02 July 2011

Oohh,lelaki cool pada tafsiran aku:

cool

Bila add as friend kat FB tapi tak de mutual friend or kalau ada pun tak banyak.friend dia pun tak ramai, 600 or 700 org je. 
bukan 2197 friend sebab nampak sangat kau add semua orang. Yang penting profile picture bukan gambar hampir bogel, separuh bogel apetah lagi kalau gmbar muka tersepit sana terselit sini.Big NO for u.tak kuasa aku nak approved.pergi add orang lain.tak cool langsung.


Bila, dalam keadaan die sepatutnya bengang tapi dia tak bengang.
contohnya, ade waiter perempuan tak cun tertumpahkan sup atas meja secara tak cun dan lelaki tu cuma cakap 
‘laaaaa.tertumpah dahhh’ 
bukan nye 
‘pehal ni. menggelabah gileee.tah apebende buat keje.isshhh.blablabla’.
sumpah tak cool!


bila aku jumpa kawan lelaki yang jarang jumpa pastu terus 
‘haii..syuhaida kan?kenal tak?’ dan muka jangan nak control janggut sangat.
sumpah kau cool weh.
maksud aku dalam hal ni, bukan nya jumpa pastu hanye senyum-senyum-malulah-nak-tegur, 
aleh-aleh dalam FB baru lah 
‘hai,sy rasa saya jumpa awak la tadi.tapi segan nak tegur.yelah siapalah saya ni kannnn’ ok.
boleh bla.kau memang tak tersenarai dalam list orang-orang sumpah-cool aku. Go and get life dude.


bila naik kereta yang kau drive dan kita tak tau jalan tapi kau rilex je macam jalan tu kau selalu guna pergi balik kerja. 
Bukan nye membebel ‘mane jalan ni weh?ishhh.apela korang ni.korang yang pernah g sini tp tak ingat jalan.blablabla’ 
serius busuk gila perangai.
kalau dah sesat ,kembali lah ke pangkal jalan kan?amende nak membebel-bebel macam lah kalau membebel terus masuk highway tadaaaa dah sampai.kan? tak cool.tak cool.


Bila seorang lelaki yang hensem mahu pun tak , tapi die rilex je.
tak menggelabah nak pakai kemeja bergosok bagai walaupun hanye pergi jogging.
tak kisah lepak kedai makcik senah untuk hanye makan goreng pisang.yang ni memang cool bagi aku. walau pun dia tahu dia hensem tapi rilex je borak dengan semua orang, dengan aku yang gemuk ni pun boleh borak, gelak2, lepak2 daripada lelaki yang pilih orang nak borak.
perempuan lawa baru borak.
perempuan body cun baru nak lepak.damn.kau pergi lah bla wahai lelaki tak cool.


And last, lelaki yang boleh buat kerja.
entah kenapa aku rasa lelaki yang boleh diharap untuk tak malu nak gait kelapa, tak malu nak tolong cat rumah, tak malu nak tolong kacau lauk, tak malu nak pasang langsir tu aku rasa sangat cool dan owesome!to be specific, they know what the real men do.
To protect,to care, and to responsible toward women.
arggg. 
kau sangat cool ! to be more more more specific ,bukan lelaki yang cakap ‘tu keje perempuan la.lelaki mane boleh buat!big TAK COOOOOL for you men!



p/s :lelaki paling tak cool adelah lelaki yang saja gelak besar-besar dengan kawan-kawan dia bila nampak sekumpulan perempuan jalan depan dieorang dengan niat nak tarik perhatian. macam orang jahat suspek kes rogol dalam cerita Gerak Khas tau tak?sumpah tak cool!


p/p/s : ini adalah penilaian mata kasar aku , seorang hamba Allah yang hina sahaja.tidak ada kaitan sama ada hidup atau yang sudah meninggal dunia. Kalau aku tambah ‘segala aksi berbahaya didalam cerita ini tidak dibenarkan dilakukan dirumah’ dah macam sama macam permulaan drama Gerak Khas kan?

k.baikengkawan.


0 comments: