10 May 2011

10 Sebab Saje Jadikan Penyebab.

Salam sejahtera semua.

*eh,motif lah nak salam sejahtera kan?

sabtu lepas ada event TM.net dekat SMK Seri Jempol tanah tumpahnya sifat-kepengawasan-ku.rindu kat sekolah woih.jumpa cikgu-cikgu semua cakap 'ehhh..dah besarrr la awak.'
*sampai malam pikir,ape maksud besar?besar=comel mungkin?selak kamus dewan sekarang.


well, ape yang best sampai aku beriya-iya nak joint?


1. sebab event ni buat kat sekolah.dah lame gile woih tak g sekolah.mesti cikgu-cikgu semua rindu aku.*pengsan.


2. dan sekolah dekat dengan rumah.tak macam selalu event TM mesti buat jauh-jauh.nak balik,berak pun payah.


3. sebab dekat sekolah ada berlangsungnye (berlangsungnye?) Karnival Kerjaya dan Keusahawanan. manalah tau kan, sambil menyelam boleh belajar berenang.sambil bekerja boleh membina kerjaya.haaa.kan dah dapat keje kat bank rakyat*senyum-sengeh.


4. sebab ade MY TV3!


5. sebab no 4 sepatutnya letak atas sekali.sebab masa tau MY TV3 nak datang terus cakap dengan Jijah nak joint event.dalam kepala dah pikir. yeay! My TV3 datang, nanti dapat masuk tv, terus populer ,terus semua orang kenal, terus ramai orang add kat facebook, terus menang ABP.noob.


6. sebab dekat booth My TV3 ada pelakon Juvana-gile-jahat.


7. sape? Apek dengan Botak.tak tengok Juvana?sila pangkah diri sendiri sekarang.


8. macam dah takde sebab lagi je.


9. oh! sebab Apek and Botak sangat sporting. dan macam tak reti penat nak layan budak-budak sekolah ,layan bekas-bekas budak sekolah. kau ingat senang jadik artis?ingatkan Botak si house captain garang macam dalam Juvana, rupanya LAKONAN je la LOL.


10. okay dah.cukup seploh sebab.




semangat tau, nak beli keropok lekor pun masih pegang pamphlet streamyx dengan harapan customer tetibe mendayu-dayu datang kat kau.

team-mate gigih.

kenal tak?yang kiri Apek yang asyik tolong Daim tampal poster sampai kene marah 'poster melambak kat koridor sape nak kemas?'
 yang kanan Botak kemain 'saya dah lama tak tengok perempuan,cikgu'
#nampak sangat tak kenal sampai kena perkenalkan.

bai.abang-abang MyTV3 nanti datang lagi tau.tau.
saya sayang abang MY TV3
*lambai tangan .kesat air mata.beriye.






0 comments: