Showing posts with label kisah silam. Show all posts
Showing posts with label kisah silam. Show all posts

24 July 2011

Manusia - Manusia Hebat ! ( part 1 )

Helloo gadis cantik dan jejaka macho semua!
hai.hai.hai

Sabtu lepas, 16 July aku join reunion.
alah.malas cerita banyak la.tgk gambar je okay?okay.cakap okay cepat!

cepat!


okay.saya datang paling awal ye.excited tekau eirrr!



berape orang tu?ce kira, ce kira.okay dah.13 orang semua nya.begitu sikit?adakah ini dinamakan reunion?adekah?apekah?
bawak bertenang rakan-rakan.bilangan orang tak menjamin kegembiraan.
kih kih kih


disebabkan dari Serting ke PD tu adalah sangat jauh, maka kami memerlukan 7 perhentian untuk memastikan rakan-rakan semua nya berada di dalam keadaan waras tidak gila sama sekali.
7 kali berhenti woih!nak dekat 5 jam baru sampai.
#pitam.


Perhentian Pertama :Petronas


isik minyak.minyak adalah tidak disponser oleh mane-mane datuk mahu pun atuk.banyak cantik muka kau?untuk mengisi minyak sahaja kami yang waras ini mengambil masa hampir 2 jam untuk memastikan semua minyak masuk ke tangki minyak berjalan lancar.



Perhentian kedua: Bahau

Berhenti kat Bahau sebab Afiq nak punch card.ape ni? perlu berhenti beramai-ramai?
oh lupe, petronas tadi adalah di Serting okay.baru bergerak dah berenti. pastu jalan sikit, berhenti lagi.bila nak sampai oi?
#gambar tak de. tak kuasa aku setiap kali berhenti nak ambik gambar.acik bizi yuwol.



Perhentian ketiga : Kuala Pilah.

ni memang setiap daerah nak kene berhenti ke ape?haha.time ni nak kene ambik Umai sebab dia tinggal kat Senaling. Pick up point la kiranya. Yang ni pon tak de gambar. Alasan adalah sama seperti Perhentian dua.
boleh cenggitu?


Perhentian keempat : Ulu Bendul.

Selepas mengisi minyak kereta, mari kita mengisi minyak tuan punya kerata dan penumpang-penumpang nya.Ayuh!


Arif, aku tau kita semua lapar. tapi muka jangan nak garang sangat. cuba chill skit.kita pekena Nasi Lemak Ayam dengan Teh Tarik okay?



see.Arif tidak lagi serius seprti tadi. kah kah kah.
(sorry Rif, nanti raya kita 0-0 balik k?)



ni sebelum Nasi Lemak Ayam sampai. Kak Munnn pun adeeeee.



tak.tak.
ni bukan bergaduh ni.
cuma berbincang nak kencing kat mana lepas ni sebab air dalam badan dah penuh.ish, terasa jijik gila perangai bila sebut kencing.okay, buang air.


Perhentian kelima : KTM Seremban.


kat sini kami menunggu pula kedatangan Manisah and Cha'a.
Manisah awal lagi dah sampai, si Cha'a. mak oi.minitik poloh jantan nunggu eh!
muka si Ecah saja dimaniskan tu, sebona eh dio samo-samo mendidih tunggu Cha'a. kih kih kih



Abang Asmara! 
muka si Fahmi nampak tenang menunggu Cha'a, tapi dalam hati siapa lah tahu kan?haha


okay.nampak tak semua orang sebenanya muka tak puas hati?haha


Perhentian keenam : Highway PD


ohmai.ohmai. SESAT WEH!
kami dalam gambar ni tak sesat la.dua buah kereta lain yang sesat.kau bayang kan nak pergi PD pun boleh sesat, apetah lagi kalau nak pergi Marang next year?kang silap-silap si semah dah sampai Siam pulak kang :(


ni muka kengkonon 'takpe la semah.tak pe la sesat.kembali ke pangkal jalan okay?jangan rushing pada yang sesat tu.kayuh plahan-plahan okay?'
epul nampak sangat omai-omai kan?














perasaan sebenar!
kah kah kah.



ni sorang lagi.
muka tak menggambarkan perasaan (1)


muka tak menggambarkan perasaan (2)
lama gila woi nak tunggu budak sesat kembali ke pangkal jalan. mana tak 5 jam perjalanan.LOL

perhentian ketujuh : Dah sampai!


yeay!dah sampai.yeay!
yang beriya becekak pinggang tu Syakinah.maaf lah, perangai dari sekolah berlagak macam ketua chef tak ubah-ubah.haha


bila dah sampai, dieorang terus pasang khemah. perasaan untuk berenang di lautan tenang masih tersemat rapi di hati.haha. teruja oi tengok laut!


masak sendiri woih.masak sendiri!
jangan tak percaya!


lepas dah makan konyang semua, kami pun start la game untuk hiburan hati.main baling selipar!
dah lama tak main game ni.bapak la mengimbau kenangan zaman kecik-kecik.
#okay pasrah. dah besar rupa nya aku.


pernah main game ni tak?
pangkah diri sendiri kalau tak pernah main.kau manusia paling malang seantero dunia.



berusaha mengimbau kenangan zaman kanak-kanak.
nangis.


aku tak tau kenapa aku upload gambar ni.
bila dah upload aku tak tau nak letak caption apa.
tu lah, dulu mase sekolah kemain suka begaduh 2 manusia ni.sekarang kemain nak ambik gambar bedua!
kah kah kah!


okay!nak main air!


ecah kata ' jangan mengade nak main air. sukaneka tak abis lagi nih!'
'baiklah'
#patuh.
galah panjang.perghh.lagi lah lama tak main.last aku main game ni masa derajah 5 kot.kat sekolah agama.satu geng dengan Ustaz Musa.LOL.sape ingat?!!!!


eksyen je budak ni.bukan power sangat pun ;P




yeay!main air!
setail kan gambar ni?
ok. set as desktop background sekarang!



mungkin lebih setail?



banana boat!
muka cool-tak-takut-jatuh-dalam-air kan semua orang?



sangat cool.



super cool 
nak yang lagi cool?mahukan yang lebihhhhhh coooool?









yeay! u guys look super duper cooool yaww!
macam misi menyelamat bot tenggelam kan?kahkahkah


berusaha lah kamu. kihkihkih
 
okay.dah.penat membahan orang.cukup la entry kali ni banyak gile gambar sampai kene buat dua part bagai.
nanti kan kemunculan part 2 untuk aktiviti malam ,tengah malam, tengah pagi, pagi dan last untuk balik.*cipta
nanti kan okay?
geli je kemain nak nantikan kemunculan bagai.bajet macam juta-juta readers je kau!

oh!
ni last.


matahari nak tenggelam!menarik gile view time ni woih!



okay.tak yah nak bajet Irwansyah sangat Afiq oi. cukup la nyanyi lagu Irwansyah dengan 'Acha' time sambutan hari guru masa kat sekolah dulu.



bai perempuan cantik dan lelaki macho semua!
Assalamualaikum.


update :
ni link untuk Part II .

12 July 2011

surat dari Bunga.

Hai kawan-kawan!

Lately, aku banyak bermain dengan perasaan. Somebody just put me aside without any signal. Tiba-tiba. Sangat tiba-tiba. Dan aku , yes, buat-buat boleh handle macam biasa tapi terdetik jugak la ‘Kenapa?’ . Dulu baik je, tiba-tiba senyap. Sepi terus. Tak ke pelik tu kan?

If, aku ade buat salah ,let me know. Aku rasa aku pun berhak untuk tau kenapa. Tapi yelah. Sapa lah aku nak paksa-paksa orang cakap. Paksa-paksa orang bagitahu.



 
Untuk kau.

Masa yang kau bagi untuk tidak berhubung antara satu sama lain, make me realize bahawasanya aku ni macam mana dipandangan kau. Thanks.


I begging an apology from you.. kalau aku buat salah kat kau. Aku rasa banyak.

‘tipu’ kau, yelah ‘dah biasa tipu org?’ kan?.

Saja miscall kau time ko sembahyang dengan niat nanti kau yang kene call balik.

Kacau anak buah kau, saja hasut dia, cakap kau kedekut nak belanja aiskrim. Tapi memang kau kedekut pun kan? Okay.tak.maap. Tapi kau jemput kakak balik sekolah tak tadi?haha.

Maaf lagi sebab macam tak pernah support ko main bola. Sesungguhnya kita ni memang jauh berbeza. Banyak sangat perbezaan. Kau suka tengok MaharajaLawak, aku suka tengok ImamMuda Nazrul. Dunia. Dunia. kahkah

Dah la. Maaf lah atas segala nya okay? Sekarang aku faham la kenapa kau tak nak cakap depan-depan, aku pun tulis dekat belog seposen ni je ha. Tak jugak berani cakap depan-depan ye dak?

Yelah ,sebab kebenaran tu sulit untuk dinyatakan. 
oh ye, satu lagi. aku mintak maaf kalau aku ni selalu mengade-ngade kat kau sampai kau malas layan kan.haha. sorry tau.

Thanks Kumbang.Thanks a lot.


#kumbang tu hanye metafora untuk melambang kan DIA seorang lelaki ye. tak kan nak tulis surat untuk kumbang kan?dah lama hidup ke apa.


06 July 2011

Hanya aku dan AKU.



BILA KITA DITIMPA MASALAH,

SAKITNYA RASA MACAM MAHU SEMUA ORANG TAHU,

TAPI KATA-KATA TAK MAMPU MEMBERI GAMBARAN SEBENARNYA ,

KATA-KATA HANYA KATA-KATA,

SAKIT TETAP TIDAK TERUBAT OLEH KATA BICARA PEMANIS SEGALA,

TAPI TAK SEMUA ,

KADANG-KADANG ADA YANG HILANG BISA,

SAKIT PERIT

SETELAH LIDAH INI MELENTUR BUTIRAN RASA,

MERUNGKAI SERIBU MAKNA.



JADI HANYA SEORANG YANG MEREMPUH LIKU,

LEBIH INDAH HANYA KAKU,BISU.

BUKAN SEMUA BOLEH TERSENYUM KETIKA DUKA,

TAPI RAMAI YANG BERDUKA SETELAH CERIA,

MASIH RAMAI…..DAN AKU SALAH LAKU, BEKU.



KADANG-KADANG BILA SUDAH BANYAK KALI KALAH,

AKU JADI CEPAT MENYERAH,MENYALAH,PASRAH.

BELUM CUBA, BELUM USAHA SUDAH MEMBERI KATA PENAMAT.TEPAT.BULAT.

CEPAT SANGAT PUTUS SEMANGAT.

CEPAT SANGAT MEMBUAT TEKAD.



AKU BUKAN DICIPTA DARI BESI, AKU BUKAN JUGA DARI KAYU.

TETAP.TEGAP.SUSAH DILENTUR.

MANUSIA DICIPTA DARI TANAH,

MUDAH BERUBAH.

DAN MUNGKIN MUDAH PATAH DENGAN SERIBU MASALAH.







24 April 2011

Artificiality in Me.

pada saat aku rasa aku tak perlukan dia,
dan kami akan terasing.
pada masa aku rasa dia semakin jauh,
dan kami semakin mengasing.


tapi bila berjumpa,
aku rasa dia masih seperti dulu,
jauh benar RASA hati menjangkau,merayau.
sahabat itu tetap sahabat,
tetap sahabat hebat yang dulu.


aku malu nak mengakuinya,
aku malu nak mengakui yang aku rindukan masa lalu.
bukan malu
ye.aku EGO.
aku tahu.




05 December 2010

Jangan Nak Malu Sangat lah !

hye kakak-kakak, abang-abang, meh rapat-rapat.ade barang baik nak saye cerita kat abang kakak cantik molek.

waaahhh..intro meriah gitu.

ape ade hal semalam menulis belog hari ni menulis lagi.sape nak marah meh bagitahu aku.nak aku ketuk skit kepala pastu bagitau, ni blog aku la!

dah,dah.jangan marah-marah.mari kak rapat-rapat.

balik dari kenduri kawen rumah teha tadi aku masuk bilik sambil online.jumpa ini.




macam mane gambar-gambar semase diusia tak-matang-surat-cinta-bawah-meja macam ni boleh diupload dan tanpe segan silu di tag ni?


nak marah pun tak guna,benda dah memang benar.haha

korang jangan nak besa-besa kan gambar pastu nak teka-teka yang mana satu aku.sbb aku pon tak cam, tak berape nak pecaye kewujudan aku kat situ.



p/s : aku berdiri, belakang sekali ,4 dari kanan.
see.sape tinggi selalunye memang kene duduk belakang.
dah-dah,jangan nak gelak sangat.
cuba selak-selak gambar korang mase darjah 2 dalam album pulak..

haaaa..kan ade yang dah benti gelak.



gambar-gambar silam ni kadang-kadang segan jugak nak kongsi.tapi aku relix.chill.haahah

aku tgh rilex ni,sape-sape ade blog lebih meh bagi aku bace.drop la link kat mane-mane yeh.

bye readers!