11 October 2015

Saman



Aku dah siapkan post ni awal. Tapi tak tau kenapa aku tak tekan update. Hahahaha. Aci tak baru sekarang nak post?




______________________________________________________________________________

30 April 2015
Sebulan lebih sebelum kahwin.





Nasib hari ni pakai lawa sikit. Dapat kurang saman dengan abang JPJ. Hahahaha



Aku pergi kerja naik motor hari ni. Mood, happy. Siap bawak bekal pergi kerja, lauk paprik dengan telor dadar okey. Gigih ke tak kak long? Hahahaha




8.45 pagi aku gerak. bawak mcm biase sekali tiba-tiba ade roadblock.


Rilek-rilek. Wallet aku ingat aku bawak tadi. Dalam wallet ic ada, lesen ada. L aku yang tertangguh setahun tu dah aku P kan tahun lepas. Hahahaha


" Mintak lesen dengan road tax dik"

Road tax pun hidup lagi sebab ayah orang yang paling suka tanya " road tax kau hidup lagi tak long? Angah? Road tax dah renew belum? ''

Jadi aku confident matikan enjin, keluarkan ic dan bukak seat/bonet (what we call it?) motor sebab aku simpan road tax dekat situ.

2 minit kemudian.

" Lesen baru ada? "

Ehhhhhh... ehhhhhh.... ehhhh

" Lesen tamat 3 March ni dik "



*awan jadi malap*
*guruh berdentum*
*hujan turun dengan lebatnya*
*masukkan kan lagi scene-scene biasa dalam filem tamil. Wakakakaka*




" Oh ye ke encik? saya lupa lah encik nak renew lesen. lupa sungguh sungguh ni encik "

kata aku bersungguh sungguh sambil buat sengih sumbing.



* Sementara encik JPJ tu tulis saman, aku pikir, gaji bulan ni tolak sewa rumah, tolak duit beli hantaran, tolak service kereta.. perghhh tolak pulak saman bodoh ni 300 perghhhh!




Senyum senyum depan abang JPJ lepastu abg JPJ cakap macam ni,

" Takpe lah, sy letak kesalahan kecil je lah dekat sini. Saya letak kesalahan awak, tak tampal sticker P. Pergi bayar RM 40 je nanti dekat JPJ "






Ya tuhannnnnnn. Selamat 300 haku!








 * ini bukan rasuah kan? ini kira macam kawtim kan? Hahahahaha









1 comments:

Dewi Aja said... [Reply to comment]

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)