14 September 2014

Tiga Puluh Lapan - (38th)







Tiga puluh lapan bulan yang lepas, ada dua manusia yang menyimpul janji untuk setia mengasihani selagi masih ada hati.



Dan pada bulan ke tiga puluh lapan ini, manusia ini masih ( InsyaAllah ) setia memegang segala janji. Alhamdulillah.




Ke tiga puluh lapan kali ni, aku rasa tetap sama. Lelaki yang aku kenal dulu masih sama seperti tiga puluh lapan yang dahulu. Kalau ada berubah pun, sejujurnya berubah kepada kebaikkan, berubah kepada yang lebih matang. Berubah kerana usia yang bertambah, berubah kerana sekeliling merayu kepada perubahan, berubah kerana memang sewajarnya berubah.





Selamat yang ke tiga puluh lapan sayang. Moga awak dan saya masih SAMA.









01 September 2014

Wedding kawan-kawan.



Bosan nya tajuk entry 'wedding kawan-kawan' . Tak productive langsung tajuk. Hahahaha.


When you want to get married, make sure you choose the right dates on your majlis. Sabtu lepas, kawan-kawan aku ada 3 orang yang bersanding pada hari yang sama. Bukan lah tak okey, cuma kawan-kawan kena bahagi-bahagi masa datang majlis kita. Setengah jam dekat kawan A, setengah jam kat kawan B, 10 min dekat kawan C sebab datang terus jumpa pengantin, sejam dekat kawan D sebab kawan sekolah lama gila tak jumpa. Ahahaha. 


No, aku bukan complain. I just giving out my opinion. Ahahaha. At the end of time, semua dah selamat bergelar suami isteri. Tu yang penting sekali kan. Just ignore me. Kehkehkeh!








Wedding pertama : Hafiz and Maimon.

Dieorang ni dua dua sama sekolah dengan aku masa sekolah menengah. Masa sekolah dulu rasanya tak pernah dengar pulak dieorang ni bercinta cinta. Alih alih kawin dah. jodoh kan?



Punya lah luas dunia ni, rupa-rupa nye jodoh Maimon dekat je dengan rumah dia. Okey so lepas ni adik adik jangan nak bergaduh dengan jiran-jiran. Kang alih alih jadik laki kau esok. Ahahaha. 



Dekat wedding dieorang ramai jumpa kawan-kawan sekolah dulu. Yang dah kawin ada anak semua jumpa. Seronok tau bila ingat dulu-dulu time sekolah semua hingusan lagi. Sekarang dah beranak pinak dah masing-masing. 





Jumpa Rohani dengan Shafanaz, anak dieorang dah nak sekolah dah okey. 
Aku cakap dengan Aisyah, anak orang dah nak sekolah dah cah, kita, anak kucing pun kecik lagi. Bahahhaha. Kejam nya ayat. Kot ya pun tak yah lah 'kita', cakap je lah aku sorang je. Ahahaha.






 Semua ex student SMK Seri Jempol




Lelaki. Macam kelakar lah pulak ambik gambar lelaki satu gambar, perempuan satu gambar. syariah compliant sangat tau.



Selamat pengantin baru moon!






Macam aku cakap, hari tu ada 3 kawan yang kawin lepas tu aku dah berjanji dengan tiga-tiga nak datang. Bahhaha. Bergegas-gegas dari rumah Maimun gi wedding Aida plak. Nasib baik dekat.




selfieeeeee!


 Gambar curik dari group wasapp. Ehehehe.



Ni haa la yang nak jumpa sangat. Nak reunion tahun 6AB duluuuu!
Actually aku yang tubuhkan (tubuhkan tak boleh bla) group reunion tahun 6 ni. Lepas tu dieorang pulak yang terlebih excited. Siap nak pre-reunion. Kau mampu?

Hahahahaha.

Misi reunion 6AB ni tak akan terlaksana sampai lah kita orang jumpa guru kelas kiteorang dulu. Masih mencarik lagi macam mana nak contact Cikgu Yatim sebab dia macam tak da FB je. We are looking for you Cikgu Yatim Marjiko. giteww gigih kaklong hafal nama cikgu tau.



Setakat ni masih ramai lagi yang macam segan segan nak join group reunion ni. Yelah dah berbelas tahun tak jumpa kan. Tapi hari tu jumpa masa kawin Aida ni, siap ingat balik masa darjah 6 dulu sapa duduk tepi tingkap, sapa duduk bawah plug on/off kipas. Ahahaha. Best!


And last but least,

pijat and wife!



Pijat ni manusia paling sempoi pernah aku kenal. Ahahaha.

Sebab apa sempoi,
sebab aku datang paling last. Tapi dia cakap 'takpa,yang penting datang!'
Ahahahahahaha.





Selamat pengantin baru korang! Semoga kekal ke akhirnya.


Doakan aku pulak!

teheee!




















































eh, belanje selfie sikit.





Selfie senget. Sebab malas nak rotate. Ahahaha.





Thank you for reading!








#Misikuruskaklongdot (1)




Aku kat serting sekarang. Cuti sempena merdeka start sabtu, ahad and isnin.




My diet is GONE!


Aku makan nasi, makan buah, minum milo ais non stop, i even eat maggie perosak diet no 1.

Everything in my house was so sedap for me. Even the fu**ing banana. Aku tak suka pun pisang but i can't handle my self from eat everything in this house. OMG my diet is failed. Fall into pieces. cry cry cry.






Aku tak tahu lah kenapa tapi bila sampai rumah je aku memang tak dapat kawal selera sendiri. Aku rasa mak aku macam kecik hati je kalau aku tak makan nasi goreng dia. 

**sedangkan mak aku kesah pun tak. tapi aku dapat rasa perasaan mak aku.  **



Lepas tu macam kesian je milo dalam plastik tu. Kalau aku tak buat air, mesti keras macam tu je kan, so don't waste. Letak air panas, letak milo, susu, and ice. omg omg i know i'm so bad in control my appetite, and it become worse when i'm at home. I hate it. And i regret more when my mum say, don't eat to much Long, your body look a bit thin now. I stop, I smile and I continue finish my mee goreng basah. 

Here my menu, aku sampai rumah jumaat malam. Balik je bodek ayah, 




' ayahhh, belanje sate yahhhhh. ehek ehek ( gelak bodek in case if u don't understand )'
' bukak ke kedai sate depan tu? '






* 1 ate 10 cucuk of satey, 8 cucuk ayam 2 cucuk daging and 1 peket nasi impit. I still rememberrrrr! *






Sabtu pagi, no sarapan. I just minum a lot of air masak, sebab rasa bersalah makan nasi impit semalam masih berbaki.




Ada kenduri kahwin Maimon and Hafiz.


 They are finally married! Dua dua kawan masa sekolah ni. Tapi masa sekolah rasa macam tak tau pun dieorang bercinta. Tup tup kata nak kawin. I'm so happy for them! So I treat myself with nasi + daging asam pedas and some tempe goreng macam lodeh i'm not sure what they call it but it was so damn good in my tummy now. 



Aku makan banyak gila, just because I'm happy for them! 
* not my mistake i guess. i just celebrating them. cry. *






Ahad isnin tak yah cerita la makan macam orang baru balik dari kutub utara. Mee goreng, nasi goreng, cekodok, dan macam-macam lagi. Diet is gone. Totally gone.



Harap-harap esok boleh start diet balik macam biasa. Pray for me!

















28 August 2014

#Misikuruskaklongdot



Hai !


Poyo tak tajuk kemain misi kurus kan. Hahahaha.


To be honest aku kurus dulu. Tak de lah kurus mana, tapi kalau setakat kebaya ni selambe gua tapau. Hahaha. Sejak form 5, even masa diploma pun kurus lagi. First, masa diploma makan bapakkkk tak sedap okey. Bapak tahap dia. Hahahaha. Lepas tu duit pun tak banyak, nak mintak mak ayah selalu memang tak la sebab adik-adik ramai lagi nak study. So, duit tak ada tambah makanan dining tak sedap mcm combination yang win.



So, lepas diploma aku start kerja dekat KPJ Kajang. Hello, kerja hospital kau expect makanan dia macam mane? Elok sikit je dari dining uitm. Hahaha


Okey, here the story begin. Aku kerja melaka. Pagi setiap hari ada pasar dekat bawah office. Tell me what u want? Roti canai, meratabak ayam, mertabak daging, nasi lemak, bihun, laksa, lontong, even mee kari pon ade pagi-pagi. Kadang-kadang aku beli sebelum masuk kerja, kadang-kadang dah masuk kerja dah pun, melompat kejap turun office beli sarapan. 



Lunch, kedai kak dila lauk sedapppppp gila. Seriously. Rasa mak dia masak sama macam mak aku masak. OMG. I never skip my lunch. Never. Walaupun pagi tadi dah beli mertabak daging.



Petang, ada jual macam-macam kuih, goreng pisang, cucur udang, hot dog, bebola ikan, bebola daging semua adaaaaaa.




Malam, selalu nya keluar makan dengan syafiq. Ikan bakar? Siakap 3 rasa? U just name it. Semua boleh dapat dengan mudah kat Melaka. And this story berulang-ulang every day.


Combination yang paling best dekat melaka : makanan sedap  + murah . Soooo win!


Dan habit aku makan tanpa berfikir ni berterusan sampai lah aku realize yang berat aku tersangat lah berat!

Panic!



Panic giler bila pakai baju kurung dah sempit. Pakai blouse dapat masuk separuh je. *cry cry*

Dulu aku beli baju memang size S atau M. Now kalau try baju mesti try L atau XL. because I know I can't fit S or M anymore. *cry out loud hahaha*



And then after all the drama, i think i need diet. Seriously diet. Kebetulan Syafiq tunjuk kan satu group diet dekat FB. It's call 'Kelab Diet Atkins'



Basically diet ni adelah diet berfrasa. Frasa 1 iaitu frasa induction. U can't eat anything that contain Carbohydrate. At all. Nasi, kentang, roti, semua lah. even kicap has carbohydrate okey guys. I don't lie.












* Alamak, my boss is calling me. We have meeting now. Will update later!

Here link for Kelab Diet Atkins !








31 March 2014

Lelaki luar biasa.

This is so random. So please pardon my words.






Aku dihidupkan di dalam lingkaran hidup yang penuh dengan ragam manusia. Tapi ada satu jenis/ragam manusia ni, yang sungguh aku tak faham motif hidup dia, LELAKI.




LELAKI yang sudah ada isteri/tunang/kekasih tetapi masih boleh 

'' walaupun aku ramai scandal,tapi aku paling sayang isteri/tunang/kekasih aku lebih dari scandal-scandal yang lain''



Helloooo cik abangg. Pernah makan selipar jamban?









korang tahu perasaan kalau kena kejar dengan anjing gila? Rasa menggelupur kan?



Macam tu lah aku rase sekarang bila kawan aku cerita, boyfriend dia bersifat sebijik macam tu. Menggelupur je aku nak penamparrr bf dia tu.

Ape kau ingat kiteorang perempuan ni bangga sangat dengan ''paling sayang berbanding scandal-scandal yang lain'' engko tu. Kau ingat kawan aku tu minah rempit ke hah syaitoonnnn?





Girls out there, please. You deserve a better man. Unless lah kau pun macam tu.



















Bila jadi macam ni, tahap kecuakkan aku terhadap kumbang meningkat 200%.
Tiap masa tiap saat aku massage dia, check whats up dia bila last seen,
check FB dia kot kot ade yang PM 'sir, boleh bantu saya dalam pembelajaran' 

oh kamon, so last year style nak mengorat konon2 nak bantu study ni =,=



Lepas tu aku realize yang FB kumbang, dari dulu kini dan selamanye lebih banyak like page bola dari bilangan kawan.


So, I rest my case. 














04 March 2014

The Silly Me

**
**
**



Lately aku dengar banyak sangat keruntuhan hubungan, Erra dah bercerai, walaupun tak de kena mengena dengan aku. Hahahah. Last 2 weeks, office mate aku, Iza clash dengan bf dia after 6 years in a relationship. The other days, aku baca blog perempuan jomblo, the owner Noe, baru je divorced dengan husband dia selepas lebih 5 or 6 tahun kahwin kalau tak silap aku.




You know what, being the silly me i'm quite emotional in this separated/cerai berai thing-gy. I cant imaging how sad i am when i put myself in their shoe. Bila kita dah bersama orang tu hampir dah sebati dengan kita, tiba-tiba atau dari hari ke hari makin hilang, makin jauh, makin rasa tak serasi. Huh, aku sungguh tak dapat bayangkan. 



Tak tau kenapa aku emosi sangat sekarang.


Aku boleh menangis dengan mudah nya disebabkan perkara - perkara kecil. Nampak Juna anak Fynn Jamal dah start mula bercakap, aku dah sebak. tak memasal kan? Tu belum lagi iklan iklan, cerita cerita yang memang sedih, mula lah cepat je nak sebak, nak meleleh air mata. Kadang-kadang tak faham jugak la apa hal dengan aku ni. Makin meningkat usia, hormon sedih,simpati makin berkembang ke aku tak tau lah.



Yang aku paling tak boleh bla, semalam tengok YouTube shila amzah perform lagu Mandarin kat China, lepas dah habis baru perasan aku menangis tersedu sedu. Aku sebak tengok dia bersungguh sungguh nyanyi, lepas tu orang semua menghayati lagu tu, lepas tu semua orang tepuk tangan kuat-kuat tanda sokong dia.

Tak ke sedih tu?


















27 February 2014

Counting the star.


**
**
**


Satu benda yang aku rasa paling susah nak explain is, perasaan. Susah kot nak terangkan apa yang hati kita rasa. Apatah lagi nak memahami hati dan perasaan orang lain.


**
**
**
**

Dah sebulan lebih Syafiq start his job dekat Sabah. How do I feel? 

Susah. Susah nak explain perasaan ini. Perasaan aku yang ini. 

**
**
**


Syafiq kata InsyaAllah dia akan balik bulan 5 ni. Dan aku happy. Lalu aku lupa perasaan tadi. Lupa terus.

Kemudian dia tambah, ''InsyaAllah lah, tak berani janji''

Dan, aku tetap terus lupa perasaan tadi. 



**
**
**
**

3 month to go woi!

















29 November 2013

Kebaya lace for wedding.

Assalamualaikum,



Hari ni, hari jumaat yang baik ini, just..... not my day. I'm not in a good mood.

Aku datang kerja, buat kerja tanpa banyak cakap  kecuali benda-benda penting pasal kerja. Like, I'm seriously not in a mood. Satu benda yang pasti tentang aku, kalau aku marah, i just marah myself. Try to tak nak marah orang lain tanpa sebab. 

Sebab aku tak nak orang lain marah aku, sebab dia tengah marah orang lain. Like vice verse kan. Do you get that? Arghhhhhh. it's hard to explain.



Hari ni rehat sampai 2.30pm sebab hari jumaat. So, sebab marah, sebab tak ada mood sampai rase tak nak makan and aku duduk je lah tercongok depan pc ni ha sementara tunggu habis lunch. 


And, aku jumpa ini. Dari blog Dr Halina.







Marriage is a school where you get the certificate before you start. 

A school where you will never graduate. 

A school without a break or a free period. 

A school where no one is allowed to drop out. 

A school which you will have to attend every day of your life. 

A school where there is no sick leave or holidays. 

A school founded by the Almighty:
1. On the foundation of love, 
2. The walls made of trust,
3. The door made of acceptance, 
4. The windows made of understanding. 
5. The furniture made of blessings. 
6. The roof made of faith. 

Before you forget, you are just a student not the principal. The Almighty is the principal.

Even at times of a storm, don’t be unwise and run outside.

Remember this school is the safest place to be. 

Never go to sleep before completing your assignments for the day. 

Never forget the C-word, communicate, communicate, communicate with your classmate and with the Principal.

If you find something in your classmate (spouse) that you do not appreciate, remember your classmate is also just a student not a graduate. The Almighty is not finished with him/her yet, so take it as a challenge and work on it together. 

Do not forget to study, study, study the Noble Book (the main textbook in this school). 

Start each day with a sacred assembly and end it the same way.

Sometimes you will feel like not attending class, yet you have to.

When tempted to quit find the courage and continue. 

Some tests and exams may be tough but remember the Principal knows how much you can bear. 

Still, it is one of the best schools on earth; joy, peace and happiness accompany each lesson of the day. 

Different subjects are offered in this school, yet love is the major subject. 

After all the years of being theoretical about it, now you have a chance to practice it. 

To be loved is a good thing, but to love is the greatest privilege of them all. 

Marriage is a place of love, so love your spouse but remember: “This class doesn't involve a person who is not permitted into it”! If you invite your mother or father or your friends to this class, or anyone who is not allowed to be there, you will fail the exam. 

It is you who should attend and it is you who will pass. 

Its your choice today:” build it or break it”. 


...............................................................................................................................................................................


Mungkin hari ni hari yang moody bagi aku and hell yeah i'm crying like crazyyyyyyyy. I suddenly realize yang i'm not ready for this kawin-thing psychically and mentally. I better enjoy habis-habisan my single day before kahwin kan? Hahahahahaha








Tapi sekejap je lah,
lepas tu terus google kebaye lace for wedding.









cantik gilosss kan??????
















* Kalau kita marah ke, tak puas hati ke, luahkan lah pada 'principal' kita, dia tetap ade, dia pasti ada untuk kita, untuk umat kesayangan-Nya.


Salam Jumaat, Assalamualaikum.
tak jawab dosa, kalau jawap sayyyyaaaannnggggggg.



















18 November 2013

Manusia menjengkelkan.




Kadang-kadang aku tak faham dengan orang yang suka tengok orang lain down. Contohnye, 


boss : sekarang dah pukul 9, time dah masuk kerja kan? jangan mengade-ngade baru nak makn. pergi buat kerja!



* bagi dia makan sekejap 10 minit terganggu ke semua kerja? Bankrupt ke company dek sebab kan 10 minit dia untuk makan?



kawan : Weh, ko dah kerja lama kot. Tak nak keluar kereta ker? Aku baru kerja sebulan dah kluar MyV.



* Kalau kerja sebulan dah keluar kereta makna nye ape? Hidup kau berjaya dunia akhirat? Hidup kita ni tak sama. Rezeki kau murah dapat beli kereta. Rezeki dia murah dapat tolong mak ayah. Rezeki dia murah dapat kumpul down payment lebih. Rezeki dia murah, pakai kereta cabok tapi jarang rosak. Fair enough kan?



Kawan : Eh kau tak habis belajar lagi? ohh kau ambik degree 4 tahun ker? Lama gile weh. Berjanggut nak tunggu. Orang lain semua dah kerja dah nak kawen. Lambat lah kau kawen. Hik hik hik ( gelak untuk membahan )

* Kalau letak awak di tempat kawan yang masih study tu, ape perasaan nya? Macam buat dosa besar pulak sambung study ambik degree sampai 4 tahun. Macam sape dapat kerja dulu, sapa dapat beli kereta dulu, sapa dapat kahwin dulu dia dapat masuk SYURGA. Hah, geram aku!




Tak boleh ke kita berfikiran positive sedikit. Faham tak rezeki Allah bagi tak sama. 
Orang yang selalu macam ni (suka buat orang down) biasenya, tak lebih hanya untuk belagak dan menunjuk-nunjuk. Dan nak kan pujian. 



Please go, and get your life. 
Kau dan perangai kau sangat lah meloyakan.
sangat lah menjengkelkan.




19 September 2013

Menjadi aku.



Assalamualaikum..


Sudah tiga hari aku bekerja di tempat baru setelah hampir 4 bulan aku tinggalkan kerja di Melaka. Berbeza benar bila kita bekerja dengan orang melayu dan cina. To be honest, aku adalah orang melayu yang paling melayu sekali. Dibesarkan di felda yang persekitaran nya sangat bersyukur di lahirkan melayu, bersekolah juga disekolah melayu, melangkah ke universiti juga unversiti orang melayu, bekerja juga bersama melayu. Ini bukan resist, ini kenyataan.

Dan hari ini aku tereko lagi luasnya rezeki Allah, aku bermajikan orang cina. Oh ye baru semalam ade upcara " kenduri kesyukuran " di sekitar kilang ini. Perasaan? Pelik bercampur gembira.

Perasaan pelik datang bila melihat dan belajar untuk menghormati agama lain. Kerana orang melayu yang sangat melayu seperti aku seolah-olah sudah di momokkan yang agama lain teruk,buruk dan tak patut nye di hormat. 

Gembira sebab akhirnya aku keluar dari kepompong melayu aku. Gembira kerana hari ini aku ada kawan cina yang aku gelak-gelak kan loghat melayu nya. Gembira akhirnya aku punya kawan cina!



Bila bekerja dengan mereka lagi bertambah banyak perkara yang aku belajar: 


1- Aurat wanita islam dengan wanita bukan islam itu ialah menutupi seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka. Aku sudah lama tau yang ini cuma aku tak pernah tau ia sesukar ini. Kadang2 dalam office nak betulkan tudung, tersingkap sana tersingkap sini baru teringat, Ya Allah, Depnie ade dekat belakang. terus pergi bilik air sambil tudung kusut masai.



2- Alahai surau tak selesa langsung. sebab hanye berape orang sahaja orang islam disini, jadi surau nye hanya muat untuk letak sejadah dan sekeliling nye penuh dengan barang. Ye, surau dalam stor. Toilet dikongsi oleh semua pekerja dan aku sangat2 lah ragu ragu akan tahap kesucian nya. At the end, masa lunch aku pecut balik rumah sekejap, solat cepat cepat pecut balik masuk kilang. Syukur nya, rumah ke kilang lebih kurang 4-5 min.


So far lain-lain tak ade hal lagi. Moga-moga nya jangan lah ada.










Daphe dah tanye ' you buat ape?banyak kerja ke? '
Huh,nak mintak tolong aku buat kerja dia lah tu. Mentang-mentang aku baru lagi, haaa buli ! buli !