Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

25 September 2011

update panjang lebar.


tengah, sedang, dan akan mendengar lagu ini setiap hari untuk memahami maksud tersirat lagi tersurat.



sekian.



























menyampah betul kalau tajuk tak same dengan entry ni kan. bajet aretis tau kau ni!

Hello gadis cantik dan lelaki hensem sekalian!
aku sekarang tengah bizi memenuhi undangan open house diserata Malaysia. okay seperti biasa semua tipu belaka.



dah hampir dua minggu aku dok  jaga seorang baby comel bernama Qaseh Nur'Arissa. sangat teruja. terus terasa taknak anak cepat-cepat kerana mahu memanfaatkan usia remaja sehabis baik, sebelum kau menjadi sehabis selebet sebab anak asyik menangis Mummy buat susu memanjang panas ingatkan anak tekak buaye ke ape. Susah oi jage budak. Lepas ni taubat dah tak nak jadi annoying setiap kali nampak baby terus cakap

' comelllllnyeeeeeeee....tak sabarnye nak ade baby sendiri'.

taubat, taubat gua taubat. lepas ni kalau nampak baby cuma akan cakap


'comelnye,titik.'



untuk sedap kan hati dan nampak kan gaya penulisan aku seolah-olah menjage baby adelah sangat ohsem, aku ingat nak tulis macam ni,


' jaga baby ni sebenarnye tak susah. baby tak banyak sangat buat hal. bila kenyang dia akan tidur, bila lapar die akan bagi isyarat wueeeekkk sebagai tanda 'susu satu mummy! ', kemudian bila dah kenyang dia akan tidur semula sehingga die lapar dan kembali memberi isyarat. tak susah kan jaga baby? kan ? kan? '

nampak mudah kan? tapi semuanye adelah TIPU semata-mata. kau ingat jaga anak patung Barbie ke apa, menangis keluar air mata je terus sumbat plasticine, senyap.


okay dah tak perlu lah aku terangkan betapa susah nye menjaga Qaseh, nanti korang-korang tak nak ade anak pulak. kih kih kih, melampau kau jahhh.

lagi pon tak lama mana pun jaga Qaseh, minggu depan InsyaAllah dah setat kerja kat tempat baru. Yeay! wish me luck.

lahir 1 syawal si Qaseh ni. nasib baik mak die waras lagi tak letak Qaseh Syawaliah ke ape kan?




bai semua.


Thank for reading this 'loya' entry. Have a good day guys!

08 September 2011

cerita raya saya version lambat gile.



Hello kawan-kawan yang saya suka sekalian. 

sebelum terlupa, Selamat Hari Raya!

sepatutnya ada satu entry sebelum raya, tapi sebab sibuk buat kuih raya, pasang pelita, pasang langsir, sembat baju kurung semuakan #tipu. so, tak sempat nak buat entry la. Alasan. 



Tahun ni, preparation tak best sangat. mak aku mengalami sindrom beli kuih raya dalam balang tahap tak boleh ampun dah ni. memang kiranya tahun ni ,takde langsung buat kuih raya. kuih cornflake coklat yang cairkan coklat-masuk cornflake-kacau-taaadaaaa dah siap tu pun tak nak buat. kahsihan kan?


baju raya? seminggu sebelum raya baru 'hantar' kat rumah jijah.(tukar 'hantar' kepada 'mak jijah datang rumah ambik baju'-aku kejam). dengan harapan mak jijah boleh jadi macam SuperMak macam Nasha Aziz.







so, memang tak ada perbezaan dengan tahun lepas, biasa-biasa sangat. salah satu faktor yang menyebabkan preparation nak raya kami sekeluarga suam-suam kuku seperti lempeng ialah kerana, kami dah semakin membesar.


kau carik baju raya sendiri, carik kasut sendiri, tak yah nak sedondon kedondong bagai dah.
lain lah dulu enam beranak berasak berjalan carik baju raye..baru ohsem!


cuma, ada satu perbezaan raya tahun ni dengan tahun lepas.




tahun ni dapat kad raya!


boyfriend sape bagi kad raye kemain siap bermusic ni weh?
kih kih kih


siap bagi dua kad, satu kad bermuzik untuk dendangan hati kau music di hatiku,
satu lagi kad, khas untuk buat puisi ayat-ayat cinta.
#geli enough?






siap ni blurkan bagai.

HAH! aku dah kata, si kumbang tulis essay :




saya menyukai awak kerana.............................
(tidak kisah lebih berapa patah pun. lebih patah lebih kisah.hihi)


macam tahun lepas, aku tak de entry khas hari raya. sebab banyak sangat nak cerita.

gambar raya tak ada la. tepek gambar ni boleh?
oh ye, si ecah belon ni dah tunang. belon-belon pon laku jugak,ye dak?





kau?














entry raya tahun lepas : Raya yang macam tak nak raya.

06 July 2011

Hanya aku dan AKU.



BILA KITA DITIMPA MASALAH,

SAKITNYA RASA MACAM MAHU SEMUA ORANG TAHU,

TAPI KATA-KATA TAK MAMPU MEMBERI GAMBARAN SEBENARNYA ,

KATA-KATA HANYA KATA-KATA,

SAKIT TETAP TIDAK TERUBAT OLEH KATA BICARA PEMANIS SEGALA,

TAPI TAK SEMUA ,

KADANG-KADANG ADA YANG HILANG BISA,

SAKIT PERIT

SETELAH LIDAH INI MELENTUR BUTIRAN RASA,

MERUNGKAI SERIBU MAKNA.



JADI HANYA SEORANG YANG MEREMPUH LIKU,

LEBIH INDAH HANYA KAKU,BISU.

BUKAN SEMUA BOLEH TERSENYUM KETIKA DUKA,

TAPI RAMAI YANG BERDUKA SETELAH CERIA,

MASIH RAMAI…..DAN AKU SALAH LAKU, BEKU.



KADANG-KADANG BILA SUDAH BANYAK KALI KALAH,

AKU JADI CEPAT MENYERAH,MENYALAH,PASRAH.

BELUM CUBA, BELUM USAHA SUDAH MEMBERI KATA PENAMAT.TEPAT.BULAT.

CEPAT SANGAT PUTUS SEMANGAT.

CEPAT SANGAT MEMBUAT TEKAD.



AKU BUKAN DICIPTA DARI BESI, AKU BUKAN JUGA DARI KAYU.

TETAP.TEGAP.SUSAH DILENTUR.

MANUSIA DICIPTA DARI TANAH,

MUDAH BERUBAH.

DAN MUNGKIN MUDAH PATAH DENGAN SERIBU MASALAH.







04 June 2011

anak kecil ayah ibu



hati ibu itu terlalu suci untuk dilukai,
hati ayah itu terlalu tulus untuk disakiti.








tapi maafkan aku jika anak degil ini masih tegar menyakiti melukai hati mu,
masih keras hati mahu kehendak aku dituruti,
masih bentak kaki jika ada tidak kena pada hati,
aku tahu aku bukan anak baik mu ayah dan ibu.
aku tahu.
aku mangaku.



10 May 2011

10 Sebab Saje Jadikan Penyebab.

Salam sejahtera semua.

*eh,motif lah nak salam sejahtera kan?

sabtu lepas ada event TM.net dekat SMK Seri Jempol tanah tumpahnya sifat-kepengawasan-ku.rindu kat sekolah woih.jumpa cikgu-cikgu semua cakap 'ehhh..dah besarrr la awak.'
*sampai malam pikir,ape maksud besar?besar=comel mungkin?selak kamus dewan sekarang.


well, ape yang best sampai aku beriya-iya nak joint?


1. sebab event ni buat kat sekolah.dah lame gile woih tak g sekolah.mesti cikgu-cikgu semua rindu aku.*pengsan.


2. dan sekolah dekat dengan rumah.tak macam selalu event TM mesti buat jauh-jauh.nak balik,berak pun payah.


3. sebab dekat sekolah ada berlangsungnye (berlangsungnye?) Karnival Kerjaya dan Keusahawanan. manalah tau kan, sambil menyelam boleh belajar berenang.sambil bekerja boleh membina kerjaya.haaa.kan dah dapat keje kat bank rakyat*senyum-sengeh.


4. sebab ade MY TV3!


5. sebab no 4 sepatutnya letak atas sekali.sebab masa tau MY TV3 nak datang terus cakap dengan Jijah nak joint event.dalam kepala dah pikir. yeay! My TV3 datang, nanti dapat masuk tv, terus populer ,terus semua orang kenal, terus ramai orang add kat facebook, terus menang ABP.noob.


6. sebab dekat booth My TV3 ada pelakon Juvana-gile-jahat.


7. sape? Apek dengan Botak.tak tengok Juvana?sila pangkah diri sendiri sekarang.


8. macam dah takde sebab lagi je.


9. oh! sebab Apek and Botak sangat sporting. dan macam tak reti penat nak layan budak-budak sekolah ,layan bekas-bekas budak sekolah. kau ingat senang jadik artis?ingatkan Botak si house captain garang macam dalam Juvana, rupanya LAKONAN je la LOL.


10. okay dah.cukup seploh sebab.




semangat tau, nak beli keropok lekor pun masih pegang pamphlet streamyx dengan harapan customer tetibe mendayu-dayu datang kat kau.

team-mate gigih.

kenal tak?yang kiri Apek yang asyik tolong Daim tampal poster sampai kene marah 'poster melambak kat koridor sape nak kemas?'
 yang kanan Botak kemain 'saya dah lama tak tengok perempuan,cikgu'
#nampak sangat tak kenal sampai kena perkenalkan.

bai.abang-abang MyTV3 nanti datang lagi tau.tau.
saya sayang abang MY TV3
*lambai tangan .kesat air mata.beriye.






02 May 2011

As Much As I love You.

aku ada satu perasaan yang aku rasa korang semua pun ada kot.


aku agak sensetif kalau apa saja benda yang melibatkan emak dan ayah.
cik kasim dan cik milah.
ye.tajuk kau tak yah nak mengundang sangat.


aku tak rapat dengan ayah sangat.
jap.
ape yang korang definisikan dengan tak rapat dengan ayah sangat?
tak rapat maksud aku dalam hal ni, aku jarang bercerita, berbual, begelak atau jarang ada aktiviti yang aku lakukan dengan ayah berbanding dengan mak.
kecuali aktiviti mencocok keluarkan duit dari Maybank ayah.


okey dah banyak kali ajar pon ayah aku tetap tak pandai nak cash out dari ATM's machine.takut kad kene telan.sila menangis semua orang.


tapi tak tau kenapa,walau pun tak rapat,aku akan dengar setiap inci apa pun arahan ayah.
contoh, mak dah banyak kali suruh angkat kain tapi tetap bagi alasan nak tunggu Adamaya ni iklan dulu baru angkat punggung lalu mengangkat kain, tapi bila tetibe ayah datang cakap 


'long, angkat kain.dah petang ni'
'yelah.ye.baiklah ayah'
terus rasa macam tak tengok adamaya pun tak pe asalkan dah angkat kain.LOL

*tak de.saje nak bagitau hari tu kecik hati dengan ayah.ayah tak bagi aku keje jauh-jauh nanti takut tak makan.sila menangis sekali lagi .

30 April 2011

bagi aku muka dieorang lebih kurang sama.bagi korang?

lambat gile aku weh.
ade seorang perempuan yang sama muka dan gaya rambut macam Justin Bieber kan?
okay.aku baru tau.

tak de beza kan?tapi kalau korang rajin cuba layan vid dia kejap.memang nampak sangat dia perempuan.



sama kan?

and aku ade seorang budak yang aku rasa muka die sama sangat.
macam sapa?



ye.macam shinchan.
aku tak tau lah kalau korang tak rase mcm aku rasa.



27 April 2011

Sudah Tunangan Orang.

aku malas nak buat entri pasal ni sebenarnya.sebab ini semua melibatkan hati dan perasaan.kalau aku post entry ni aku rasa dah tak berguna hidup ini dan aku adalah selemah-lemah manusia in the world.ye.mawi would.


okay dah.aku tipu.
minggu lepas, sabtu 23 April tahun gajah ,adik sahabat saya Aziey, (macam haram J je panggil jijah, Aziey.pastu siap tambah ey.ewww.)ok ulang semula.adik sahabat saya Aziey,bertunang.


eh.adik jijah dah tunang?
ye.
eh.langkah bendul la?
ye.
eh.abes tu dapat cincin la?.
ye
eh.adik jijah yang mane?yang bawah die ker?
ye.
ooooo.eh.tak de gambar ker?
ye.ade.


dah bersedia nak tengok gambar sampai pengsan?
cekidaut.
jangan muntah tengok bnyak sgt gambar ok?




dah muntah?okay bawak bersabar.
              
         
cukup bahagia kan muka kak lang?
ada cakap macam muka Ziana Zain, ada cakap macam muka Azza Elite.ntah.aku tengok macm muka kak lang je ;)
*jeles gile bunyik ayat kau woih.

oh ni la adek jijah.kiteorang panggil kak lang.nama dia Suhada.
bukan syuhaida ok.bukan.jangan buat I rasa diri I tak laku disisi masyarakat.sob.sob



ini sebelah lelaki.merah menyalo teh kau wok.dengan paneh kemain membakar bumi.sila bayangkkan kepanehan eh sekarang.
hantaran.
ada sorang manusia ni tak percaya yang aku and jijah yang siapkan hantaran ni weh.
memang lah susah tapi, kemon lah.
ni aku lah!aku!
mesti boleh punya.

ke korang pon tak percaya?
kemon la!

*apehal tuala tu tiba-tiba warna biru?diam.

macam puteri umno pulak dah.

muka tak sabar dapat cincin langkah bendul.oh ye.jijah pun ada akak.dan kakak dia pun dapat jugak cincin langkah bendul.
okay mari buat perkiraan.

cincin langkah bendul jijah satu.
cincin langkah bendul kak maria satu.
cincin tunang satu.
cincin merisik satu.

berapa semua nya?
boleh bayangkan muka tunang adik jijah a.k.a taufik sekarang?
boleh bayangkan?

ye.taufiq masih senyum.

dan masih senyum.
ok dah habis.

ambik berkat.

ambik berkat 2.

ambik berkat 3.

*lepas tengok cincin yang jijah dapat, tetibe nak suruh angah kawen dulu.
ker nak suruh alin?
pengsan.


bai.

22 April 2011

Lain tak Semestinya Tak Sama, kan?

salam Jumaat kawan-kawan yang saya suka :)okay ,tu tiru Zahiril Adzim yang suwwiit lagi gagah perkasa dan akan bertunang tak lama lagi.ah,kecewa.

hari baik, panas terik ni elok lah kita mencari cendol atau air batu campur di kedai cik Jaapar yang sedap lagi banyak kacang itu untuk membasahkan mulut dan memenuhi kehendak anak tekak.

okay dah.mari setat cerita.
pelik sangat ke kalau adik beradik tapi tak sama muka?
pelik sangat ke?

aku dah kene banyak kali tau orang asyik tanya kenapa kiteorang ni tak sama muka?salah kami ke?suka buat aku emosi tau.emosi.emosi dipetang jumaat yang indah ni.haa.menci.menci.okay annoying me.stop it.

dah.kembali normal.
memang ramai cakap macam tu.tapi sebab sebelum ni tak ada belog tak de la nak meroyan sangat sikit-sikit nak report kat belog kan.

tapi bila hari tu atau mungkin bulan tu sebab dah agak sebulan berlaku, ada sorang kawan mak aku datang rumah sambil selakselak album pastu dok tanya-tanya

'muka kakak lain sikit lah dengan muka kak ngah.'
'eh.muka kak ngah lebar sikit.buka alang bulat.'
'laaahh.kenapa adik lain sangat.kurus je.tak macam yang lain-lain'
'heeee.aunty ni banyak sangat komen pulak kan.teehee.'

'memang pon'
aku balas.

balas dalam hati.
aku senyum je la.benda-benda remeh macam ni tak kan nak buat sampai putus sedara pulak.


aku faham ,mungkin niat je saja nak bermesra since die memang jarang datang rumah apetah lagi datang berbual-bual dengan kami.tapi it's doesn't makes any sense okay.
banyak je manusia dalam dunia ni yang rupa mereka tak sama adik beradik.macam aku dengan adik beradik aku ,memang aku akui yang kami semua muka tak sama langsung.memang agak susah nak cam yang kiteorg ni adik beradik.


kalau aku dengan Angah, banyak kali dah kene macam ni 
'kirim salam kawan sebelah kau tu tau'
'tak kuasa aku nak panggil kau bang ngah nanti.muntah'
'lahhhh.adik kau ke?'
YE.


'muka kakak lain sikit lah dengan muka kak ngah.'
'eh.muka kak ngah lebar sikit.'



lahhhh.adik kau ke?
YE.
ye.adek aku.nak kirim apa lagi?