**
**
**
Lately aku dengar banyak sangat keruntuhan hubungan, Erra dah bercerai, walaupun tak de kena mengena dengan aku. Hahahah. Last 2 weeks, office mate aku, Iza clash dengan bf dia after 6 years in a relationship. The other days, aku baca blog perempuan jomblo, the owner Noe, baru je divorced dengan husband dia selepas lebih 5 or 6 tahun kahwin kalau tak silap aku.
You know what, being the silly me i'm quite emotional in this separated/cerai berai thing-gy. I cant imaging how sad i am when i put myself in their shoe. Bila kita dah bersama orang tu hampir dah sebati dengan kita, tiba-tiba atau dari hari ke hari makin hilang, makin jauh, makin rasa tak serasi. Huh, aku sungguh tak dapat bayangkan.
Tak tau kenapa aku emosi sangat sekarang.
Aku boleh menangis dengan mudah nya disebabkan perkara - perkara kecil. Nampak Juna anak Fynn Jamal dah start mula bercakap, aku dah sebak. tak memasal kan? Tu belum lagi iklan iklan, cerita cerita yang memang sedih, mula lah cepat je nak sebak, nak meleleh air mata. Kadang-kadang tak faham jugak la apa hal dengan aku ni. Makin meningkat usia, hormon sedih,simpati makin berkembang ke aku tak tau lah.
Yang aku paling tak boleh bla, semalam tengok YouTube shila amzah perform lagu Mandarin kat China, lepas dah habis baru perasan aku menangis tersedu sedu. Aku sebak tengok dia bersungguh sungguh nyanyi, lepas tu orang semua menghayati lagu tu, lepas tu semua orang tepuk tangan kuat-kuat tanda sokong dia.
Tak ke sedih tu?
0 comments:
Post a Comment