06 March 2011

Tidak diperlukan.Cinta.Megah



tidak diperlukan.
mungkin apa yang aku rasa tak 
seperti yang aku sangka.
die perlukan hidup dia,
dan aku juga perlukan ruang aku.
biar orang buka mata pabila lihat kita,

bukan mencebik atau meluat,
bila lihat manusia ciptaan tuhan ini
hanya diam menanti ketentuan.
menanti ketentuan datang
dan arah kau berbuat ini 
atau menyelesaikan itu.


............................................


cinta.
Bila cinta terlalu diagungkan ,
kadang kau lupa,
cinta bukan  bermakna kau hanya untuk dia,
bila kau terlalu kononnya cintakan dia,
kau lupa akan perkara yang lebih sepatutnya kau utamakan.
lupa.
kau lupa.
kau benar-benar lupa.
yang jodoh dan pertemuan itu ditangan yang maha kuasa.
aku ulang.
jodoh dan pertemuan.ye,pertemuan itu ditangan yang maha kuasa.


...............................................


megah.
kau megah dengan apa yang kau rasa,
sedangkan  semua orang tahu,
kau bukan boleh bertahan lama.
percayelah, takkan boleh.
kau dirasuk dan syaitan pula menghasut,
bajet ko boleh hidup tanpa mereka.
nah!ambik..akhirnya kau rebah.
bila kesempitan dan kesusahan datang menjengah!



pisssst!: ade manusia ciptaan tuhan yang aku maksudkan dalam setiap perenggan.
tapi peliss la jangan nak sentap cepat.
main teka-teka eh-aku-ke?kau-la.pastu nak terguris hati dan perasaan bagai.
maleh layan.sila pangkah diri sendiri.



HIDUP PERLUKAN PANDUAN.
BUKAN SUSAH, PANDUANNYA SUDAH TERBENTANG INDAH.
PILIH LAH!
(nak pilih tu lah yang payah.)






3 comments:

Nana said... [Reply to comment]

eh.eh.
blog dah baru.nice.

Noraé said... [Reply to comment]

takot lah nak bace yg cinta tuh ;)

nursyuhaida said... [Reply to comment]

nana: macam tak best je yg hitam putih tu kan.haha

norae: over sgt eh?haha