Tak sah la pergi langkawi, kalau tak de gambar ni kan?
( Gambar dari google, sebab kiteorang tak berapa excited nak ambik gambar dengan helang besor ni.Hahahaha)
Phewww, baru balik dari Langkawi semua orang demam dan sakit tekak. Lapan orang pergi, 2 orang dah demam sejak kat sana lagi, yang lain-lain balik je semua semput. Hahaha
Okey, mana nak mula cerita ni.
Kiteorang sepatutnya pergi ramai, dalam 12 orang. Tiba-tiba Asmah cakap dia ada commitment kerja. Eyyy geli je commitment. Kau baru mula kerja memang la kengkonon takut nak cuti Mah, cuba kerja lama sikit, selambe tapau cuti 4,5 hari. Tak percaya tanya Pejah. Abang Long kawasan ni bukan main lama cuti, sedangkan yang betul-betul bercuti nya empat hari je. Hahahaha.
Aku ajak Jijah, pun cakap mcm tu jugak. Kemain korang eh takut nak cuti. Pekerja cemerlang satu Malaysia betul. Bwahahaha
So, tinggal 10 orang. Booked tiket pergi balik. Tiket murah gile woi pergi balik RM 80 sapa nak bagi?
Tiga hari sebelum pergi, Umai dengan Gemok buat kelakar. Tak dapat nak join, ada hal yang tak dapat nak elak.
Kelakar ke tidak hah? *asah parang*
So bermula lah penggembaraan lapan bersaudara. Huh.
Sabtu, 17 January 2015
Sekarang tinggal lapan orang, enam lelaki dua perempuan. Dah la izza office mate aku. Kat office jumpa dia, bercuti jumpa dia. Haalllaaaah. Hahahaha. Sorry iza *salam cium tangan*
Flight pukul 5.40pm, 1.30 dah gerak dari Kajang okey =,=
Bersapau kat KLIA2 tnnggu nak boarding.
Dalam pukul 6.40 pm mcm tu landing dah kat Langkawi International Airport.
Actually kiteorang tak plan langsung nak buat xtvt apa masa pergi langkawi. Datang sini berbekal kan homestay dan van, dan dua beg baju dan ikatan persahabtan dunia akhirat. Gitew kau. Wakakaka
Masa sampai airport, dah boleh tgk banyak giler travel agency yang offer macam-macam pakej. Bagi ikan makan lah, bagi monyet makan lah.
WAIT. bagi ikan makan? datang jauh-jauh bagi ikan makan?
Hahahahaha. Last-last kiteorang ambik keputusan untuk balik homestay dulu,dan bagi perut sendiri makan, lepas makan, baru otak boleh berfikir secara waras.
Tengok dekat blog-blog orang, kalau pergi langkawi mesti pergi beli cekelat, pergi kilang gamat, pergi kompleks craft, pergi makam Mahsuri. Orang tua-tua nya pakej yuwol. Hahahahah.
Like seriously lah kan, datang punya lah jauh, pastu duduk dalam van, melawat tempat tempat yang bosan, ambik gambar, senyum kiri kanan, pastu balik. Ergghh, not my kind of travel. Gitew. Hahahahaha
Malam tu lepas makan, jalan - jalan pantai cenang, tetiba jumpa satu travel agency ni.
Tapi sayang, tak ambik gambar langsung dengan kakak tu. Sedangkan kakak tu bapak sporting. Bapak hokey tahap dia.
Pastu sebab tak ambik gambar, gigih okey cari kat instant street view. Nasib baik jumpe.
Kakak tu sentiasa ada je dekat depan kedai Kodak tu. Nama nya Kak Yana, petite je comey lotey dan sangat - sangat peramah.
Honestly aku rasa orang langkawi memang peramah lah kot. Sebab dari owner van, kakak kedai makan, abg kedai jagung, pakcik jual air kelapa, abang banana boat, kakak guide parasailing, abg-abg ATV semua ringan mulut wey. Kita pun tak rasa macam ada kat tempat orang.
Terutamanya Kak Yana lah. Borak - borak sikit dapat kurang RM 5 sorang, cerita panjang lagi dapat kurang lagi RM 5. Hahahahaha. Sapa yang nak pergi sana aku suggest sangat2 lah kakak ni.
Even, masa lepas kita naik parasailing, dieorang nak naik jet ski. Harga asal RM 150, mintak kurang kat abg yang bawak jet ski tu dia bagi RM 130, mitak kurang kat guide parasailing dia bagi RM 125, alih alih mintak kat kak Yana, dia bagi RM 120. Banyak kurang tu walaupun RM 5. Hahahahah
So, pakej yang kiteorang ambik dekat Kak Yana:
ATV - RM 140 per ATV ( boleh naik 2 orang )
Parasailing - RM 60
Mangrove - RM 70
Total RM 200 seorang main sampai lebam. Hahahaha
Kemas-kemas beg, jumpa contact number kakak ni. So sapa yang nak buat xtvt masa pergi Langkawi, boleh contact Kak Yana.
Pakej honeymoon pun ada woi, nanti kakak tu reserve hotel yang kat atas katil dia ada angsa berenang dan munga-munga rose merah tu.
Hah, nanti kau boleh lah acah-acah Fynn Jamal dengan laki dia macam dalam Romantika hari tu. Bhahaha.
Aku tak tipu lah, kakak tu cerita macam tu. Tapi bab Romantika tu aku lah tambah. Hahahahah
Ahad, 18 January 2015
Lepas sarapan, bertolak pergi SkyCab atau orang panggil Cable Car. Permulaan xtvt yang tepat. Pagi-pagi naik cable car tergantung atas tali dengan sejuk nya dengan angin kuat, phewwww, best feeling ever.
Siapa bilang jantan melayu tak menawan? Eh.
Trip ni agak awkward sebenarnya sebab dua orang je perempuan. Kawan gosip kurang. Hahahaha
Muka paling cuak dalam cable car. Dah sampai tengah-tengah cable car bergerak, nak mintak helicopter datang jemput dia. Sapa nak layan? Hahahaha. Kamon pul.
Muka acah-acah cool. Ape benda naik benda tinggi sikit dah gayat. Ape benda. Wakakakaka.
p/s : Sapa cakap aku gemok, aku unfriend Facebook.
Besar nya syukur gelak. Nampak sangat happy bila kami sentiasa disisi. Wakakaka.
Yang ni last station cable car tu berhenti, boleh lepak banyak mana pun nak. Lepak la sampai beku. Sejuk giler oi!
Dengan sejuk, dengan angin kuat. Terkejut badan sejuk bebeno.
Memang win. 20 min je boleh tahan, lepas tu dah mengajak bebudak ni turun. Diorang kulit buaya memang lah tahan sejuk. Dah tu sempat bergambar dengan mat saleh lagi, memang lama lah kat atas tu. Hahaha
Kembara diteruskan, cewah kembara waklu. Hahaha.
Next, makam Mahsuri.
Aku rate kan pergi makam ni kepada 0.5/10. Bwahahahaha
Entah la, mungkin aku bukan dak-dak art kot. Masuk RM 10, pastu g tengok makam dia, tengok rumah dia aku rasa tak berapa berbaloi. Tapi disebabkan memang sorang pun tak pernah masuk, aku relakan jua wahahaha.
Kedatangan kami disambut oleh paluan cak lempong oleh adik-adik manis ini.
Cuba teka sapa yang excited?
Hello, mesti lah bukan aku dengan iza. Hahahahaa
Okey nah makam Mahsuri.
Gambar diambil dari Google sebab kiteorang tak ambik gambar langsung. Hahaha
Cuma yang sedap kat situ, ada ice cream kelapa + kacang + nata de' coco + coklat syrup + roti.
Aiscream ni aku rate 6/10. Boleh tahan la sedap.
Sebelum pergi Makam Mahsuri tu, actually kita orang singgah satu tempat ni nama nya Telaga Horbour Park. Nama pun google je sebenarnya sebab lalu tepi jalan pastu nampak ferry/kapal (whatever they call it) banyak-banyak cantik gila terus rasa nak berhenti ambik gambar. Perangai masing-masing.
Dah penat melompat-lompat ambik gambar, balik tido. Petang nya nak main ATV.
ATV timeeeeeeeee!
okey acah-acah je macam excited. sedangkan bapak taknak nya aku main benda ni. Hello, aku? ATV? Tak pernah duduk satu lines okey. Hahahaha.
Nasib baik iza ada. Kalau harap kan aku yang bawak ATV ni, aku rasa jumaat ni lepas sembahyang jumaat baru sampai =,=
Acah-acah excited kind of face wakaka.
Baru 5 minit aku bawak, iza cakap camni
" BIAR AKU BAWAK LAH WOI. "LAJU" MCM NI NAK PERGI MANA? wakakakak "
untuk ketenteraman umum, aku redha.
tapi minah ni confident dalam diri memang tinggi.
Jap aku tunjuk bukti.
" Eh pejah macam nak potong aku ni! "
" Himpiiittttt woi! "
" Keh keh keh. Aku tak berniat pun nak sakit kan hati sesiapa "
Bahhahaha. Bergenang air mata tengok balik gambar ni. Muka tak bersalah langsung.
Dah habis berdebu semua sebab lalu jalan tepi bendang,
terjun jeram!
Fuhhhhhh, keseluruhan nya ATV memang syok. Ery ajak repeat lagi, dia nak himpit iza kaw kaw koba eh. Himpit lah korang, yang penting bukan aku yang naik dengan iza. Aku tunggu korang kat jeram je. Bhaha.
ATV aku rate 9/10. Satu point je hilang sebab iza jerit
" BIAR AKU BAWAK LAH WOI. LAJU MCM NI NAK PERGI MANA?" . Lain-lain aku puas hati. Waakakakak
ATV kalau ambik dekat kak Yana, transport dengan makan disediakan. Makan dia bahulu je lah tapi.
Lepas ATV, lepas mandi jeram, lepas makan bahulu, kiteorang gerak pergi Pantai Cenang pulak tgk sunset woi.
Lepas mandi jeram, mandi pantai pulak. Memang idea yang 'bernas'
Malam nya Syukur dengan Epul dah hampir flat. Badan panas.
Plan nak lepak lepas makan tak jadik.
Balik tengok Juara Lagu je ramai-ramai. Woi holiday jenis apa ni malam-malam tengok TV? Hahahahaha
Isnin, 19 January 2015
Pagi-pagi pukul 9 dah tercongok depan kedai kodak Kak Yana, nak pergi Mangrove. Mangrove ni basically xtvt yang duduk dalam boat je la. Cuci mata.
1 - Bagi monyet makan
2 - Bagi helang makan
3 - Bagi ikan pari makan
4 - Gua Kelawar
5 - Gua Buaya
6 - Pulau Kasut
7 - Pergi private beach
8 - Lalu kat Pulau Mus Tido
Okey last tu tipu je. Bwahahaha. Sebab kiteorang tengok satu pulau ni bentuk dia macam perut mus masa dia tidur. Wakakaka. Banyak pulak mengutuk mus dalam post ni. Ampuuuunnn.
Mangrove tour ni aku bagi 8/10 sebab
1) Makan tak sedap
2) Duduk je dalam boat mcm herggggghh lamanya nak tourrrr bila nak habis ni.
Bagi helang makan. Aben excited lebih, muss macam biasa, jejaka paling cool dalam group.
Hello jangan mengurat mus, dia nak kawen tanpa pelamin bulan 5 ni. Hahaha
Gua buaya, korang nak gambar cantik-cantik google je lah. Bhahaha
Habis Mangrove tour lebih kurang pukul 1 lebih, balik tido and ready untuk xtvt petang.
Macam pergi team building dah aku rasa ni. Pagi petang ada xtvt.
Petang, 5.00pm PARASAILING!
Hello Mus, konpiden nau muka tu. Nak aku upload gambar gedebuk tak? Hahahaha.
Okey tak payah, jap lagi dia upload gambar aku gedebuk lagi masak aku.
Okey Mus, case close. Aku tak upload gambar kau, kau jangan gatai upload gambar aku =,=
So, overall parasailing memang aku rate 9/10. Tolak satu markah sebab aku jatuh masa nak mendarat. Guide tak tolong. Ceh, Salah kan orang sedangkan aku yang tak tau nak buat apa bila kaki dah jejak tanah. Haha
Makan malam dekat sini.
Restaurant ni di suggest oleh abang driver masa nak g Mangrove pagi tadi. Aku dah kata dieorang semua peramah. Tanya je, bang kedai makan kat sini mana yang sedap, murah dan tak jauh?
Lepas tu dia punya explanation, sampai tertido dengar nya.
" Ohhh, kedai paling sedap nuu hang p dekak Kuoh. bla bla bla murah, sedap bla bla bla cina muslim bla bla bla tersorok sikit bla bla bla tapi tak dak tikuih bla bla abang slalu mai bla bla. Zzzzzz "
Abang memang sempoi, tapi nama tak dan tanya.
Selasa, 20 January 2014
Ohhh, malam tu sebelum makan pergi Hospital Langkawi dulu. Hantar Epul dengan Syukur demam panas giler. History betul holiday sampai demam ni, sampai masuk hospital siap. Hahahaha.
Hari last, hari paling win!
Borong cekelat tak ingat dunia woi. Sorang RM 150 tak lari aku rasa.
untuk tak nak kecik kan hati sesiapa, aku upload ni je lah. Hahahaha
Dah penat borong cekelat, borong sudu, borong pisau, borong rokok semua balik sebab nak kemas-kemas balik malam ni flight pukui (cewah pukui bak ang) 8.50 pm.
Tapi sebelum tu sempat pekena Laksa Ikan Sekoq dulu tepi airport.
Aku ambik dua gambar je sebelum ngap masuk perut. Tak tau nak upload mana satu.
Terpaksa upload dua-dua sebab tak nak diskriminasi terhadap laksa. Wakakak
Laksa ikan sekoq ni dapat dari Instagram Dr Hatim .
..............................................................................................
Habis cerita langkawi. Habis cerita pengembaraan lapan bersaudara. Hahahahahah
Masa lepak makan laksa tu ada gak la yang sendu sebab rasa-rasa nya ni lah trip terakhir lapan bersaudara sebab ramai dah yang nak berkahwin lepas ni.
Nak kumpul duit kawin lagi, nak kawin lagi, nanti dah ada bini masing-masing takut ada yang tak biasa pulak ramai-ramai kan.
So we end up trip kita, dengan last plan. Nanti nak pergi Cameron masa menghantar Pejah nikah dekat Sg Koyan.
Eh, bukan tadi kata Langkawi ni last ker? Hahahahahah
Tempat-tempat yang kita orang pergi tapi aku rase tak berapa menarik nak cerita:
1 - Kilang Gamat. Celup-celup tangan dalam minyak pastu balik
2 - Naik banana boat. Naik banana boat mana-mana pun sama je feeling dia aku rasa
3 - Makan dekat sana biasa-biasa je. Restaurant dekat cenang, harga nya agak mahal. Ikan siakap siap masak sekilo RM50 woi. Dinasihatkan makan luar dari Cenang, pergi lah Pekan Kuah ke, Padang Maksirat ke.
Thank you for reading !
Langkawi in memory. InsyaAllah akan datang lagi. Tak puas oi walaupun dah 4 hari 3 malam kat sana.
1 comments:
hahaha kedai tak dak tikuih hahaha
Post a Comment