25 October 2010

Semangat lah!

hye geng!


final..final..final!


Rabu ni paper first saye..diulangi RABU ini.okeyh,masih cool dan bersahaja seolah-olah paper pada rabu sem depan.paper Account pulak.(bold disitu)


ape nak buat, seharian saye tidur membace dan terus membaca lalu minda meronta-ronta untuk menghapdate belog 60-an ini.


saya sudah dibilik.roomate juga sudah dua orang pulang ke pangkuan hostel.seorang lagi seolah-olah lupe bahawe sekarang final..Nadze,BALIK!

baik lah bermula dari hari ini , saya mengumumkan ketidak'online'an saya jatuh pada tanggal 25 october 2010 diatas sebab ingin fokus kepada study poyo lah ai! seterusnye menjadikan peperiksaan ini lebih bermakna.(bold juga disini)

Saya juga berharap, agar semua pelajar-pelajar, tidak kira dimane jua anda belajar mampu menjawab peperiksaan dengan jaya nye. pesanan saya, sediakan kad metrix dan selip peperiksaan anda sekarag.dan jgn lupe bawak kalkulator! kau ingat kau couse solek-solek kire untung rugi company pakai jari?.

selain itu,seperti peperiksaan sebelum ini..saya ingin memohon ampun dan mahap kepade semua umat manusia jika saya melakukan salah yang mampu mengguris hati anda.sesungguhnya saya hanyelah manusia alpa yang sering melakukan salah..sob,sob,sob( sob sob ni bunyik orang nanges kan?).sekian.

p/s: Nismilan vs Kelantan minggu depan kat Bukit Jalil..semua orang dah berkobar nak penuhkan stadium ni..lepas exam, pegi setakat tengok-tengok je pun ok la kan?tapi Along janji Along study lepas tu tau Ibunda! janji.


ni pehal marah sgt ni?haha..johor dah kalah.kito hobin an kelantan pulak yoh!



hah! tu deh..jiwo 'gadis Melayu' den ni pon ambik tau pasal bola yoh.
(sikit-sikit boleh la.jangan kau tanyo sensorang pemain eh,tak dapek makcik nak menolong.kau gugel la sendiri.)




wa gerak lu la friends.jage diri elok-elok.ade mase kite jumpe BukitJalil.




19 October 2010

Aku Pun Kadang Terlupa

hye gang!



Background dah tukar baru..cantik tak cantik belakang kire.aku dah rase mcm balik ke zaman 60-an dah ha.itam putih bagai.takpe,kalau malas nak tengok page aku ni nmpak tak tande 'x' kat atas sebelah kanan tu.ok sile kelik.

Guys..! dah study week!dah selase dah pun..dah 4 hari bertapa dan bersila di rumah..memasukkan segala macam makanan dan masakan ke dalam badan ,keluarkan semula kemudian masukkan balik..melakukan nye tanpe rase jemu sejak 21 tahun yang lepas.huh..kehidupan.
tak baik mengeluh manusia.

dah start study week maknenye habes dah segale kelas mahupun segale event.
malas dah nak berpenat-penat.malas dah nak berpeluh-peluh.malas dah nak bergaduh-gaduh.malas dah nak bermusuh-musuh.cukup lah sampai situ je.tak sabar dah nak mulakan dengan kehidupan yang lain,ragam yang lain,manusia yang lain.pliss la.

kadang-kadang aku tak sedar aku buat salah.kadang aku rase aku dah buat sepatutnye ape aku buat.tapi rupenya aku hanya baru selesaikan separuh kerja,separuh beban.kalau tak de orang ingatkan mungkin sampai mati aku tak tau kerja aku belum siap,sedangkan aku dah duduk atas kerusi malas ,baca suratkhabar, marah polis sebab lambat dakwa pembunuh Sosilawati...tanpa aku sedar ade orang marah kerana kerja masih tak siap..kadang aku bukan sedar.

memang susah nak salahkan diri..takkan lah nak salah kan diri sendiri..maruah dan ego kena dijage..ketampanan dan kecantikkan harus dipuja.dijadikan idola.manusia kurang cantik dan kurang tampan bukan diabaikan tapi dilupekan seketika..nanti bila perlu panggil la mereka.mereka bukan kisah.bukan seperti manusia cantik dan tampan yang dipuja tadi..mereka bagai burung disangkar emas, bagai kucing berbulu tebal..cantik dan sentiase dipuja.dipuja manusia.

baru usia diperingkat pertumbuhan , aku dah hampir putus asa melayan perangai manusia yang memang susah nak dipaham..tak boleh ke berfikir lebih matang?lebih terbuka?tapi dalam pada masa yang sama tidak lalai pada tuan kita.

terlalu terbuka terkadang membunuh!

padanlah Allah buat manusia berbeza, agar manusia itu tahu..die tak macam kau.mereka tak macam kita.kita kena paham mereka kalau kau nak mereka paham kita.percaturannya mudah.perkiraannye tak susah..nak memulakan mungkin tergeliat patah.


pentingkan perasaan sendiri bukan jawapan tepat.

bye readers.

p/s: didikan ibu bapa memang akan mempengaruhi kita.itu tepat.tak de sape dapat menyangkal.tanpa mereka, kau tak de malah kau bukan siapa-siapa.Aku akui bab yang itu.tidak pernah tidak.

mood: Barakallah by Maher Zain.

kalau kawen dalam taman bunga yang manyak-manyak camni pon kire bahagia dah ni.okeyh, gatal saya masih ada.

08 October 2010

BAJET.



jangan kau bajet kau tau semua sedangkan TAK!

stop pretending u're super duper GOOD then others.muak dah dengar.



bye readers.






03 October 2010

Sudah boleh bernafas


hye readers!

hapdate,hupdate.

sabtu hari tu berlangsungnye event yang penat gilak tp Alhamdulillah bejalan lancar.korang nak tahu tak event ape?ok.cube tarik nafas pnjang-panjang dulu sebab name event ni memang berjela..ok.ready?

"Majlis Smbutan Aidilfitri dan Makan Malam Seputih Kasih, Semerah Hati dan Seharum Kasturi"

ok.lepas nafas.

uhhhh..penat tak yah cakap..memang penat sgt.event ni memang siap sembelih lembu bagai.macam kenduri kawen.



okey.nampak tak aku takde dalam gambar.tu maknanya aku memang tak minat nak tengok sembelih-sembelihan ni.nanti malam aku termimpi-mimpi lembu tu nanges-nanges mintak tolong.sila gelak.tapi aku tak tipu.

sebab tu aku tak nak ditugaskan bab-bab lembu tadi.kali ini saya menjadi biro makanan.biro yang paling menyakitkan hati.biro yang asyik ditanya garam kat mana,ajinomoto nak beli berape kilo?ayam nak potong berape?lembu masak lauk ape campur ape?..sgt chef.menyampah.tapi saya suka tugas saya,yang penting bukan bab lembu. surrender.


nampak tak tempat saya hanya di dapur.bukan lembu.

selain itu kami jugak invited kanak-kanak dari rumah Jalinan kasih ke hape name die untuk didera.eh,bukan.untuk sama-sama memeriahkan majlis la.tehehehe

diewang ni kite import dari pagi untuk sama-sama joint activity.ade sukaneka untuk diewang.siap berhabang-hakak angkat bagai.okey,aku tak de.masih lagi didapur.takpe,yang penting bukan lembu.



ni apehal comel sangat budak-budak ni?

 haa..main game baling belon berair ni.habang and hakak angkat yang duduk kat belakang tu senyap je la.sebab belon dah awal-awal pecah.

korang ingat tak time korang kecik-kecik dulu berebut nak bagi arahan suruh 'tangan angkat-tangan jatuh-tangan angkat'



eh,terbanyak pulak gambar budak-budak ni..lawan tuan tanah nampak!

tapi event tu memamg best la.happening abes.

and bila tiba malam tu.gambar aku memang tak de la sebab biro dapur dan ajinomoto kan.


okeyh,baju disponser sepenuhnya oleh Kolej Tun Putih..nampak tak semua MT pakai baju same tu?
classs kau Maria!!
(sila refer iklan Ribena ye kawan-kawan)


ha..muka pun tak semenggah..menyampah!
tak,tak..kiteorang tak janji pun dengan Datuk nak pakai baju same-same.mane ade.Ketebulan.eh.kebetulan!

nah,muka berusaha sikit.


event tu memang mantopp u oll..memang tak kan dilupa lah betape letihnye.semua best.titik.