19 September 2013

Menjadi aku.



Assalamualaikum..


Sudah tiga hari aku bekerja di tempat baru setelah hampir 4 bulan aku tinggalkan kerja di Melaka. Berbeza benar bila kita bekerja dengan orang melayu dan cina. To be honest, aku adalah orang melayu yang paling melayu sekali. Dibesarkan di felda yang persekitaran nya sangat bersyukur di lahirkan melayu, bersekolah juga disekolah melayu, melangkah ke universiti juga unversiti orang melayu, bekerja juga bersama melayu. Ini bukan resist, ini kenyataan.

Dan hari ini aku tereko lagi luasnya rezeki Allah, aku bermajikan orang cina. Oh ye baru semalam ade upcara " kenduri kesyukuran " di sekitar kilang ini. Perasaan? Pelik bercampur gembira.

Perasaan pelik datang bila melihat dan belajar untuk menghormati agama lain. Kerana orang melayu yang sangat melayu seperti aku seolah-olah sudah di momokkan yang agama lain teruk,buruk dan tak patut nye di hormat. 

Gembira sebab akhirnya aku keluar dari kepompong melayu aku. Gembira kerana hari ini aku ada kawan cina yang aku gelak-gelak kan loghat melayu nya. Gembira akhirnya aku punya kawan cina!



Bila bekerja dengan mereka lagi bertambah banyak perkara yang aku belajar: 


1- Aurat wanita islam dengan wanita bukan islam itu ialah menutupi seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka. Aku sudah lama tau yang ini cuma aku tak pernah tau ia sesukar ini. Kadang2 dalam office nak betulkan tudung, tersingkap sana tersingkap sini baru teringat, Ya Allah, Depnie ade dekat belakang. terus pergi bilik air sambil tudung kusut masai.



2- Alahai surau tak selesa langsung. sebab hanye berape orang sahaja orang islam disini, jadi surau nye hanya muat untuk letak sejadah dan sekeliling nye penuh dengan barang. Ye, surau dalam stor. Toilet dikongsi oleh semua pekerja dan aku sangat2 lah ragu ragu akan tahap kesucian nya. At the end, masa lunch aku pecut balik rumah sekejap, solat cepat cepat pecut balik masuk kilang. Syukur nya, rumah ke kilang lebih kurang 4-5 min.


So far lain-lain tak ade hal lagi. Moga-moga nya jangan lah ada.










Daphe dah tanye ' you buat ape?banyak kerja ke? '
Huh,nak mintak tolong aku buat kerja dia lah tu. Mentang-mentang aku baru lagi, haaa buli ! buli !













0 comments: