25 September 2011

update panjang lebar.


tengah, sedang, dan akan mendengar lagu ini setiap hari untuk memahami maksud tersirat lagi tersurat.



sekian.



























menyampah betul kalau tajuk tak same dengan entry ni kan. bajet aretis tau kau ni!

Hello gadis cantik dan lelaki hensem sekalian!
aku sekarang tengah bizi memenuhi undangan open house diserata Malaysia. okay seperti biasa semua tipu belaka.



dah hampir dua minggu aku dok  jaga seorang baby comel bernama Qaseh Nur'Arissa. sangat teruja. terus terasa taknak anak cepat-cepat kerana mahu memanfaatkan usia remaja sehabis baik, sebelum kau menjadi sehabis selebet sebab anak asyik menangis Mummy buat susu memanjang panas ingatkan anak tekak buaye ke ape. Susah oi jage budak. Lepas ni taubat dah tak nak jadi annoying setiap kali nampak baby terus cakap

' comelllllnyeeeeeeee....tak sabarnye nak ade baby sendiri'.

taubat, taubat gua taubat. lepas ni kalau nampak baby cuma akan cakap


'comelnye,titik.'



untuk sedap kan hati dan nampak kan gaya penulisan aku seolah-olah menjage baby adelah sangat ohsem, aku ingat nak tulis macam ni,


' jaga baby ni sebenarnye tak susah. baby tak banyak sangat buat hal. bila kenyang dia akan tidur, bila lapar die akan bagi isyarat wueeeekkk sebagai tanda 'susu satu mummy! ', kemudian bila dah kenyang dia akan tidur semula sehingga die lapar dan kembali memberi isyarat. tak susah kan jaga baby? kan ? kan? '

nampak mudah kan? tapi semuanye adelah TIPU semata-mata. kau ingat jaga anak patung Barbie ke apa, menangis keluar air mata je terus sumbat plasticine, senyap.


okay dah tak perlu lah aku terangkan betapa susah nye menjaga Qaseh, nanti korang-korang tak nak ade anak pulak. kih kih kih, melampau kau jahhh.

lagi pon tak lama mana pun jaga Qaseh, minggu depan InsyaAllah dah setat kerja kat tempat baru. Yeay! wish me luck.

lahir 1 syawal si Qaseh ni. nasib baik mak die waras lagi tak letak Qaseh Syawaliah ke ape kan?




bai semua.


Thank for reading this 'loya' entry. Have a good day guys!

08 September 2011

cerita raya saya version lambat gile.



Hello kawan-kawan yang saya suka sekalian. 

sebelum terlupa, Selamat Hari Raya!

sepatutnya ada satu entry sebelum raya, tapi sebab sibuk buat kuih raya, pasang pelita, pasang langsir, sembat baju kurung semuakan #tipu. so, tak sempat nak buat entry la. Alasan. 



Tahun ni, preparation tak best sangat. mak aku mengalami sindrom beli kuih raya dalam balang tahap tak boleh ampun dah ni. memang kiranya tahun ni ,takde langsung buat kuih raya. kuih cornflake coklat yang cairkan coklat-masuk cornflake-kacau-taaadaaaa dah siap tu pun tak nak buat. kahsihan kan?


baju raya? seminggu sebelum raya baru 'hantar' kat rumah jijah.(tukar 'hantar' kepada 'mak jijah datang rumah ambik baju'-aku kejam). dengan harapan mak jijah boleh jadi macam SuperMak macam Nasha Aziz.







so, memang tak ada perbezaan dengan tahun lepas, biasa-biasa sangat. salah satu faktor yang menyebabkan preparation nak raya kami sekeluarga suam-suam kuku seperti lempeng ialah kerana, kami dah semakin membesar.


kau carik baju raya sendiri, carik kasut sendiri, tak yah nak sedondon kedondong bagai dah.
lain lah dulu enam beranak berasak berjalan carik baju raye..baru ohsem!


cuma, ada satu perbezaan raya tahun ni dengan tahun lepas.




tahun ni dapat kad raya!


boyfriend sape bagi kad raye kemain siap bermusic ni weh?
kih kih kih


siap bagi dua kad, satu kad bermuzik untuk dendangan hati kau music di hatiku,
satu lagi kad, khas untuk buat puisi ayat-ayat cinta.
#geli enough?






siap ni blurkan bagai.

HAH! aku dah kata, si kumbang tulis essay :




saya menyukai awak kerana.............................
(tidak kisah lebih berapa patah pun. lebih patah lebih kisah.hihi)


macam tahun lepas, aku tak de entry khas hari raya. sebab banyak sangat nak cerita.

gambar raya tak ada la. tepek gambar ni boleh?
oh ye, si ecah belon ni dah tunang. belon-belon pon laku jugak,ye dak?





kau?














entry raya tahun lepas : Raya yang macam tak nak raya.