Bosan nya tajuk entry 'wedding kawan-kawan' . Tak productive langsung tajuk. Hahahaha.
When you want to get married, make sure you choose the right dates on your majlis. Sabtu lepas, kawan-kawan aku ada 3 orang yang bersanding pada hari yang sama. Bukan lah tak okey, cuma kawan-kawan kena bahagi-bahagi masa datang majlis kita. Setengah jam dekat kawan A, setengah jam kat kawan B, 10 min dekat kawan C sebab datang terus jumpa pengantin, sejam dekat kawan D sebab kawan sekolah lama gila tak jumpa. Ahahaha.
No, aku bukan complain. I just giving out my opinion. Ahahaha. At the end of time, semua dah selamat bergelar suami isteri. Tu yang penting sekali kan. Just ignore me. Kehkehkeh!
Wedding pertama : Hafiz and Maimon.
Dieorang ni dua dua sama sekolah dengan aku masa sekolah menengah. Masa sekolah dulu rasanya tak pernah dengar pulak dieorang ni bercinta cinta. Alih alih kawin dah. jodoh kan?
Punya lah luas dunia ni, rupa-rupa nye jodoh Maimon dekat je dengan rumah dia. Okey so lepas ni adik adik jangan nak bergaduh dengan jiran-jiran. Kang alih alih jadik laki kau esok. Ahahaha.
Dekat wedding dieorang ramai jumpa kawan-kawan sekolah dulu. Yang dah kawin ada anak semua jumpa. Seronok tau bila ingat dulu-dulu time sekolah semua hingusan lagi. Sekarang dah beranak pinak dah masing-masing.
Jumpa Rohani dengan Shafanaz, anak dieorang dah nak sekolah dah okey.
Aku cakap dengan Aisyah, anak orang dah nak sekolah dah cah, kita, anak kucing pun kecik lagi. Bahahhaha. Kejam nya ayat. Kot ya pun tak yah lah 'kita', cakap je lah aku sorang je. Ahahaha.
Semua ex student SMK Seri Jempol
Lelaki. Macam kelakar lah pulak ambik gambar lelaki satu gambar, perempuan satu gambar. syariah compliant sangat tau.
Selamat pengantin baru moon!
Macam aku cakap, hari tu ada 3 kawan yang kawin lepas tu aku dah berjanji dengan tiga-tiga nak datang. Bahhaha. Bergegas-gegas dari rumah Maimun gi wedding Aida plak. Nasib baik dekat.
selfieeeeee!
Gambar curik dari group wasapp. Ehehehe.
Ni haa la yang nak jumpa sangat. Nak reunion tahun 6AB duluuuu!
Actually aku yang tubuhkan (tubuhkan tak boleh bla) group reunion tahun 6 ni. Lepas tu dieorang pulak yang terlebih excited. Siap nak pre-reunion. Kau mampu?
Hahahahaha.
Misi reunion 6AB ni tak akan terlaksana sampai lah kita orang jumpa guru kelas kiteorang dulu. Masih mencarik lagi macam mana nak contact Cikgu Yatim sebab dia macam tak da FB je. We are looking for you Cikgu Yatim Marjiko. giteww gigih kaklong hafal nama cikgu tau.
Setakat ni masih ramai lagi yang macam segan segan nak join group reunion ni. Yelah dah berbelas tahun tak jumpa kan. Tapi hari tu jumpa masa kawin Aida ni, siap ingat balik masa darjah 6 dulu sapa duduk tepi tingkap, sapa duduk bawah plug on/off kipas. Ahahaha. Best!
And last but least,
pijat and wife!
Pijat ni manusia paling sempoi pernah aku kenal. Ahahaha.
Sebab apa sempoi,
sebab aku datang paling last. Tapi dia cakap 'takpa,yang penting datang!'
Ahahahahahaha.
Selamat pengantin baru korang! Semoga kekal ke akhirnya.
Doakan aku pulak!
teheee!
eh, belanje selfie sikit.
Selfie senget. Sebab malas nak rotate. Ahahaha.
Thank you for reading!
0 comments:
Post a Comment