22 April 2011

Lain tak Semestinya Tak Sama, kan?

salam Jumaat kawan-kawan yang saya suka :)okay ,tu tiru Zahiril Adzim yang suwwiit lagi gagah perkasa dan akan bertunang tak lama lagi.ah,kecewa.

hari baik, panas terik ni elok lah kita mencari cendol atau air batu campur di kedai cik Jaapar yang sedap lagi banyak kacang itu untuk membasahkan mulut dan memenuhi kehendak anak tekak.

okay dah.mari setat cerita.
pelik sangat ke kalau adik beradik tapi tak sama muka?
pelik sangat ke?

aku dah kene banyak kali tau orang asyik tanya kenapa kiteorang ni tak sama muka?salah kami ke?suka buat aku emosi tau.emosi.emosi dipetang jumaat yang indah ni.haa.menci.menci.okay annoying me.stop it.

dah.kembali normal.
memang ramai cakap macam tu.tapi sebab sebelum ni tak ada belog tak de la nak meroyan sangat sikit-sikit nak report kat belog kan.

tapi bila hari tu atau mungkin bulan tu sebab dah agak sebulan berlaku, ada sorang kawan mak aku datang rumah sambil selakselak album pastu dok tanya-tanya

'muka kakak lain sikit lah dengan muka kak ngah.'
'eh.muka kak ngah lebar sikit.buka alang bulat.'
'laaahh.kenapa adik lain sangat.kurus je.tak macam yang lain-lain'
'heeee.aunty ni banyak sangat komen pulak kan.teehee.'

'memang pon'
aku balas.

balas dalam hati.
aku senyum je la.benda-benda remeh macam ni tak kan nak buat sampai putus sedara pulak.


aku faham ,mungkin niat je saja nak bermesra since die memang jarang datang rumah apetah lagi datang berbual-bual dengan kami.tapi it's doesn't makes any sense okay.
banyak je manusia dalam dunia ni yang rupa mereka tak sama adik beradik.macam aku dengan adik beradik aku ,memang aku akui yang kami semua muka tak sama langsung.memang agak susah nak cam yang kiteorg ni adik beradik.


kalau aku dengan Angah, banyak kali dah kene macam ni 
'kirim salam kawan sebelah kau tu tau'
'tak kuasa aku nak panggil kau bang ngah nanti.muntah'
'lahhhh.adik kau ke?'
YE.


'muka kakak lain sikit lah dengan muka kak ngah.'
'eh.muka kak ngah lebar sikit.'



lahhhh.adik kau ke?
YE.
ye.adek aku.nak kirim apa lagi?


0 comments: