya jumpa pastu hanye senyum-senyum-malulah-nak-tegur, 
aleh-aleh dalam FB baru lah 
‘hai,sy rasa saya jumpa awak la tadi.tapi segan nak tegur.yelah siapalah saya ni kannnn’ ok.
boleh bla.kau memang tak tersenarai dalam list orang-orang sumpah-cool aku. Go and get life dude.


bila naik kereta yang kau drive dan kita tak tau jalan tapi kau rilex je macam jalan tu kau selalu guna pergi balik kerja. 
Bukan nye membebel ‘mane jalan ni weh?ishhh.apela korang ni.korang yang pernah g sini tp tak ingat jalan.blablabla’ 
serius busuk gila perangai.
kalau dah sesat ,kembali lah ke pangkal jalan kan?amende nak membebel-bebel macam lah kalau membebel terus masuk highway tadaaaa dah sampai.kan? tak cool.tak cool.


Bila seorang lelaki yang hensem mahu pun tak , tapi die rilex je.
tak menggelabah nak pakai kemeja bergosok bagai walaupun hanye pergi jogging.
tak kisah lepak kedai makcik senah untuk hanye makan goreng pisang.yang ni memang cool bagi aku. walau pun dia tahu dia hensem tapi rilex je borak dengan semua orang, dengan aku yang gemuk ni pun boleh borak, gelak2, lepak2 daripada lelaki yang pilih orang nak borak.
perempuan lawa baru borak.
perempuan body cun baru nak lepak.damn.kau pergi lah bla wahai lelaki tak cool.


And last, lelaki yang boleh buat kerja.
entah kenapa aku rasa lelaki yang boleh diharap untuk tak malu nak gait kelapa, tak malu nak tolong cat rumah, tak malu nak tolong kacau lauk, tak malu nak pasang langsir tu aku rasa sangat cool dan owesome!to be specific, they know what the real men do.
To protect,to care, and to responsible toward women.
arggg. 
kau sangat cool ! to be more more more specific ,bukan lelaki yang cakap ‘tu keje perempuan la.lelaki mane boleh buat!big TAK COOOOOL for you men!



p/s :lelaki paling tak cool adelah lelaki yang saja gelak besar-besar dengan kawan-kawan dia bila nampak sekumpulan perempuan jalan depan dieorang dengan niat nak tarik perhatian. macam orang jahat suspek kes rogol dalam cerita Gerak Khas tau tak?sumpah tak cool!


p/p/s : ini adalah penilaian mata kasar aku , seorang hamba Allah yang hina sahaja.tidak ada kaitan sama ada hidup atau yang sudah meninggal dunia. Kalau aku tambah ‘segala aksi berbahaya didalam cerita ini tidak dibenarkan dilakukan dirumah’ dah macam sama macam permulaan drama Gerak Khas kan?

k.baikengkawan.


29 June 2011

Gambar Tanpa Kata (3)

kecik je budak ni.baru 3 hari masa aku ambik gambar dia.

boleh bayangkan betapa kecik nya dia sekarang?haha.sangat kecik.aku siap ukur.
2 jengkal.okay.pasrah.

Selamat Datang ke dunia baru ini , NurHanna Ain Soffia!

arrrggggggh!
semoga cepat besar dan menjadi budak baik,budak!



*banner baru dibuat oleh cik anyys. masih pikir nak bagi apa kat anyss sebab lukis banner yang sangat cantik tu.love it sooooo much anyss!TQ




04 June 2011

anak kecil ayah ibu



hati ibu itu terlalu suci untuk dilukai,
hati ayah itu terlalu tulus untuk disakiti.








tapi maafkan aku jika anak degil ini masih tegar menyakiti melukai hati mu,
masih keras hati mahu kehendak aku dituruti,
masih bentak kaki jika ada tidak kena pada hati,
aku tahu aku bukan anak baik mu ayah dan ibu.
aku tahu.
aku mangaku.



01 June 2011

Gambar Tanpa Kata Tahap Gelimat mat mat !



Gelimat 1

Gelimat 2

Gelimat 3

Gelimat 4

Gelimat 5

Gelimat enaf?


kah kah kah.
Cukup Gelimat ?
mahu yang lebih gelimat?#okayfinetakmahu.


*aku pikir doploh lapan ribu kali nak masuk kan ke tak gambar ni weh.kegemukkan melampau kan?





29 May 2011

Pasal Kad Kahwin.

minggu ni minggu yang paling ramai orang kawin dekat sekitar kawasan aku ni aku rasa.untuk hari sabtu dan ahad ni saja ada 8 jemputan kawen termasuk satu jemputan datangnye dari jiran sebelah rumah aku sendiri yang wajibulghunah lah kene datang sama ada rela atau paksa.haha

macam takde hari lain kan?okay.aku tahulah sekarang cuti sekolah.okay.
sebab tu lah ramai orang nak buat kenduri kerja kawen pada hari cuti sekolah.kononnya bila cuti sekolah, ramailah orang boleh datang memeriahkan majlis kau.sedangkan ada 3 atau 4 buah majlis yang sama dalam sekiar kawasan yang sama.tu belum masuk kawasan lain-lain lagi.tapi tak tau lah, memang dah trend agaknya memang nak buat kenduri kawen kene tunggu budak sekolah cuti.

okay aku tak nak cerita kenapa dan mengapa tarikh itu jugak yang dipilih, sebab aku pasti mereka ada sebab tersendiri untuk pilih tarikh tu.dah nama pun majlis dieorang kan?

tapi, aku tertarik nak cerita pasal kad undangan atau kad jemputan perkahwinan yang macam-macam trend sekarang ni.ada macam-macam bentuk kan?

ni 8 jemputan kawen yang famili aku dapat.ada yang panjang ada yang biasa.

tapi dalam banyak-banyak kad yang family aku dapat tu ada satu yang comel and agak ringkas aku rasa.dan lain dari lain.dan kreatif.dan comel.

*okay,tak yah nak comel sebut sampai dua kali sangat.

kad dia sekeping je.selalunya ada dua helai yang berlipat kan?

belakang kad.

selain kecik,comel,kreatif dan blabalbla,kad ni jugak berbau wangi dan ada glitter skit.serius menarik gile.
okay dah stop puji-puji.orang semua dah dapat bayangkan dah :(

dalam banyak-banyak kad, kad kawen si huda dan am ni lah yang paling menarik bagi aku.
tapi tak tau lah kan, sebab kebiasaan kat Felda tempat aku ni dieorang (orang yang nak kawen) akan edarkan kad jemputan dieorang ke seluruh Felda.contohnya, rumah kenduri orang yang kawen tu dekat Serting 2,tapi kad akan dihantar ke Serting 1, 2 (for sure), 3 dan 4.tak banyak pulak kan?mampu pulak nak print kad jemputan mahal-mahal untuk lebih kurang 700 orang ni lepas tu dah abis majlis kad jempuatan cantik kau dalam plastik sampah hitam diamnya.

kebetulan mak abg am ni member baik mak aku,so bagi lah kad yang special sikit kot.kalau tak sama je,dapat kad jemputan yang kertas A4 berkaler yang dikerat dua dan difotostet banyak-banyak tu jugak la.

yang ni pon cantik jugak kan?tapi terlipat macam biasa je la.


*kita punya kad kahwin nanti macam mana Mr .Future Hasben?kita buat ringkas-ringkas je la kan.ambik manila kad pastu kerat-kerat je pun I tak kisah?#see.saya tak demand.

bai kawan-kawan.


27 May 2011

Hadiah Sumpah Gempak !

hye kawan-kawan !


baru-baru ni aku dapat gift.okay, bukan hadiah birthday mahu pun hadiah konvo *simpati tade sape nak bagi kau hadiah heh !



hari tu kat FB aku ada post print screen gambar ni.aku tak ingat apa, tapi aku menang satu contest yang dibuat oleh Gadis Semasa Sunsilk (GSS).alahh korang tak ingat ker cerita reality show GSS kat TV 3 tu?kisah nya pasal seorang perempuan ni, namanya Melda Ahmad seorang yang pemalu blablabla.pergi tengok sendiri.



lama gila dia bagi tau 7 March tapi 10 May baru dapat.cerita tu pon dah betahun habis.okay tak.tukar betahun kepada bebulan sekrang jangan-over-la-joyah.

so,seperti yang dijanjikan.hadiahnye ialah pek istimewa sunsilk yang sangat lah istimewa gila.



beg pink-yuwoll kat belakangnya tu adalah pakej hadiah.
to be truth aku tak leh guna sunsilk sangat.terutama syampoo dia.nanti kelemumur seperti salji menghempap kepala.tapi bila aku pakai moisturiser dia,pergggh wangi gilak.thump up untuk bauuu.


----------------------------------------------------------------------------------
seterusnya dari LipIce.sekarang ni kat page LipIce tengah rancak contest Ask Lisa.hah,pergi lah join!
aku pun ingat-ingat lupa pasal contest ni.tapi nama contest ni ialah SOS. Society Of Sistas.aku rasa aku join pun sebab suka-suka je.
mcm mane contest ni?sumpah lupa weh.dah lama dah ni.untuk contest ni hadiah nya ialah:

  a super duper cute card.

 and a super duper cute lipbalm.only.
*aku ambik gambar ni pakai camera ekin tau.sumpah cantik gila.okay nah satu lagi gambar.
okay.terus rasa nak beli camera sekarang.haha

aku rasa Lip Ice ni suka buat contest and bagi hadiah kat orang la.banyak jugak contest yang dieorang buat and yang paling menarik perhatian mestilah duta dia, buah hati Malaya, Lisa Surihani.heh !

buah hati siapakah aku?okay mungkin hanya buah hati mak ayah.mungkin.haha

okay a big thanks to Sunsilk and Lip Ice.u just made my day!
aku rasa semua dua-dua contest yang aku join ni masa lepas habis study hari tu.tak de apa nak buat lalu mensappot segala contest yang ada.yeay!

okay,kengkawan.bai.

title over sangat kan?

24 May 2011

Ingat Sepanjang Hayat.

tanggal 18 May 2011 adelah tarikh genap aku berusia 22 tahun menghirup udara pemberian si DIA ini.bagi aku tarikh itu bukan lah apa-apa. hanya tarikh kau dilahirkan dan berupaya, terpesona melihat dunia.penambahan usia, penambahan usaha, penambahan daya ,penambahan upaya agar suatu hari kau boleh hidup dan memberi usia,memberi usaha, daya dan upaya pada orang lain.aku menerima dan kemudian nya aku memberi.bukan aku sahaja,kita semua.semua.

*permulaan entry kenelah ayat sastera untuk menyerlahkan kematangan diri.ececeh.

okay,kembali sedar diri.
aku rasa mungkin sambutan hari lahir kali ini lebih bermakna sebab sehari selepas hari lahir aku, aku meraikan hari tamat graduasi pulak.kegembiraan berganda.dabel hapines kate orang putih.



serius. bila dah besar,hari jadik bukan lah perlu sangat nak sambut atau diraikan bagi aku.tapi kalau dah kene seret masuk Secret Recipe haruslah senyum sambil jeling-jeling si Ekyn 

'I Love U kinn'
'geli bodoh,makan cepat lepas ni nak tengok NurKasih'
''fine.'
*cipta.

esoknye, konvo.kali ni pon memang nak cakap 'love u kin' tapi sebab takut dan seram kene bodoh yang padu dan tepu lagi sekali,so tak cakap dah.LOL
ekyn banyak tolong la.sebab aku memang agak 'tahu' jalan-jalan nak ke sana so ekyn dengan baik hati tanpa banyak songeh nye meneman aku menempuh sesak panas kat uitm semata-mata nak ambik jubah dan konvo disana.tanpa ekyn aku rasa tak bermakna lah segalanye.
ayat aku nampak ekyn mulia sangat kan?kah kah kah !

okay baju ni sebenarnya agak besar tapi ibunda dah tempah.kau ade pilihan?TAKDO.

semua orang wajib ada gambar sopan dan baik seperti ini tak kira lah betapa jahatnye korang.lol

okay mungkin tak perlu gambar terlalu sopan.

ibunda,jangan nak marah sangat muka.mungkin perlu chill sikit.okay chill.
ini mungkin lebih chill?
okay cukuplah.itu candy si fare bagi untuk hadiah hari jadi.suweet kan?candy mestilah suweett.
haaa.ni lah kawan saya yang budak-budak ni kata dia adek saya.nampak aku tua sangat ker?diam.
oh ye.dia dah ada bf.diam lagi.

cukuplah.hari bahagia dan penat sebenarnye.aktiviti waku lepas konvo lah yg menambahkan lagi kepenatan sebenarnya.oh.yang tu nanti citer.boleh?haha.

thank a lot ekin sebab belanje kek, and sudi nak berpanas sebab aku.kihkihkih.thank jugak kat mak and adik-adik sebab sudi datang konvo walaupun hari khamis sanggup cuti.thank kat kawan-kawan.thank kat all the lecturer yang mengajar sebelum ni.thank atas segalanya.
*nangis

bai.