10 September 2012

patah sayap

patah sayap kiri kasih sayang,
patah sayap kanan kerinduan.

hari ini ada batu menghempuk kepala.
batu penyesalan.


itulah, keras benar hati,
semua keputusan nak buat sendiri,
semua keputusan nak dipatuhi,
sedangkan dunia ini dunia yang di kongsi.
mana mungkin semua orang bersetuju dengan kita.
mana mungkin semua orang mangangguk sahaja.


dia manusia yang tiada tukar ganti nya,
dia manusia yang halus hati nya,
dia manusia yang hebat ciptaanNya.

tapi aku,
aku adalah manusia sebaliknya.




awak, moga hal ini tak mengubah hati kita.
dan moga hati kita tak berubah kerna hal ini.



0 comments: