aku agak sensetif kalau apa saja benda yang melibatkan emak dan ayah.
cik kasim dan cik milah.
ye.tajuk kau tak yah nak mengundang sangat.
aku tak rapat dengan ayah sangat.
jap.
ape yang korang definisikan dengan tak rapat dengan ayah sangat?
tak rapat maksud aku dalam hal ni, aku jarang bercerita, berbual, begelak atau jarang ada aktiviti yang aku lakukan dengan ayah berbanding dengan mak.
kecuali aktiviti mencocok keluarkan duit dari Maybank ayah.
okey dah banyak kali ajar pon ayah aku tetap tak pandai nak cash out dari ATM's machine.takut kad kene telan.sila menangis semua orang.
tapi tak tau kenapa,walau pun tak rapat,aku akan dengar setiap inci apa pun arahan ayah.
contoh, mak dah banyak kali suruh angkat kain tapi tetap bagi alasan nak tunggu Adamaya ni iklan dulu baru angkat punggung lalu mengangkat kain, tapi bila tetibe ayah datang cakap
'long, angkat kain.dah petang ni'
'yelah.ye.baiklah ayah'
terus rasa macam tak tengok adamaya pun tak pe asalkan dah angkat kain.LOL
*tak de.saje nak bagitau hari tu kecik hati dengan ayah.ayah tak bagi aku keje jauh-jauh nanti takut tak makan.sila menangis sekali lagi .
0 comments:
Post a Comment