01 October 2016

Zaim - 6TH month





Boleh dikata kan aku tiap-tiap hari ambik gambar Zaim. Mak yang obses sangat kan? Hahahahah



12/8/2016
( 7 bulan )

Ikut ayah pergi jogging. Last-last tak jogging pon. Buat tour dalam Poli sebab ibu tak pernah habis lagi tengok poli ni. Hahahah


14/8/2016 Ahad
( 7bulan 2 hari )

Tetibe rasa nak pergi lepak tepi pantai pulak. Hahaha. Terus roger Wany n Haziq ajak join sekali. Nak ajak siapa lagi kan. Hahaha.








Perfect photo to ending the day. 
Nanti Zaim dan Safiyya kalau dah besar kena tengok balik semua gambar-gambar ni tau. Mak ayah korang bukan main bestfriend lagi.



17/8/2016
Senyum kau nak. Menusuk kalbu ibu. Hahaha


20/8/2016 - Sabtu
Isteri En Mozek, Kak Ayu dapat offer mengajar class baking di Kolej Komuniti Penampang. So, anak dia Shamel tak de orang jaga. Kak Ayu mintak aku jaga kan Shamel. Seriusly cuak kotttt jaga anak oranggg. Hahahaha.
Shamel nangissss je sebab dia memang tak biasa dengan orang. Sama lah macam Zaim ni.
Aku umpan Shamel dengan Didi and friends je. Hahaha sorry shamel. Cik sue tak tau nak buat apa dah. Bila dengar lagu Didi je yang boleh buat shamel tak nangis. Uwaaaa

Time ni Zaim baru bangun tido, pastu tetibe tengok Ibu pangku orang lain. Terus pandang tak puas hati. Hahahaha
Sorry for low quality of photo. Hengpong ayah ni boleh tukar dah ni rasanye =,=




23/8/2016 - Selasa

Siapa yang paling happy bila ayah balik terus bagi makan kat Zaim? Tentu lah ibu. Hahahaha
Zaim makan pisang masa ni. Favorite sangat lah Zaim kat pisang ni. Kangkang cover sikit nak oi.




25/8/2016 - Khamis
Teman ayah and ibu minum petang kat Restoren Kak Tini. Yang warna putih depan Zaim tu pau. Pipi Zaim pon tak kurang pau nye. Hahaha

Sorry for the low quality of photo. You know who the owner kan. Hahaha





26/9/2016
Melawat cik Farah di Hospital Likas.
Cik Farah stay strong k. Bang Im tak sabar nak gomol baby cik Farah ni. Hehehe


Teman ibu makan roti canai. Aku rasa roti canai sini yang paling rasa semenanjung sekali. Kuah kari sedap. Kuah Dal sedap. Roti lembut. Sedap,sedap! pasni boleh pergi cafe hospital untuk makan roti canai. Hahahaha. Kesian ke tidok


29/8/2016

Masa ni hujan pastu saja pakai kan blanket kat kepala Zaim. Hahahaha. Dia redhoooo je
Kalau Zaim ada adik perempuan nanti (NANTI YE), cemni ke rupa dia? Hahahaha



11/9/2016 - Ahad
Ingat tak Shamel yang aku jaga hari tu? Kakak Shamel, Aleeya masuk hospital sebab semput. Disebabkan Shamel still breastfeed so, terpaksa lah ayah Aleeya yang jaga Aleeya dekat wad. 
Then, Kak Ayu (mak Aleeya) mintak tolong kiteorang untuk hantar dia pergi hospital.

Bila duduk jauh dari family ni, kawan-kawan lah yang kita selalu sangat harapkan. Aku selalu fikir kalau salah sorang dari kami, aku atau pun Syafiq sakit (mintak dijauhkan Ya Allah) dekat sapa lah kiteorang nak mintak tolong jagakan Zaim. Haih, mengalir air mata beb kalau difikir fikirkan. So, korang-korang yang sentiasa dekat dengan family tu, bersyukur lah dengan segala nikmat tu.
Nikmat yang kami duduk jauh ni nak sangat-sangat dapat. Hmmmm kan dah sedih. Hahaha

Terpaling suka lah ni kalau ayah buat mcm tu.



Ibu selalu hairan tengok ayah kendong Zaim macam tu. Masalahnya Zaim okey je. Senyappppp jeee tak berbunyi. Heran nengok eh.

12/9/2016 - Isnin
Salam Aidil Adha!
dan selamat 7 bulan Bang Im sayang!




Awal pagi lagi Bang Im dah bangun kengkonon nak ikut ayah pergi sembahyang. Tapi tidak lah, dalam kereta dia bantai tido.

Awal pagi lagi, ustazah fevret Zaim ( hai ustazah ani ) ada buat open house. 
Makan sedap ustazah ani buat nasi minyak dengan ayam sambal. Eh, tak tau lah nasi minyak ke nasi tomato. Ibu makan je. Hahaha!

sampai ke petang, and malam pon still ada open house so, ibu gantung periuk!

okey dah cukup untuk cerita Zaim 6 bulan. 

Next kita cerita Zaim 7 bulan pulak k. Hehehe. Tunggu ibu rajin!





















1 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

Hai zaim. Bila nak kenal dengan zulaikha