Showing posts with label kumbang. Show all posts
Showing posts with label kumbang. Show all posts

14 September 2014

Tiga Puluh Lapan - (38th)







Tiga puluh lapan bulan yang lepas, ada dua manusia yang menyimpul janji untuk setia mengasihani selagi masih ada hati.



Dan pada bulan ke tiga puluh lapan ini, manusia ini masih ( InsyaAllah ) setia memegang segala janji. Alhamdulillah.




Ke tiga puluh lapan kali ni, aku rasa tetap sama. Lelaki yang aku kenal dulu masih sama seperti tiga puluh lapan yang dahulu. Kalau ada berubah pun, sejujurnya berubah kepada kebaikkan, berubah kepada yang lebih matang. Berubah kerana usia yang bertambah, berubah kerana sekeliling merayu kepada perubahan, berubah kerana memang sewajarnya berubah.





Selamat yang ke tiga puluh lapan sayang. Moga awak dan saya masih SAMA.









08 September 2011

cerita raya saya version lambat gile.



Hello kawan-kawan yang saya suka sekalian. 

sebelum terlupa, Selamat Hari Raya!

sepatutnya ada satu entry sebelum raya, tapi sebab sibuk buat kuih raya, pasang pelita, pasang langsir, sembat baju kurung semuakan #tipu. so, tak sempat nak buat entry la. Alasan. 



Tahun ni, preparation tak best sangat. mak aku mengalami sindrom beli kuih raya dalam balang tahap tak boleh ampun dah ni. memang kiranya tahun ni ,takde langsung buat kuih raya. kuih cornflake coklat yang cairkan coklat-masuk cornflake-kacau-taaadaaaa dah siap tu pun tak nak buat. kahsihan kan?


baju raya? seminggu sebelum raya baru 'hantar' kat rumah jijah.(tukar 'hantar' kepada 'mak jijah datang rumah ambik baju'-aku kejam). dengan harapan mak jijah boleh jadi macam SuperMak macam Nasha Aziz.







so, memang tak ada perbezaan dengan tahun lepas, biasa-biasa sangat. salah satu faktor yang menyebabkan preparation nak raya kami sekeluarga suam-suam kuku seperti lempeng ialah kerana, kami dah semakin membesar.


kau carik baju raya sendiri, carik kasut sendiri, tak yah nak sedondon kedondong bagai dah.
lain lah dulu enam beranak berasak berjalan carik baju raye..baru ohsem!


cuma, ada satu perbezaan raya tahun ni dengan tahun lepas.




tahun ni dapat kad raya!


boyfriend sape bagi kad raye kemain siap bermusic ni weh?
kih kih kih


siap bagi dua kad, satu kad bermuzik untuk dendangan hati kau music di hatiku,
satu lagi kad, khas untuk buat puisi ayat-ayat cinta.
#geli enough?






siap ni blurkan bagai.

HAH! aku dah kata, si kumbang tulis essay :




saya menyukai awak kerana.............................
(tidak kisah lebih berapa patah pun. lebih patah lebih kisah.hihi)


macam tahun lepas, aku tak de entry khas hari raya. sebab banyak sangat nak cerita.

gambar raya tak ada la. tepek gambar ni boleh?
oh ye, si ecah belon ni dah tunang. belon-belon pon laku jugak,ye dak?





kau?














entry raya tahun lepas : Raya yang macam tak nak raya.

13 August 2011

Happy With No Reason.










I hope it'll last forever.




"promise me to sleep tight. while realizing and believing there will always be love from me to you and you to me in your sleep, in your dreams and when you open your candy-eyes.thank u kumbang".   





#lepas ni kalau post-post bende yang menjengkelkan kat FB mahap lah ye. I rase di awang-awangan lah yuwol. keh keh keh.


jijik kan?



12 July 2011

surat dari Bunga.

Hai kawan-kawan!

Lately, aku banyak bermain dengan perasaan. Somebody just put me aside without any signal. Tiba-tiba. Sangat tiba-tiba. Dan aku , yes, buat-buat boleh handle macam biasa tapi terdetik jugak la ‘Kenapa?’ . Dulu baik je, tiba-tiba senyap. Sepi terus. Tak ke pelik tu kan?

If, aku ade buat salah ,let me know. Aku rasa aku pun berhak untuk tau kenapa. Tapi yelah. Sapa lah aku nak paksa-paksa orang cakap. Paksa-paksa orang bagitahu.



 
Untuk kau.

Masa yang kau bagi untuk tidak berhubung antara satu sama lain, make me realize bahawasanya aku ni macam mana dipandangan kau. Thanks.


I begging an apology from you.. kalau aku buat salah kat kau. Aku rasa banyak.

‘tipu’ kau, yelah ‘dah biasa tipu org?’ kan?.

Saja miscall kau time ko sembahyang dengan niat nanti kau yang kene call balik.

Kacau anak buah kau, saja hasut dia, cakap kau kedekut nak belanja aiskrim. Tapi memang kau kedekut pun kan? Okay.tak.maap. Tapi kau jemput kakak balik sekolah tak tadi?haha.

Maaf lagi sebab macam tak pernah support ko main bola. Sesungguhnya kita ni memang jauh berbeza. Banyak sangat perbezaan. Kau suka tengok MaharajaLawak, aku suka tengok ImamMuda Nazrul. Dunia. Dunia. kahkah

Dah la. Maaf lah atas segala nya okay? Sekarang aku faham la kenapa kau tak nak cakap depan-depan, aku pun tulis dekat belog seposen ni je ha. Tak jugak berani cakap depan-depan ye dak?

Yelah ,sebab kebenaran tu sulit untuk dinyatakan. 
oh ye, satu lagi. aku mintak maaf kalau aku ni selalu mengade-ngade kat kau sampai kau malas layan kan.haha. sorry tau.

Thanks Kumbang.Thanks a lot.


#kumbang tu hanye metafora untuk melambang kan DIA seorang lelaki ye. tak kan nak tulis surat untuk kumbang kan?dah lama hidup ke apa.