11 October 2012

AinAzley - solemnization & bersanding



Amboi tajuk omputih sungguh. sekali stuck sebab tak tau nak translate bersanding in english. Hahah


Sebelum kawen lagi Ain dah request buatkan entry untuk dia. amboi, kemain. lepas kawen pun keep reminding aku buat entry untuk dia. ewah terasa macam belog selamat pengantin baru dah ni aku asyek up kawan-kawan kawen je. Hari tu ekin dgn aman, lepas tu kak lang, sekarang ni ain, tak lama lagi farah lepas tu ecah belon. nampak tak? nampak tak?nampak tak semorang?



majuk siap. Haha


okey. jom mula. entry penuh gambar. harap semua bersedia. Hahaha.


Ain and Abg Azley selamat dinikahkan tepat jam ... eh tak tau lah jam berapa, agak-agak dalam pukul 3 lebih macam tu kot. Hahaha. di hari Jumaat yang mulia. cantik gile baju ain time ni. putih suci sungguh. memang putih habes.

Ahhh, mula lah ni dreaming nanti aku nikah nak baju kaler..........dreaming dreaming annoying. Haaah!







time ni aku bisik-bisik cakap kat ain,
' kau cuak tak weh. kau cuak tak. jap lagi nak nangis tak?'



ain jawab,
 kaki den ponek lah besimpuh weh. nak ubah duduk boleh tak. den raso nak bersilo cam abg azley tu haaa. ponek lah weh



wehhhhhhh =,=



kau tau je lah perangai ain tengah nak akad nikah pun joyah tak tinggal. Hahah




to be honest time lafaz nikah tu cuak kot. bila baca taklik lagi lah tiba-tiba aku pulak nak nanges. kau dah kenape kannn ??






aku dah pesan kat ain, time nikah pakai tudung bawal baru lah syahdu suami dapat cium dahi. kau tengok Abg Azley cium tudung je.

okey berangan lagi aku kawen nanti nak pakai baju bla bla bla tudung bla bla bla dreaming dreaming annoying.. Hahah


okey, gambar ni nampak ohsem. ain,sila frame.


aku kah ter giant disitu?ain dah kenapa macam kurus. oh lupa dia pengantin. Diet tak makan nasik siap jogging setiap petang i tell you.
Haha



well aku tak de lah giant mane sangat. kbai
semua belum kawen. sila ambil perhatian. 


lepas nikah dieorang ada acara tukar-tukar baju. jawa sangat yuwol. tak menahan nak jugak gaya jawa. Hahah.


Jawa enaf? Hehe

lepas dah penat menjawa, kami di surprise kan dengan kewujudan hero pirate of the caribbean tak caribbean sangat la. Haha


macam Jack Sparrow dengan Elizabeth Swann tak ? Hahahah

terkejut habaq hang keluar-keluar pakai dress kembang. amboi cinderella sangat yuwol.




dah habis tukar-tukar baju maka hari pun malam and dieorang pon siap-siap untuk malam berinai. 

malam berinai aku tak banyak gambar sebab aku tak datang. Hehehe.

so kidnap gambar dari nurul je la. 



ni jelah satu-satu nya gambar yang sempat aku curik.
ni je lah satu. Hahaha. kalau nak tgk pergi lah carik kat FB nurul ye. heee
meriah tukar-tukar baju dari siang samapi malam. class kau ain!


esok nya, bersanding.okey gambar banyak gilo.








tema merah sungguh yuwol.
bila time kawen ain ni dah rasa macam reunion secara kecil kecilan dah. ramai kawan-kawan sekolah rendah, menengah, zaman kat u semua datang. aku dengan Ain ni, mana kawan dia tu lah kawan aku jugak. 

dari sekolah rendah sampai lah kat uitm dulu. 


kawan sekolah rendah. 
semua single tapi not available. semua dah ade abang ehem-ehem. tinggal nak kawen je semua masing-masing. Heheh






kawan sekolah menengah merangkap abang-abang silat. siap berpedang berparang aku dengar. hamboi. dari sekolah menengah dieorang silat memang best. memang selalu dapat jemputan.

sebahagian je ni. tak larat lah woi nak upload semua.




saje je upload gambar ni. Ecah bila lagi. hari tu dengar dah design baju nikah sendiri. classs yuwol kalah hatta dolmat. Haha


benar-benar giant kah aku?



kau tengok baju kurung mengkhianati tuan. aku dah macam sepuluh bulan.dem.


 okey kembali langsing selepas bersalin. berkat slim world. hak kurus hak kita.kbai.









pegantin lama. ekin dah pregnant weh. daddy and mummy to beeeeee. best nyeeeeee.




okey cukup lah tu gambar melambak nau. haha.

to Ain and Abg Azley, semoga abg azley tabah dapat wife macam Ain. Bhahahahahahaha. tak. tak.

aku wish semoga korang heppy sampai bila-bila. orang kata dah kawen ni lagi banyak halangan dan rintangan nya. harap-harap korang kukuh and boleh deal dengan semua problem. InsyaAllah.

si kumbang tak datang time ni. Ada bola as usual. Haha. ala saje lah tu tak nak pressure semorang tanye kau bila lagi, kau bila lagi. Hahah











*kumbang, saya bukan nak pressure awak ke ape, 
tak de lah nak ajak kawen tahun depan ke ape, 
tapi agak - agak nanti kita nak kaler ape?


*kita tak yah tukar - tukar baju lah kan,
kita buat ala-ala dalam taman pun cukup la. 
kan kumbang kan? kan? Bhhahahahaha



untuk yang tak puas hati, nak lagi tengok gambar kawen Ain boleh tgk kat sini : Facebook Ain

minggu depan reunion kali ke dua form 5-2006 SMK Seri Jempol. tak sabaaaarrrr!






09 October 2012

Teaser - Ain and Azley












macam belog power tak siap buat teaser. Haahah.

tengah, sedang update untuk entry kawen Ain. banyak nau gambar. pening nak pilih. esok lah publish. Hahaha.


kbai. Selamat petang semorangggg. ape hal melaka panas nau. Telok Mas jauh kot dari selat melaka. saje lah tu nak pekene coconut shake. Hahaha


have a good day everyone !

Assalamualaikum.



26 September 2012

Hobi baru



Assalamualaikum semua.

hidup ni terlalu sukar nak dijagka kan? lain yang kita harapkan, lain pula yang jadi. lain yang kita rancangkan, lain pulak perlaksanaan. 

tak, tu saja ayat buat renungan. renungan kita bersama. sebab hal plan lain, jadik lain ni banyak kali dah berlaku kat aku. rasa dah macam sebati. Hahaha



btw, aku ada hobi baru. hobi? seriously dah lama gilo tak cakap pasal hobi. Hahaha.
dulu hobi suka baca nove cinta. geli gilo hobi bace buku cinta.

lepas tu macam semua novel asyik cerita kawen pakse je. tak kuase acik nak layan. 
dah kawen pakse mula-mula ' I hate youuuuu' , bergaduh bercakar siap tiba-tiba bila dah lama sikit eh, i love you lah menyesal pulak dulu hate. and they happily ever after. 

LAME, so lame. 
tell you what, ombak rindu, bacara hati, adam dan hawa,gemersik kalbu, kau kekasih ku semua dah ada dalam kepala jalan cerita. dulu obsess hoccayy!




the best of the best among the very best.
yang peting tak kawen pakse. LOL



dah tak suka baca novel cinta-kawen-pakse lama jugak aku tak ada hobby. Hahaha. Then baru-baru ni angah beli kamera. tiba-tiba terbit hobby baru.
terbit? LOL

bila ada kamera je, aku macam tak suka ambik gambar orang. I means, I love to capture an object. contohnya macam ni.








selipar rama-rama mak pun jadi. 
mak jerit ' Apooo kau buek ambik gambar selipa den tuu tihhh!'

This is what we call art, mom.Art.

art lah bona.







hari tu housemate entah ape hal rajin sangat buat laksa dekat rumah. sumpah rajin giler. aku tukang makan je la.and tukang snap.




kalau pergi mana - mana sekarang mesti bajet photographer murahan pergi ambik gambar daun, pokok, kucing, ayam.
kadang-kadang rasa annoying jugak dengan diri sendiri. Hahaha


Hajjah Mona's Asam Pedas. 

sedap hingga menjilat kuali I tell you.



Dilla's DKNY perfume.




Ain's weeding wishes card.








magic color pen masa weeding ain.

macam tak de kerja pulak snap gambar-gambar macam ni kan. tapi entah. i just like it. Hahaha








last but not least,










cincin kawen.













pengantin.


















BHAHAHHAHAHAHAHAHAH !








21 September 2012

PengantinBaru - Hurul Ain.

This entry would be my emo entry ever, I guess.








dari zaman sekolah sama-sama membesar.dua selamat kahwin dah.Hari ni, beberapa jam lagi, InsyaAllah.


semoga semua nya selamat Ain. sekejap je lagi. InsyaAllah sorang lagi tekorban.. Hahahaha









boleh kah kita berfoya-foya seperti dahulu kala? Hahaha

Semoga semua nye selamat.sekejap je lagi. sekejap je.

Eh, dah pukul dua. tinggal lagi sejam!



Selamat Pengantin Baru Hurul Ain!


nampak macam live update kan? Hihih.


bai korang. majlis penuh akan di update nanti.



10 September 2012

patah sayap

patah sayap kiri kasih sayang,
patah sayap kanan kerinduan.

hari ini ada batu menghempuk kepala.
batu penyesalan.


itulah, keras benar hati,
semua keputusan nak buat sendiri,
semua keputusan nak dipatuhi,
sedangkan dunia ini dunia yang di kongsi.
mana mungkin semua orang bersetuju dengan kita.
mana mungkin semua orang mangangguk sahaja.


dia manusia yang tiada tukar ganti nya,
dia manusia yang halus hati nya,
dia manusia yang hebat ciptaanNya.

tapi aku,
aku adalah manusia sebaliknya.




awak, moga hal ini tak mengubah hati kita.
dan moga hati kita tak berubah kerna hal ini.



25 August 2012

takut



ada satu perasaan yang aku rasa tak boleh nak aku gambar kan. ada satu rasa yang aku susah sungguh nak luahkan.












tidak takutkah kita jika tuhan itu mancabut nyawa kita sekarang?











10 August 2012

Khairul Fahmi Che Mat




rupanya senang je kerja kerol fahmi ni.

hahaha. bukan main power aku main. korang boleh?

oh, nak main kat sini .



bai.



09 August 2012

Melaka.




Assalamualaikum semua. 
lama woih tak ngedate.

masuk bulan ni dah nak dekat 5 bulan aku kembali ke Melaka. sekejap siot dah nak dekat setengah tahun.rasa macam baru semalam berhenti kerja KPJ. haha


mula - mula datang Melaka rasa macam awkward gila. tempat kerja dah la jauh. lepas tu traffic light boleh bawak gaduh okey. serius boleh bergaduh dengan traffic lite kat sini. tak de lama lagi?


tiba-tiba tak tau nak tulis apa dah pasal melaka. HAHA


okay, 10 point you should know about Melacca 

( randomly.and this is only from my view, kang jangan nak report abuse ke kata aku kutuk melaka ke ape kan. gua malas masuk mahkamah *tibe-tibe)

eceh. mentang-mentang speaking mat saleh Melaka pun nak gak tulis as Melacca hoccay!


1) Melaka ni macam satu negeri yang penuh dengan semua benda. kalau ikutkan cerita/sejarah,melaka ni dulu laut yang luas kemudian ditambak sana sini untuk tujuan pembangunan. sebab tu tiba-tiba ada kapal besar kat tengah-tengah alam tu.



jadi bagi aku banyak benda yang tak sepatutnya ada kat situ. tempat tu jadi tak berapa nak strategik. senang cerita, kalau orang datang melaka dengan zero knowledge pasal melaka especially tak tau langsung jalan melaka, jawab nya kau holiday atas jalan raya je la.

aku pulak jenis yang susah giler nak ingat jalan. kena sangat lah melaka ni dengan aku. HAHA. aku puas betul nak ingat jalan sebab Ayer Keroh kat belah lain, Mahkota Parade dengan Dataran Pahlawan kat belah lain, Jonker Walk belah lain, Melaka Mall kat belah lain, Banda Hilir kat belah lain.tu belum masuk batu berendam,jasin, duyung, telok mas, semabok semua lah. terima kasih, jawapnya aku tau jalan dari rumah nak ke tempat kerja je lah. 



2. eh panjang nya description no 1. haha. no 2 is melaka banyak giler pantai. pantai puteri, klebang, eye-on, pengkalan balak, tanjung bidara and so on. banyak lagi. dan disetiap pantai mesti ( ye ke?) ada coconut shake. klebang the most populer yuwol among others.


dah cuba. bagi aku rasa dia biasa-biasa je. entah. sedap coolblog lagi. haha.

budak-budak ni koba an sodap. tah mano datang sodap eh tah. tak samo lah citoraso kito. tu deh. HAHA



3.Jalan sehala. dekat melaka, jalan yang kau datang tak kan sama dengan jalan untuk balik. seram kan? kalau dah sesat tu, setahun setengah nak jumpa jalan yang betul. pergghh. hiperbola soit. haha


4.Jammed. perghhh. kalau hari sabtu/ahad, jalan pergi mana pun lah.confirm jammed. terutamanya jalan nak g MP dengan DP. kalau tak tau jalan, tak tau jalan sehala ke tak tambah pulak jammed, kombinasi yang baik sangat lah tu.tambah pulak kesabaran yang nipis. cun lah. cun sangat lah.



5. Traffic light. eh, kenapa aku asyik cerita semua pasal jalan?? nampak sangat tak puas hati dengan jalan. menteri jalanraya melaka jangan marah ye. hehe. ade ke menteri jalanraya?

jangan main-main, aku rasa traffic light dekat melaka paling lama berhenti.yang ni betul aku tak tau apa motif berhenti lama-lama. nak dekat 10 minit kot tunggu semata-mata sebab traffic light. tak faham. tak faham


eh, dah la. 5 je lah. macam tak larat plak nak tulis sampai 10. sape-sapa yang datang melaka, roger-roger lah eh. boleh jumpa aku. eh?



bai korang. have a good day everyone!












27 July 2012

salam ramadhan



biar betul dah nak masuk seminggu puasa baru nak salam ramadhan kan.


puasa kali ni di Melaka. kalau ikutkan, dah 4 kali puasa di melaka.. 3 kali masa study, and now sekali time kerja.


kalau masa study dulu, habis je class terus g bazaar dekat tapak pasar malam uitm tu. sekarang, bazar seri cempaka lebih membuka selera. HAHA




eh, dah la. nak update tu je. HAHA. selamat berpuasa semua!

06 July 2012

aku bukannya rajin.







tajuk mengundang gila tak bepenghujung. HAHAHA. well, macam dah malas nak update sekarang sebab?






  • tak de mood nak bercerita pluss nak menaip pluss menaip asyik kat office taip sikit phone berbunyik taip sikit ada order baru masuk taip sikit dah waktu rehat taip sikit dah pekene cucur udang tak ada udang  taip sikit terus tak ada idea dah kenapa kau taip tak reti berhenti ni?

  • geli je buat bullet ni, ingat buat folio sejarah ke ape? hik hik

  • sebab lain tak ada benda best yang berlaku dalam hidup. tak lalu lah cerita hari-hari boring saya. not my type of writing okey. tak kan nak cerita hari ini saya bangun pagi-pagi dan pergi bekerja. sewaktu jam berdetik pukul 1 saya pun berlari-larian mencari lunch sebab lapa yang maha lapa kemudian bla bla bla. ade korang kesahhh?

  • sebab lain nya, sekarang ramai orang yang melihat blog ni. eyh, geli gileeeeeeee. bajet populer lah kau. haha.



dah la, nanti dah ada cerita best2 baru update ! bai korang !