06 August 2011

Manusia Lebih Hebat ( part 2 )..siap nak part 2 bagai kan?





HAH!
ambik kau. bagi salam pun tak, ape pun tak.tetiba terus keluar gambar Abg Z tengah mengipas BBQ kan?


Assalamualaikum gadis-gadis cantik dan lelaki-lelaki macho sekelian!
dah bace Part 1?kang jangan heboh kate tak paham aku tulis. nah, baca sekarang.kelik sini.

okay, nak tanya, ada tak yang menangis sebab tak sabar nak tunggu part 2?
#okayfinetakde.


lepas dah kene lenyek dengan banana boat petang tu, bila semua dah mandi wangi-wangi, kiteorang masak. dan kiteorang dah plan menu waktu malam ialah BBQ + Mee Goreng dan Air Sirap Sedap.



nampak sedap kan?
ye.bukan sahaja nampak sedap malahan memang sedap!
tengok la sape tolong kipas.
peluh - peluh tau i kipas.
#tipu.

tukang kipas.
kemain bahagia kan muka tukang kipas?
kipas lelaju sikit ye Abg Pejah. lagi laju ,lagi hensem Abg Pejah kelihatan dimata saya
 #kipas.


tukang makan.
tukang makan lagi lah kelihatan bahagia kan?

lepas dah berpanas panas BBQ, plan untuk aktiviti malam ialah game!
what?game lagi?
ini reunion ke family day woih?

ye.ini reunion.reunion ala-ala family day.
boleh cenggitu?
kihkih.

game ape ni weh?game ape ni?
aku pun tak tau ape nama game ni. 

tapi task nye ialah, si ecah belon tu lipat kertas suratkhabar kepada dua, lepas tu bantai suruh letak kaki ramai-ramai dalam lingkungan surat khabar tadi.

oh lupe.dieorang siap divided group bagai.satu group 5 orang. 
mampu nak letak 10 tapak kaki gajah dalam setengah lipatan surat khabar?

haaa.mesti lah mampu.gambar diatas adalah bukti mereka mampuih mampu.
mahukan lebih bukti?

game tetap game.rokok tetap rokok.
steady gile ko Pis!

group perempuan.memang muat lah sebab semua tapak kaki sebesar tapak sulaiman.


berusah lah kamu semahunya.haha

aku tak tau lah group mana yang menang.macam semua group kalah je.haha.
takpe lah, yang penting usaha kan.

kata si Ecah Belon, game ni mengajar kita erti bekerjasama dalam kumpulan, selain mampu blablablablabla.
#kamitakperlukanpenerangan.

ade lagi satu game!
kotak beracun.


sila cakap 'saya power' kalau ada sesiapa yang boleh lihat semua orang dalam gambar ni.
memang tak banyak gambar malam tu woih.aku nak ambik gambar tak bagi, suruh gak join main game.

kan dah tak de gambar.mak benci tau nyah, susah nak update belog mak ni.macam haram.


gambar atas ni main kotak beracun.yang ni best!
ada yang kene jadi kucing, jadi KATAK, buat iklan shampoo, menari tarian piring tak piring sangat la, joget hindustan.
macam-macam.

nak pitam aku gelak malam tu.yelah, kalau dah sepatutnya kene menari tarian piring tapi macam berlenggang bawak pinggan, ape kes?
aku tak maksudkan ecah ye.bukan.bukan.haha.


malam tu dihabiskan dengan lepak-lepak je.yelah, kata reunion.bukan nye kem motivasi, malam-malam nak kene qiamullail bagai kan.

-------------------------------------------------------------

Day 2.

bangun je awal-awal pagi (#tipu.gile.bangun.awal2.pagi) tu, kiteorang terus mandi, and masak untuk sarapan pagi.lepas tu,

YEAY!

pakai baju reunion tu reramai!
nah,nah tengok ni.

JEJAKA.

GADIS.
(eh takyah nak gadis sangat la.sebab ada yang dah kawen.haha)


kepada yang tak join.kami kirim kan ini sahaja untuk anda-anda okay!

kami sukakan keadaan berhimpit sebegini!!
kih kih kih.

lepas dah beriya ambik gambar semua, cube teka kiteorang buat ape?
ye!tepat sekali!

kami main GAME LAGI !

nama kumpulan : KAMI LAH JUARA.


nama kumpulan : KAMI LAH YANG GAGAH PERKASA

nama kumpulan: KAMI LAH YANG LOW PROFILE GILA

nama kumpulan : SAYA LAH YANG DIBULI SENTIASA.


sebenarnya aktiviti pertama ialah poco-poco.tapi semua orang macam 'gile kau tengah-tengah air nak poco-poco?'
so, kiteorang pon decide untuk sukaneka lagi?
suke nau ko sukaneka kan?
lepas sukaneka yang semua suka baru lah bina istana pasir, and tanam-tanam dalam pasir tu.
lepas tu makan tengah hari, dan akhir sekali part nangis-nangis kesat air mata sebab nak berpisah.sedih kan?

takdelah.part nangis tu aku je cipta.
ingat ni cerita hindustan kat TV 3 ke apa setiap kali nak berpisah je mesti nak nangis.no way.noob.



lepas menangis teresak-esak nak berpisah, sempat lagi pekene cendol kat dataran PD tu. tak sanggup nak berpisah la katekan.haha

tapi bagi aku personally, reunion ni memang best.memang boleh menjadikan yang dulu masa sekolah tak rapat, at least sekarang kalau jumpa dah boleh borak macam-macam cerita. kan?

nak buat reunion ni pun bukan senang sebenarnya,macam-macam hal.
tak yah cerita lah yang malu sebab dulu kau kelas depan, aku kelas belakang.
malu sebab aku tak keje hebat, kau keje kencang.
aku dah kawen malu nak join.

dan macam - macam lagi.



bagi aku semua orang sama je. yang membezakan nye, sama ada kau sporting atau tak nak join?

yang lain doesn't make any different to me.
kita semua sama je.

semua orang nak berak kena meneran dulu kan?
okay.itu cukup menggambarkan kita sama semuanye.




3 comments:

missOrked said... [Reply to comment]

hahaha.sy pn trase sronok tgk reunion korg ni. kak hada,metaphor yg kne meneran tu bole thn gk.hehs

Syazwani Rethwan said... [Reply to comment]

Salam.
dot.dot.dot.dot com.
comel la dot.apela yg kamu ni.
aish.nnti jgn lupe buat lagi.
time org jauh balik xmau plak diorg ni buat, dtg lawat pon idak..aishh.

kte sume same je.(kalo laki xsama lah)haha.

Syazwani Rethwan said... [Reply to comment]

Salam.
dot.dot.dot.dot com.
comel la dot.apela yg kamu ni.
aish.nnti jgn lupe buat lagi.
time org jauh balik xmau plak diorg ni buat, dtg lawat pon idak..aishh.

kte sume same je.(kalo laki xsama lah)haha.