29 May 2011

Pasal Kad Kahwin.

minggu ni minggu yang paling ramai orang kawin dekat sekitar kawasan aku ni aku rasa.untuk hari sabtu dan ahad ni saja ada 8 jemputan kawen termasuk satu jemputan datangnye dari jiran sebelah rumah aku sendiri yang wajibulghunah lah kene datang sama ada rela atau paksa.haha

macam takde hari lain kan?okay.aku tahulah sekarang cuti sekolah.okay.
sebab tu lah ramai orang nak buat kenduri kerja kawen pada hari cuti sekolah.kononnya bila cuti sekolah, ramailah orang boleh datang memeriahkan majlis kau.sedangkan ada 3 atau 4 buah majlis yang sama dalam sekiar kawasan yang sama.tu belum masuk kawasan lain-lain lagi.tapi tak tau lah, memang dah trend agaknya memang nak buat kenduri kawen kene tunggu budak sekolah cuti.

okay aku tak nak cerita kenapa dan mengapa tarikh itu jugak yang dipilih, sebab aku pasti mereka ada sebab tersendiri untuk pilih tarikh tu.dah nama pun majlis dieorang kan?

tapi, aku tertarik nak cerita pasal kad undangan atau kad jemputan perkahwinan yang macam-macam trend sekarang ni.ada macam-macam bentuk kan?

ni 8 jemputan kawen yang famili aku dapat.ada yang panjang ada yang biasa.

tapi dalam banyak-banyak kad yang family aku dapat tu ada satu yang comel and agak ringkas aku rasa.dan lain dari lain.dan kreatif.dan comel.

*okay,tak yah nak comel sebut sampai dua kali sangat.

kad dia sekeping je.selalunya ada dua helai yang berlipat kan?

belakang kad.

selain kecik,comel,kreatif dan blabalbla,kad ni jugak berbau wangi dan ada glitter skit.serius menarik gile.
okay dah stop puji-puji.orang semua dah dapat bayangkan dah :(

dalam banyak-banyak kad, kad kawen si huda dan am ni lah yang paling menarik bagi aku.
tapi tak tau lah kan, sebab kebiasaan kat Felda tempat aku ni dieorang (orang yang nak kawen) akan edarkan kad jemputan dieorang ke seluruh Felda.contohnya, rumah kenduri orang yang kawen tu dekat Serting 2,tapi kad akan dihantar ke Serting 1, 2 (for sure), 3 dan 4.tak banyak pulak kan?mampu pulak nak print kad jemputan mahal-mahal untuk lebih kurang 700 orang ni lepas tu dah abis majlis kad jempuatan cantik kau dalam plastik sampah hitam diamnya.

kebetulan mak abg am ni member baik mak aku,so bagi lah kad yang special sikit kot.kalau tak sama je,dapat kad jemputan yang kertas A4 berkaler yang dikerat dua dan difotostet banyak-banyak tu jugak la.

yang ni pon cantik jugak kan?tapi terlipat macam biasa je la.


*kita punya kad kahwin nanti macam mana Mr .Future Hasben?kita buat ringkas-ringkas je la kan.ambik manila kad pastu kerat-kerat je pun I tak kisah?#see.saya tak demand.

bai kawan-kawan.


3 comments:

ASSILA. said... [Reply to comment]

serius comel yg huda & am tuuu! kawen t nak gak lahh. hahha. *cakap macam dah ada calon*. :P

Luna Chempaka said... [Reply to comment]

ko bia btul dot -___-" kad manila org buat tnjuk arah bkn buat kad kawen..

nursyuhaida said... [Reply to comment]

ASSILA. :comel kan?dah la wangi.aku siap simpan ,mane lah tau buat rujukan nnti2 kan?haha

Luna Chempaka :tak pe, aku nak buktikan sifat tak demand aku.haha