26 September 2012

Hobi baru



Assalamualaikum semua.

hidup ni terlalu sukar nak dijagka kan? lain yang kita harapkan, lain pula yang jadi. lain yang kita rancangkan, lain pulak perlaksanaan. 

tak, tu saja ayat buat renungan. renungan kita bersama. sebab hal plan lain, jadik lain ni banyak kali dah berlaku kat aku. rasa dah macam sebati. Hahaha



btw, aku ada hobi baru. hobi? seriously dah lama gilo tak cakap pasal hobi. Hahaha.
dulu hobi suka baca nove cinta. geli gilo hobi bace buku cinta.

lepas tu macam semua novel asyik cerita kawen pakse je. tak kuase acik nak layan. 
dah kawen pakse mula-mula ' I hate youuuuu' , bergaduh bercakar siap tiba-tiba bila dah lama sikit eh, i love you lah menyesal pulak dulu hate. and they happily ever after. 

LAME, so lame. 
tell you what, ombak rindu, bacara hati, adam dan hawa,gemersik kalbu, kau kekasih ku semua dah ada dalam kepala jalan cerita. dulu obsess hoccayy!




the best of the best among the very best.
yang peting tak kawen pakse. LOL



dah tak suka baca novel cinta-kawen-pakse lama jugak aku tak ada hobby. Hahaha. Then baru-baru ni angah beli kamera. tiba-tiba terbit hobby baru.
terbit? LOL

bila ada kamera je, aku macam tak suka ambik gambar orang. I means, I love to capture an object. contohnya macam ni.








selipar rama-rama mak pun jadi. 
mak jerit ' Apooo kau buek ambik gambar selipa den tuu tihhh!'

This is what we call art, mom.Art.

art lah bona.







hari tu housemate entah ape hal rajin sangat buat laksa dekat rumah. sumpah rajin giler. aku tukang makan je la.and tukang snap.




kalau pergi mana - mana sekarang mesti bajet photographer murahan pergi ambik gambar daun, pokok, kucing, ayam.
kadang-kadang rasa annoying jugak dengan diri sendiri. Hahaha


Hajjah Mona's Asam Pedas. 

sedap hingga menjilat kuali I tell you.



Dilla's DKNY perfume.




Ain's weeding wishes card.








magic color pen masa weeding ain.

macam tak de kerja pulak snap gambar-gambar macam ni kan. tapi entah. i just like it. Hahaha








last but not least,










cincin kawen.













pengantin.


















BHAHAHHAHAHAHAHAHAH !








21 September 2012

PengantinBaru - Hurul Ain.

This entry would be my emo entry ever, I guess.








dari zaman sekolah sama-sama membesar.dua selamat kahwin dah.Hari ni, beberapa jam lagi, InsyaAllah.


semoga semua nya selamat Ain. sekejap je lagi. InsyaAllah sorang lagi tekorban.. Hahahaha









boleh kah kita berfoya-foya seperti dahulu kala? Hahaha

Semoga semua nye selamat.sekejap je lagi. sekejap je.

Eh, dah pukul dua. tinggal lagi sejam!



Selamat Pengantin Baru Hurul Ain!


nampak macam live update kan? Hihih.


bai korang. majlis penuh akan di update nanti.



10 September 2012

patah sayap

patah sayap kiri kasih sayang,
patah sayap kanan kerinduan.

hari ini ada batu menghempuk kepala.
batu penyesalan.


itulah, keras benar hati,
semua keputusan nak buat sendiri,
semua keputusan nak dipatuhi,
sedangkan dunia ini dunia yang di kongsi.
mana mungkin semua orang bersetuju dengan kita.
mana mungkin semua orang mangangguk sahaja.


dia manusia yang tiada tukar ganti nya,
dia manusia yang halus hati nya,
dia manusia yang hebat ciptaanNya.

tapi aku,
aku adalah manusia sebaliknya.




awak, moga hal ini tak mengubah hati kita.
dan moga hati kita tak berubah kerna hal ini.



25 August 2012

takut



ada satu perasaan yang aku rasa tak boleh nak aku gambar kan. ada satu rasa yang aku susah sungguh nak luahkan.












tidak takutkah kita jika tuhan itu mancabut nyawa kita sekarang?











10 August 2012

Khairul Fahmi Che Mat




rupanya senang je kerja kerol fahmi ni.

hahaha. bukan main power aku main. korang boleh?

oh, nak main kat sini .



bai.



09 August 2012

Melaka.




Assalamualaikum semua. 
lama woih tak ngedate.

masuk bulan ni dah nak dekat 5 bulan aku kembali ke Melaka. sekejap siot dah nak dekat setengah tahun.rasa macam baru semalam berhenti kerja KPJ. haha


mula - mula datang Melaka rasa macam awkward gila. tempat kerja dah la jauh. lepas tu traffic light boleh bawak gaduh okey. serius boleh bergaduh dengan traffic lite kat sini. tak de lama lagi?


tiba-tiba tak tau nak tulis apa dah pasal melaka. HAHA


okay, 10 point you should know about Melacca 

( randomly.and this is only from my view, kang jangan nak report abuse ke kata aku kutuk melaka ke ape kan. gua malas masuk mahkamah *tibe-tibe)

eceh. mentang-mentang speaking mat saleh Melaka pun nak gak tulis as Melacca hoccay!


1) Melaka ni macam satu negeri yang penuh dengan semua benda. kalau ikutkan cerita/sejarah,melaka ni dulu laut yang luas kemudian ditambak sana sini untuk tujuan pembangunan. sebab tu tiba-tiba ada kapal besar kat tengah-tengah alam tu.



jadi bagi aku banyak benda yang tak sepatutnya ada kat situ. tempat tu jadi tak berapa nak strategik. senang cerita, kalau orang datang melaka dengan zero knowledge pasal melaka especially tak tau langsung jalan melaka, jawab nya kau holiday atas jalan raya je la.

aku pulak jenis yang susah giler nak ingat jalan. kena sangat lah melaka ni dengan aku. HAHA. aku puas betul nak ingat jalan sebab Ayer Keroh kat belah lain, Mahkota Parade dengan Dataran Pahlawan kat belah lain, Jonker Walk belah lain, Melaka Mall kat belah lain, Banda Hilir kat belah lain.tu belum masuk batu berendam,jasin, duyung, telok mas, semabok semua lah. terima kasih, jawapnya aku tau jalan dari rumah nak ke tempat kerja je lah. 



2. eh panjang nya description no 1. haha. no 2 is melaka banyak giler pantai. pantai puteri, klebang, eye-on, pengkalan balak, tanjung bidara and so on. banyak lagi. dan disetiap pantai mesti ( ye ke?) ada coconut shake. klebang the most populer yuwol among others.


dah cuba. bagi aku rasa dia biasa-biasa je. entah. sedap coolblog lagi. haha.

budak-budak ni koba an sodap. tah mano datang sodap eh tah. tak samo lah citoraso kito. tu deh. HAHA



3.Jalan sehala. dekat melaka, jalan yang kau datang tak kan sama dengan jalan untuk balik. seram kan? kalau dah sesat tu, setahun setengah nak jumpa jalan yang betul. pergghh. hiperbola soit. haha


4.Jammed. perghhh. kalau hari sabtu/ahad, jalan pergi mana pun lah.confirm jammed. terutamanya jalan nak g MP dengan DP. kalau tak tau jalan, tak tau jalan sehala ke tak tambah pulak jammed, kombinasi yang baik sangat lah tu.tambah pulak kesabaran yang nipis. cun lah. cun sangat lah.



5. Traffic light. eh, kenapa aku asyik cerita semua pasal jalan?? nampak sangat tak puas hati dengan jalan. menteri jalanraya melaka jangan marah ye. hehe. ade ke menteri jalanraya?

jangan main-main, aku rasa traffic light dekat melaka paling lama berhenti.yang ni betul aku tak tau apa motif berhenti lama-lama. nak dekat 10 minit kot tunggu semata-mata sebab traffic light. tak faham. tak faham


eh, dah la. 5 je lah. macam tak larat plak nak tulis sampai 10. sape-sapa yang datang melaka, roger-roger lah eh. boleh jumpa aku. eh?



bai korang. have a good day everyone!












27 July 2012

salam ramadhan



biar betul dah nak masuk seminggu puasa baru nak salam ramadhan kan.


puasa kali ni di Melaka. kalau ikutkan, dah 4 kali puasa di melaka.. 3 kali masa study, and now sekali time kerja.


kalau masa study dulu, habis je class terus g bazaar dekat tapak pasar malam uitm tu. sekarang, bazar seri cempaka lebih membuka selera. HAHA




eh, dah la. nak update tu je. HAHA. selamat berpuasa semua!

06 July 2012

aku bukannya rajin.







tajuk mengundang gila tak bepenghujung. HAHAHA. well, macam dah malas nak update sekarang sebab?






  • tak de mood nak bercerita pluss nak menaip pluss menaip asyik kat office taip sikit phone berbunyik taip sikit ada order baru masuk taip sikit dah waktu rehat taip sikit dah pekene cucur udang tak ada udang  taip sikit terus tak ada idea dah kenapa kau taip tak reti berhenti ni?

  • geli je buat bullet ni, ingat buat folio sejarah ke ape? hik hik

  • sebab lain tak ada benda best yang berlaku dalam hidup. tak lalu lah cerita hari-hari boring saya. not my type of writing okey. tak kan nak cerita hari ini saya bangun pagi-pagi dan pergi bekerja. sewaktu jam berdetik pukul 1 saya pun berlari-larian mencari lunch sebab lapa yang maha lapa kemudian bla bla bla. ade korang kesahhh?

  • sebab lain nya, sekarang ramai orang yang melihat blog ni. eyh, geli gileeeeeeee. bajet populer lah kau. haha.



dah la, nanti dah ada cerita best2 baru update ! bai korang !








14 June 2012

Hal hati.





Disebalik kegembiraan itu 
pasti terselit kesedihan,
disebalik ketawa itu 
pasti terselit tangisan,
disebaing riang itu 
pasti menyimpan jua secebis esakan.






tidak lengkap sebuah kehidupan tanpa asam garam nya,
hari ini engkau gembira , 
mungkin sekejap lagi air mata datang menyapa.
tadi engkau galak menyimpul senyuman,
tapi esok mungkin simpulan senyuman itu tidak sekemas simpulan semalam.






untuk melangkah dewasa, 
tinggi harganya perlu kau bayar.


tabah lah engkau dengan kesedihan,
bergembira lah engkau dengan kegembiraan,
dan ingat lah engkau dengan ketentuan.








# hati ini terlalu susah mahu dimengertikan.sedangkan diri sendiri susah memahami hati sendiri, ini kan pula orang lain.


 Selamat yang kesebelas awak. Semoga Allah mengiringi doa kita.







05 June 2012

beloved one.

dari dulu, aku kalau jumpa budak kecik je terus bertukar karekter jadi perempuan annoying alololohaa comeyy nyeww awakkk buwdak, meyyh siniey nawkk cuwbiwtt. 

anoying enough tulis cubit as cuwbiwtt siap double t untuk menyerlah kan watak perempuan annoying? hahaha

aku suka budak yang dah besar sebenar nya. umur 3 - 4 tahun macam tu. baby suka, tapi tak la suka sangat. sebab kalau baby lagi, acah-acah abacak kici kiboom terus menangis. tak kecik hati ? nasib baik baby.


haha. currently, sepupu adalah tempat untuk meluahkan kasih sayang. maklumlah, sepupu kecik-kecik lagi.






IMAN NURIZZATI BTE SAIFULLAH



kalau berborak dengan iman terasa macam borak dengan orang tua. padahal baru 5 tahun. dia pernah tanya.

' umi dah tak sayang iman ke kak long?'
'kenapa iman cakap macam tu?'

' yelah.kenapa umi keluarkan adik?iman tak suka adik'


kau nak jawab ape? kau rasa nak jawab apa?

haha

okey, ni adik dia.

MUHAMMAD IMRAN B SAIFULLAH


bukan main banyak perangai. patut lah kakak tak suka. haha


tapi currenty addict nak main gomol-gomol budak ni,


QASEH NURARISSA BTE AMILNUDDIN


kau tak de gambar sopan sikit qaseh?HAHA


ini mungkin sopan? atau ini mungkin comel? mungkin jugak gedik?




atas : ini mungkin muka mintak susu?
bawah : ini mungkin muka lepas dapat susu? 





ini mungkin muka mintak tampar?
kau dah kenapa comel sangat, nak kene penampar? haha


okay memang sumpah banyak gambar and video qaseh je dalam henfon. haha.
tak sabar nak jumpa minggu depan.
qaseh, kak long miss youuuu. plis miss me back. keh keh



bai korang. 
tak sabar nak update member baik punya anak.saya dah jadik aunty ! awak-awak bila lagi? HAHAHAH

Assalamualaikum.
PEACE.