29 March 2011

Alaf 21- kau mampoo ??







bukan main lagi nak buat group macam ni kan.
Ya'acob = Arwah Atok
Che' Nol= Nenek.

ni baru sikit ahli nya.tunggu sikit hari lagi.

kau mampu nak gathering macam ni. sape nak datang jengok nenek minggu ni sile meeting dulu di sini.

aku ulang.

Kau Mampuu? 

pada Alaf ini, semuanya mungkin kan?dah ada teknologi , gunakan lah.




17 March 2011

Show Me Your BFF Contest



Tuan Tanah.


hye rakan-rakan.
Aku tau contest ni pon sebab dah di Tag oleh hadek sendiri, ni fist time la nak join-menjoin contest ni.belum cuba belum tahu kan?owh.sebelum tu,mari bekenalan dulu dengan CikPuan yang menganjur kan contest ni,Cik Nurulbadiah.yelah,tak kenal maka tak cinta,dah kenal macam cilake best je!.


okey,here the photo.mereka ini BFF saya dan pastinye saya sgt suka kan gambar ini.sebab....



Dear Nurulbadiah Lai ,mereka ni adalah manusia ciptaan Tuhan yang tak reti senyap dan tak reti duduk diam dan agak tak behave.dah la pakai baju kurung,baru lepas bacaan Yassin Perdana mase kat Kolej tapi MasyaAllah pose tak menggambarkan manusia cemerlang langsung.Mereka juga adalah rakan secourse sejurusan Account saya tapi malangnye bercita-cita untuk menjadi pelajar MassCom 'we-hot-yuwolll'


Nadze, Wani meh begambar behave sikit.bagi contoh tauladan kepada adik-adik dan kakak-kakak serta bakal ibu-ibu mertua yang lalu kat blog ni.meh begambar sopan sikit, dah la nak masuk contest blogger populer ni.sini,sini.gambar elok sikit.semua control okey.senyuuuummm.


1, 2 , 3..klik!
:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

::

::

::

::

::

::
tuudia.dia mai dah.dia mai dah.pose kemain ayu.
.
kan bagus begini.
jika selalu begini.



makcik , pakcik..mane berkenan?boleh saya kenen kan?
(korang tau maksud kenen tak ni?)
::
makcik , pakcik..mane berkenan?boleh saya jodoh kan?
(okey,mungkin lebih faham)


**alamak.
Nurulbadiah kata letak sekeping je.tapi dah terletak 2 keping tak pe ke Nurulbadiah?



okey.saye tag kan kepada empat manusia kesayangan ini :


eh.asal sampai lime?.lebih tak pe kan nurul?
semua nye lebih.


okey,bai kengkawan.oh,contest ni tak yah nak undi masuk ke undi keluar bagai okey.jadi jangan undi.okey lah jumpe lagi.tak yah nak 3 kali okey sangat.




bai.

08 March 2011

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN.



kawan-kawan memang memberi kita bermacam-macam makna.kan?
kalau aku, kawan-kawan yang aku kenal sejak zaman sekolah adalah kawan-kawan yang terlalu susah aku nak cari penggatinya.


best gilak bila dapat jumpa dan kumpul ramai-ramai sambil makan goreng pisang pisang goreng cicah sambal kicap dan bercawan-cawan secawan kopi panas.macam orang tua sangat kan?tapi cube korang try test.seriously rase macam back to 60's giler.haha


bila kumpul ramai-ramai takyah nak poyo bajet kemain nak tukar buah fikiran bagai kan.duduk bersila je terus rase nak bercerita.kalau tak, takkan lah baru nak bukak plastik goreng pisang pisang goreng Ekyn terus bukak mulut.
'kau tahu, jiran aku gadoh laki bini malam tadi'.
motif la nak tau jiran dia gaduh kan?


benda yang paling kiteorang suka ialah kalau ade kenduri kat rumah salah seorang dari kami.Tak kisah la kenduri Adam sunat ke, Akak kawen ke, Kak Long selamat besalin ke, or even Jijah khatam Quran.Tetap nak datang 3 or 4 minggu hari sebelum kenduri bajet nak jadik orang pangkal.hah.Yolah.pangkal la sangat.


Tapi since semua dah besar dewase ni, susah sangat nak jumpe apetah lagi nak kumpul reramai.Sorang exam, sorang tak boleh balik, sorang ade tournament futsal lah.macam-macam..


okey.motif disebalik cerita: mase Angah Izzu tunang hari tu,aku sorang je yang ade!


tapi sebagai seorang kawan yang memahami lagi mengerti, tak pe la.sorang pon sorang la.
owh.kali ni tak jadi orang pangkal lah sangat dah. i'm the cameramenwomen! kau hado?hah.cenggitu.kemain banggo.


setail kot pegang camera cenggitu.

okey dah.Jangan mengade nak suruh aku tangkap gambar korang nak tunang la, nak kawen la, portrait semua bagai.servis aku terhad.

Ayat bajet.Sedangkan ambik kamera terus putar ke butang Auto!okey.MakcikSipah jual goreng pisang pisang goreng pon boleh buat kan?


gambar yang diambil oleh MakcikSipah goreng pisang pisang goreng.


Angah Izzu dan Abg.Zizan
Kak Syirra dan Abg Shafik
owh.lupe pulak.ade 2 pasangan yang bertunang tau.Kak Shirra and Angah Izzu ni memang rapat gile babeng dan dieorang plan untuk tunang same-same, waktu ,tempat , hari semua yang same.Gile babeng best kan?kau hado?


Jijah , Anem , sedare Anim-tak-tau-name and MakcikSipah goreng pisang pisang goreng.
Jijah datang makan je ye kawan-kawan.alasan: kojo bai.
okey dah kawan-kawan, MakcikSipah dah penat update.nak rehat pulak.petang ni nak bukak kedai goreng pisang pisang goreng lagi.
Acik bizi la lately!bisness kemain maju dan kencang.


bai.






06 March 2011

Tidak diperlukan.Cinta.Megah



tidak diperlukan.
mungkin apa yang aku rasa tak 
seperti yang aku sangka.
die perlukan hidup dia,
dan aku juga perlukan ruang aku.
biar orang buka mata pabila lihat kita,

bukan mencebik atau meluat,
bila lihat manusia ciptaan tuhan ini
hanya diam menanti ketentuan.
menanti ketentuan datang
dan arah kau berbuat ini 
atau menyelesaikan itu.


............................................


cinta.
Bila cinta terlalu diagungkan ,
kadang kau lupa,
cinta bukan  bermakna kau hanya untuk dia,
bila kau terlalu kononnya cintakan dia,
kau lupa akan perkara yang lebih sepatutnya kau utamakan.
lupa.
kau lupa.
kau benar-benar lupa.
yang jodoh dan pertemuan itu ditangan yang maha kuasa.
aku ulang.
jodoh dan pertemuan.ye,pertemuan itu ditangan yang maha kuasa.


...............................................


megah.
kau megah dengan apa yang kau rasa,
sedangkan  semua orang tahu,
kau bukan boleh bertahan lama.
percayelah, takkan boleh.
kau dirasuk dan syaitan pula menghasut,
bajet ko boleh hidup tanpa mereka.
nah!ambik..akhirnya kau rebah.
bila kesempitan dan kesusahan datang menjengah!



pisssst!: ade manusia ciptaan tuhan yang aku maksudkan dalam setiap perenggan.
tapi peliss la jangan nak sentap cepat.
main teka-teka eh-aku-ke?kau-la.pastu nak terguris hati dan perasaan bagai.
maleh layan.sila pangkah diri sendiri.



HIDUP PERLUKAN PANDUAN.
BUKAN SUSAH, PANDUANNYA SUDAH TERBENTANG INDAH.
PILIH LAH!
(nak pilih tu lah yang payah.)