01 October 2016

Zaim - 6TH month





Boleh dikata kan aku tiap-tiap hari ambik gambar Zaim. Mak yang obses sangat kan? Hahahahah



12/8/2016
( 7 bulan )

Ikut ayah pergi jogging. Last-last tak jogging pon. Buat tour dalam Poli sebab ibu tak pernah habis lagi tengok poli ni. Hahahah


14/8/2016 Ahad
( 7bulan 2 hari )

Tetibe rasa nak pergi lepak tepi pantai pulak. Hahaha. Terus roger Wany n Haziq ajak join sekali. Nak ajak siapa lagi kan. Hahaha.








Perfect photo to ending the day. 
Nanti Zaim dan Safiyya kalau dah besar kena tengok balik semua gambar-gambar ni tau. Mak ayah korang bukan main bestfriend lagi.



17/8/2016
Senyum kau nak. Menusuk kalbu ibu. Hahaha


20/8/2016 - Sabtu
Isteri En Mozek, Kak Ayu dapat offer mengajar class baking di Kolej Komuniti Penampang. So, anak dia Shamel tak de orang jaga. Kak Ayu mintak aku jaga kan Shamel. Seriusly cuak kotttt jaga anak oranggg. Hahahaha.
Shamel nangissss je sebab dia memang tak biasa dengan orang. Sama lah macam Zaim ni.
Aku umpan Shamel dengan Didi and friends je. Hahaha sorry shamel. Cik sue tak tau nak buat apa dah. Bila dengar lagu Didi je yang boleh buat shamel tak nangis. Uwaaaa

Time ni Zaim baru bangun tido, pastu tetibe tengok Ibu pangku orang lain. Terus pandang tak puas hati. Hahahaha
Sorry for low quality of photo. Hengpong ayah ni boleh tukar dah ni rasanye =,=




23/8/2016 - Selasa

Siapa yang paling happy bila ayah balik terus bagi makan kat Zaim? Tentu lah ibu. Hahahaha
Zaim makan pisang masa ni. Favorite sangat lah Zaim kat pisang ni. Kangkang cover sikit nak oi.




25/8/2016 - Khamis
Teman ayah and ibu minum petang kat Restoren Kak Tini. Yang warna putih depan Zaim tu pau. Pipi Zaim pon tak kurang pau nye. Hahaha

Sorry for the low quality of photo. You know who the owner kan. Hahaha





26/9/2016
Melawat cik Farah di Hospital Likas.
Cik Farah stay strong k. Bang Im tak sabar nak gomol baby cik Farah ni. Hehehe


Teman ibu makan roti canai. Aku rasa roti canai sini yang paling rasa semenanjung sekali. Kuah kari sedap. Kuah Dal sedap. Roti lembut. Sedap,sedap! pasni boleh pergi cafe hospital untuk makan roti canai. Hahahaha. Kesian ke tidok


29/8/2016

Masa ni hujan pastu saja pakai kan blanket kat kepala Zaim. Hahahaha. Dia redhoooo je
Kalau Zaim ada adik perempuan nanti (NANTI YE), cemni ke rupa dia? Hahahaha



11/9/2016 - Ahad
Ingat tak Shamel yang aku jaga hari tu? Kakak Shamel, Aleeya masuk hospital sebab semput. Disebabkan Shamel still breastfeed so, terpaksa lah ayah Aleeya yang jaga Aleeya dekat wad. 
Then, Kak Ayu (mak Aleeya) mintak tolong kiteorang untuk hantar dia pergi hospital.

Bila duduk jauh dari family ni, kawan-kawan lah yang kita selalu sangat harapkan. Aku selalu fikir kalau salah sorang dari kami, aku atau pun Syafiq sakit (mintak dijauhkan Ya Allah) dekat sapa lah kiteorang nak mintak tolong jagakan Zaim. Haih, mengalir air mata beb kalau difikir fikirkan. So, korang-korang yang sentiasa dekat dengan family tu, bersyukur lah dengan segala nikmat tu.
Nikmat yang kami duduk jauh ni nak sangat-sangat dapat. Hmmmm kan dah sedih. Hahaha

Terpaling suka lah ni kalau ayah buat mcm tu.



Ibu selalu hairan tengok ayah kendong Zaim macam tu. Masalahnya Zaim okey je. Senyappppp jeee tak berbunyi. Heran nengok eh.

12/9/2016 - Isnin
Salam Aidil Adha!
dan selamat 7 bulan Bang Im sayang!




Awal pagi lagi Bang Im dah bangun kengkonon nak ikut ayah pergi sembahyang. Tapi tidak lah, dalam kereta dia bantai tido.

Awal pagi lagi, ustazah fevret Zaim ( hai ustazah ani ) ada buat open house. 
Makan sedap ustazah ani buat nasi minyak dengan ayam sambal. Eh, tak tau lah nasi minyak ke nasi tomato. Ibu makan je. Hahaha!

sampai ke petang, and malam pon still ada open house so, ibu gantung periuk!

okey dah cukup untuk cerita Zaim 6 bulan. 

Next kita cerita Zaim 7 bulan pulak k. Hehehe. Tunggu ibu rajin!





















01 August 2016

Jamuan Raya Geng GPS

Fuhhhhh, baru je habis jamuan raya geng GPS.



Kali ni buat kat rumah sendiri so agak kelam kabut la. Tapi best sebab Zaim boleh tidur lena pastu bangun-bangun terus senyum. Hahahaha






majlis baru selesai terus update ni. Hahaha. 
Semangat ke tidoookkk?











Keluarga besar Geng GPS


Ini lah antara yang best duduk dekat Sabah ni. Keluarga jauh, kawan kawan lah yang boleh buat jadik keluarga kat sini. 




Hari ni safiyya mood tak berapa baik sangat. Selalunya dia yang okey. Hari ni kacau waktu tidur dia tu yang mengamok tu. Kecian piyya ibu. Hehe


Mat ni kemahin happy hari ni. Semua aunty dok pegang, agah, ajak main dengan dia pon dia okey je. Ibu is happy! Hahahaha



Alahai tak penuh pulak gambar menu hari ni.
Wany bawak nasi hujan panas dengan ayam sambal. Sedap wehhhh. Nanti nak resepi pleaseeeee!

Aku buat mee bandung hentam je resepi. Ade rasa sikit-sikit kira okey lah tu. Hahahah. Adil bawak ayam kari. pon sedap jugak, pandai jugak Adil masak.
Izzaty bawak rendang ayam huhhh sedap!

Itu je pun menu nya tapi Alhamdulillah mencukupi.

Tak tau kenapa macam seronok je makan-makan kali ni. Sebab aku masak tak rushing kot. Hahaha. Yelah masak mee bandung je. Start kol 4 masak pastu pukul 6 macam tu dah settle dah semua. Tak macam tahun lepas, masak soto. Mana nak buat sup lagi, ayam racik, sos kicap, begedil huiiiii sampai orang datang tak siap-siap lagi masak. Pastu stress, pastu rushing nak pakai baju semua, pastu tudung tak iron pastu bad mood. Hahahahaha

Okey lah, Alhamdulillah kali ni berjalan lancar.
nanti ade rezeki kita buat lagi k.






Yeayyyy! Anak siapa dah pandai meniarap ni!!

Ibu still ingat first time Zaim meniarap sendiri 29 July ( Isnin ) pukul 2 lebih petang. Saksi time tu ayah dengan Cik Farah! Hahahahaha

I love youuuuu Zaim!











25 July 2016

Hurggh. Tak boleh tido

Tak boleh tido and here I am. Hehehe


Aku selalu jeles dengan kawan-kawan dekat semenanjung sebab hmmmm .... sebab banyak perkara.

First, sebab dieorang dekat dengan famili. Uwaaa bestnya every weekend balik kampung. Waaa best nya emak dia tolong jagakan anak pastu dating dengan suami pergi tengok wayang. Uwaaaa best nya makcik dia ajak open house datang makan-makan. Uwaaaaa. 


Second sebab senang jumpa kawan-kawan. To be honest, lepas kahwin dan tak kerja dan pindah sabah aku macam tak ade kawan. Huahuahua.

 I means, tak ada kawan bersosial. Tak de kawan ajak minum2 ke, makan2 ke. Macam zaman solo dulu. Hehehe. Jeles tau tgk org lain jumpa ramai kawan2. Dont get me wrong lah, kat sini pon ramai kawan jugak, tapi aku rindu nak lepak lepak dengan Ekin, An, Jijah, Anem, Ikin macam dulu2. Kalau kat semenanjung senang lah kot kan.

Banyak lagi lah sebab musabab nye. Hehehe. Senang kata, bestnyaaaaaa kalau Syfq kerja kat semenanjung. Hahahaha

BUT, 


ada suatu hari tu aku sedar yang, duduk sabah banyak bagi aku pengalaman. 

Satu, pengalaman duduk di tempat orang. Sabah dengan sini tak lah banyak beza, cuma banyak jugak lah aku belajar cara/budaya orang sini. Dekat sini agama tak membezakan manusia. Kalau orang semenanjung risau betul salib kemain banyak kat mana mana kan, sini tak. Almost every daerah ada churc. Pastu tanda salib bukan kecik2, sebesar mungkin. Hahahaha. Tapi orang islam kat sini tak de pulak nak buat rusuhan ke bantahan ke suruh turunkan tanda salib tu. Dieorang rilex je. Sama jugak dengan surau, nak buat ceramah ke marhaban ke apa2 buat lah. Dieorang hormati agama masing2. Dan banyak lagi lah kalau nak cerita. 



Nanti sambung lagi lah. Ngantok sudah sa ni.
Hahahaha

Pssst : sa is saya okey bahasa sabah!




26 June 2016

Buat ape tu?



Ape tu last update tahun lepas. Phewww





Ade ni ha. Tengah belek budak ni








Being a mom is just too awesome for me. 

Kalau dulu, apa yang aku fikir setiap hari adalah apa yang terbaik untuk aku, but now,

 its still about me. Come on guys. Hahahaha

No lah, to be honest memang budak ni lah yang akan aku fikirkan setiap hari. 
Fikir bila last dia menyusu, pampers dia penuh ke tak, bintat kena gigit nyamuk semalam dah hilang ke belum, bila last poo poo dan lain-lain.

Menjadik emak yang tidak bekerja dan menjaga/meneliti setiap inci perkembangan anak setiap hari, is just beyond my expectation.




Siapa sangka, anak polos yang tidak tahu apa-apa ini, terlalu banyak mengubah hidup aku dan suami.


Zaim, nanti kita bergomol okey. Ibu nak update blog sekejap. Hahaha 


Aku serius nak cerita about my labour journey, tapi mcm belum datang semangat tu. Hahaha.

Nanti lah, soooooon!







11 October 2015

Saman



Aku dah siapkan post ni awal. Tapi tak tau kenapa aku tak tekan update. Hahahaha. Aci tak baru sekarang nak post?




______________________________________________________________________________

30 April 2015
Sebulan lebih sebelum kahwin.





Nasib hari ni pakai lawa sikit. Dapat kurang saman dengan abang JPJ. Hahahaha



Aku pergi kerja naik motor hari ni. Mood, happy. Siap bawak bekal pergi kerja, lauk paprik dengan telor dadar okey. Gigih ke tak kak long? Hahahaha




8.45 pagi aku gerak. bawak mcm biase sekali tiba-tiba ade roadblock.


Rilek-rilek. Wallet aku ingat aku bawak tadi. Dalam wallet ic ada, lesen ada. L aku yang tertangguh setahun tu dah aku P kan tahun lepas. Hahahaha


" Mintak lesen dengan road tax dik"

Road tax pun hidup lagi sebab ayah orang yang paling suka tanya " road tax kau hidup lagi tak long? Angah? Road tax dah renew belum? ''

Jadi aku confident matikan enjin, keluarkan ic dan bukak seat/bonet (what we call it?) motor sebab aku simpan road tax dekat situ.

2 minit kemudian.

" Lesen baru ada? "

Ehhhhhh... ehhhhhh.... ehhhh

" Lesen tamat 3 March ni dik "



*awan jadi malap*
*guruh berdentum*
*hujan turun dengan lebatnya*
*masukkan kan lagi scene-scene biasa dalam filem tamil. Wakakakaka*




" Oh ye ke encik? saya lupa lah encik nak renew lesen. lupa sungguh sungguh ni encik "

kata aku bersungguh sungguh sambil buat sengih sumbing.



* Sementara encik JPJ tu tulis saman, aku pikir, gaji bulan ni tolak sewa rumah, tolak duit beli hantaran, tolak service kereta.. perghhh tolak pulak saman bodoh ni 300 perghhhh!




Senyum senyum depan abang JPJ lepastu abg JPJ cakap macam ni,

" Takpe lah, sy letak kesalahan kecil je lah dekat sini. Saya letak kesalahan awak, tak tampal sticker P. Pergi bayar RM 40 je nanti dekat JPJ "






Ya tuhannnnnnn. Selamat 300 haku!








 * ini bukan rasuah kan? ini kira macam kawtim kan? Hahahahaha









28 July 2015

This Feelings....

officially married to Muhammad Syafiq bin Mohd Kamal on 22nd May 2015. Alhamdulillah.







tak nak bercerita mengenai hal perkahwinan sebab aku plan nak up satu entry untuk wedding. Konon nya lah. 



Nowadays aku ada rasa nak makan yang membuak buak. Hmmm, rasa nak makan yang tak boleh dikontrol. Kengkadang pukul 10 teringin nak kueh tiew goreng pedas, makan tengah hari nak makan masak asam pedas. Adoi adoi adoi. Sebagai seorang suami, aku percaya semua suami pun akan buat benda yang sama, mesti akan usaha jugak carik kan apa yang bini-selera-tak-menentu dia ni nak makan. likes, sape tak sayang bini hoiiii. wakakak




Tapi baru ni tadi, aku buat hal lagi. 


" Lapar lahhhh...." 
" Rase nak makan ape? "


" Hmmmm......." 
Seriously, aku tak tau nak makan apa. Tapi lapa. Tapi tak tau nak apa. 
Aku terus pikir. nak makan apa eh. Hmmmmm. apa yang sedap eh. Aku tak de idea.


" Kalau awak jadi aku, awak nak makan ape?"

" Aku..... aku tak makan malam" balas Syafiq

" Tak..tak..kalau awak jadik aku? Awak rase tekak awak nak makan ape? "





Syafiq terus bertukar jadik HULK.





















Tak la, tipu je. Cerita dia panjang lagi. Tapi aku pendekkan, 


Sekarang tengah tunggu Syafiq balik bawak makanan. Harap-harap dia tak bawak balik ulat sagu masak lemak!






Aduhaiiii perut. Tapi betul, aku tak tau nak makan apa. rase macam nak KFC, tapi ayam dia mcm berminyak je, rasa macam nak nasi goreng ayam, tapi orang kat sini tak pandai masak nasi goreng ayam. Hmmmmmmm





OK BAI. SYAFIQ DAH BALIK!

10 May 2015

11th day before the date

Fuhhhh lega kursus syafiq start 31 May. Takde lah kena basuh periuk sorang-sorang. Hahahah


Sebelas hari lagi eh? Huhhhhhh. Tetibe neves plak.



Catering - done
Hantaran - 20%
Goodies - 70%
Bilik pengantin - 10% Esok baru plan nak siapkan bilik
Aku - 10% ready





Hahahaha. 10% je aku ready, lagi 90%  harap-harap datang lah sebelum majlis ni.



Doakan semua nya dipermudahkan wey! Doakan aku kurus!






14 April 2015

37th day before the date

 Hari ni dapat berita yang herghhh. Hahahaha



" syafiq kena pergi kursus selama dua minggu betul-betul selepas wedding kiteorang. Hari jumaat, sabtu, ahad kenduri pastu isnin pergi kursus "


Yeay.
Yeay.



By right, dia kena lapor diri hari ahad tu. Amboi aku tumbok ko kang tengah sibuk-sibuk nak sanding dan-dan tu nak lapor diri. Huh.


Well, nampak nya itu lah cabaran pertama aku selepas kawin. Duduk jauh-jauh aku rasa okey je lagi since memang dari dulu pun duduk jauh. 



Tapi, ape kes kene gosok periuk sorang-sorang ni woi!




p/s : date kursus tu belum confirm. Jom doa ramai-ramai semoga kursus itu dilewatkan seminggu. Pleaseeeeeeee!



30 March 2015

Old me



Aku baru hidup selama 26 tahun tau dekat dunia ni, tapi aku selalu rindu aku yang dulu. Hahaha.


Rindu zaman sekolah menengah ( zaman ni sapa make up lebih-lebih terus kena cop bajet elyana okey,zaman ni sapa keluar naik moto petang-petang lepas tu ade lelaki follow belakang kau, kau hot wakaka )


rindu zaman uitm, ( rindu teha, pika, rindu tun putih, rindu jadik akak senior, rindu Minggu Mesra Siswa buli budak part 1)


rindu zaman hakak hakak part 5,part 6 ( sapa-sapa ada masalah boleh rujuk kat akak okey, kata ku kepada adik-adik junior sedangkan masalah sendiri pun tak selesai acah je kau nak selesaikan masalah orang lain )


rindu zaman kerja KPJ (tak rindu sangat la, asyik kena benci je dengan sister wakakaka, pastu gaji kecik, tiap2 minggu pergi rumah mak qaseh atau mak iman, nanti dieorang masak sedap-sedap )


rindu zaman duduk melaka (the most rindu time. Asam pedas tetel, pak putra, nasi briyani hujung pasir, coconut shake alai, kuey teow alai, ikan bakar umbai, ikan keli sambal mak kak dila, roti jala mak kak dila. Okey semua makanan.)


rindu zaman qaseh masih kecik tak pandai menjawab. Hahahaha.

Ade ke patut hari tu aku tanya dia, "" Acih wat peww tuu?'' dengan nada manja hokey pastu  dia jawab " ebokkk ah ayooommm ni ( translate : sibuk lah along ni. okey siap translate hahaha.)" sambil terus main game kat handfon ayah dia -____________- 



semalam try semula bukak myspace. OMG, lain nya myspace now. dah jadi tempat dengar lagu ke hape kau ni myspace? Hahahahaha

Selak-selak ke kiri ke kanan, jumpa gambar ni ;






Selfie jenis nak mata besar dagu runcing sangat kan. 






Kurus kurus dulu, pergi mana sekarang?
 Hahahahahaha
















i miss the old me!



SO MUCH.







12 March 2015

Kad Kahwin



Tak pernah rasa hal kad kahwin akan menjadi serumit ini.


Nak design macam mana?

Nak berapa keping?

Nak tempah kat mana?

Nak warna apa?


Sebelum prepare kahwin secara serius, aku rasa 4 soalan kat atas ni terlalu mudah nak dijawab. Nak design simple, 500 keping, tempah dekat Kajang, nak warna putih purple. That all.


Bila dah betul-betul nak buat, mak oi berpusing kepala acik memikirkan kad kahwin je.


Design simple like what? Nak gambar bunga atau abstract? Nak lipat atau sekeping? Nak kertas licin atau kertas timbul - timbul? Sampul nak kosong ke printed? 

Lepas tu bajet banyak mana, sebab kalau lipat harga macam ni, sekeping macam ni, 500 keping kena banyak ni and all this choices came and came like no tomorrow. Hergh.



I take almost 2 weeks to decide which card is the best for me, end up i choose the herghhhhhh one. Arggggghhhh!


Dah tempah-tempah tetiba rase macam, 


" buruknyaaaaa kad aku arghhhhhh nak tukar tapi dah nak start print dah tapi buruk tapi malas nak pikir dah tapi nanti bagi kat orang mesti orang kata buruknya kad ko weh ko memang tasteless punya orang ke apa hah? "





Akak start print Isnin ni lah dik ye?




Okey kak.



Hmmm. satu kelemahan aku yang sangat ketara, selalu tak tetap pendirian. Kejap nak mcm ni, kejap nak mcm tu. Hari ni rasa ini okey esok rasa yang lagi satu lagi okeyyyyy. Argggghhhhhh.




Ya Allah, kau permudahkan lah urusan hamba mu ini. Semoga semua nya berjalan lancar sampai ke majlis nya nanti. InsyaAllah.