04 October 2016

Lovely You



4/10/2016
12.26am


Aku wasap Ekyn semalam.
Sebab adik ipar dia, Afifah nak kawen dah. Yeay!
Konon-konon nak cungkil rahsia lah, siapa bakal suami Ipah, macam mana dieorang kenal n bla bla bla. Biasa lah kepochi mcm aku. Hahahaha


Dan dari nak bual-bual biasa je, terus sampai berjela-jela wasap.
Dari cerita Ipah nak kawen, hal kawan-kawan, hal Vivy Yusuf, hal Fazura, hal Syafiq Jalal sampai lah tips nak masak Lemak Cili Padi paling kaw. Hahahahah


Somehow, I really miss Ekyn. Ekyn ni kawan aku dari form 3 lagi. I donno how its started, but the thing is kiteorang selalu sangat minat benda yang sama. We have such a lebar dan panjang tapak kaki, so when we found a shoes yang ada saiz 41, we just grab it. There has no turning back guys. Like seriously. Hahahaha.


We love 'KAMI', we love Liyana Jasmay, we love Ali, Abu and Sofie. We love gol n gincu, we (used) to love Fazura Hahahahaha, we love judging people together. Hahahaha



Dan kebetulan kami kahwin, dapat anak lelaki dan jadi fully housewife. We sell online stuff as well!


Kebetulan sangat kan?

To Ekyn, kalau ko baca post ni aku just harap ko tak menangis sebab terharu. Hahahahaha.












01 October 2016

Zaim - 6TH month





Boleh dikata kan aku tiap-tiap hari ambik gambar Zaim. Mak yang obses sangat kan? Hahahahah



12/8/2016
( 7 bulan )

Ikut ayah pergi jogging. Last-last tak jogging pon. Buat tour dalam Poli sebab ibu tak pernah habis lagi tengok poli ni. Hahahah


14/8/2016 Ahad
( 7bulan 2 hari )

Tetibe rasa nak pergi lepak tepi pantai pulak. Hahaha. Terus roger Wany n Haziq ajak join sekali. Nak ajak siapa lagi kan. Hahaha.








Perfect photo to ending the day. 
Nanti Zaim dan Safiyya kalau dah besar kena tengok balik semua gambar-gambar ni tau. Mak ayah korang bukan main bestfriend lagi.



17/8/2016
Senyum kau nak. Menusuk kalbu ibu. Hahaha


20/8/2016 - Sabtu
Isteri En Mozek, Kak Ayu dapat offer mengajar class baking di Kolej Komuniti Penampang. So, anak dia Shamel tak de orang jaga. Kak Ayu mintak aku jaga kan Shamel. Seriusly cuak kotttt jaga anak oranggg. Hahahaha.
Shamel nangissss je sebab dia memang tak biasa dengan orang. Sama lah macam Zaim ni.
Aku umpan Shamel dengan Didi and friends je. Hahaha sorry shamel. Cik sue tak tau nak buat apa dah. Bila dengar lagu Didi je yang boleh buat shamel tak nangis. Uwaaaa

Time ni Zaim baru bangun tido, pastu tetibe tengok Ibu pangku orang lain. Terus pandang tak puas hati. Hahahaha
Sorry for low quality of photo. Hengpong ayah ni boleh tukar dah ni rasanye =,=




23/8/2016 - Selasa

Siapa yang paling happy bila ayah balik terus bagi makan kat Zaim? Tentu lah ibu. Hahahaha
Zaim makan pisang masa ni. Favorite sangat lah Zaim kat pisang ni. Kangkang cover sikit nak oi.




25/8/2016 - Khamis
Teman ayah and ibu minum petang kat Restoren Kak Tini. Yang warna putih depan Zaim tu pau. Pipi Zaim pon tak kurang pau nye. Hahaha

Sorry for the low quality of photo. You know who the owner kan. Hahaha





26/9/2016
Melawat cik Farah di Hospital Likas.
Cik Farah stay strong k. Bang Im tak sabar nak gomol baby cik Farah ni. Hehehe


Teman ibu makan roti canai. Aku rasa roti canai sini yang paling rasa semenanjung sekali. Kuah kari sedap. Kuah Dal sedap. Roti lembut. Sedap,sedap! pasni boleh pergi cafe hospital untuk makan roti canai. Hahahaha. Kesian ke tidok


29/8/2016

Masa ni hujan pastu saja pakai kan blanket kat kepala Zaim. Hahahaha. Dia redhoooo je
Kalau Zaim ada adik perempuan nanti (NANTI YE), cemni ke rupa dia? Hahahaha



11/9/2016 - Ahad
Ingat tak Shamel yang aku jaga hari tu? Kakak Shamel, Aleeya masuk hospital sebab semput. Disebabkan Shamel still breastfeed so, terpaksa lah ayah Aleeya yang jaga Aleeya dekat wad. 
Then, Kak Ayu (mak Aleeya) mintak tolong kiteorang untuk hantar dia pergi hospital.

Bila duduk jauh dari family ni, kawan-kawan lah yang kita selalu sangat harapkan. Aku selalu fikir kalau salah sorang dari kami, aku atau pun Syafiq sakit (mintak dijauhkan Ya Allah) dekat sapa lah kiteorang nak mintak tolong jagakan Zaim. Haih, mengalir air mata beb kalau difikir fikirkan. So, korang-korang yang sentiasa dekat dengan family tu, bersyukur lah dengan segala nikmat tu.
Nikmat yang kami duduk jauh ni nak sangat-sangat dapat. Hmmmm kan dah sedih. Hahaha

Terpaling suka lah ni kalau ayah buat mcm tu.



Ibu selalu hairan tengok ayah kendong Zaim macam tu. Masalahnya Zaim okey je. Senyappppp jeee tak berbunyi. Heran nengok eh.

12/9/2016 - Isnin
Salam Aidil Adha!
dan selamat 7 bulan Bang Im sayang!




Awal pagi lagi Bang Im dah bangun kengkonon nak ikut ayah pergi sembahyang. Tapi tidak lah, dalam kereta dia bantai tido.

Awal pagi lagi, ustazah fevret Zaim ( hai ustazah ani ) ada buat open house. 
Makan sedap ustazah ani buat nasi minyak dengan ayam sambal. Eh, tak tau lah nasi minyak ke nasi tomato. Ibu makan je. Hahaha!

sampai ke petang, and malam pon still ada open house so, ibu gantung periuk!

okey dah cukup untuk cerita Zaim 6 bulan. 

Next kita cerita Zaim 7 bulan pulak k. Hehehe. Tunggu ibu rajin!





















01 August 2016

Jamuan Raya Geng GPS

Fuhhhhh, baru je habis jamuan raya geng GPS.



Kali ni buat kat rumah sendiri so agak kelam kabut la. Tapi best sebab Zaim boleh tidur lena pastu bangun-bangun terus senyum. Hahahaha






majlis baru selesai terus update ni. Hahaha. 
Semangat ke tidoookkk?











Keluarga besar Geng GPS


Ini lah antara yang best duduk dekat Sabah ni. Keluarga jauh, kawan kawan lah yang boleh buat jadik keluarga kat sini. 




Hari ni safiyya mood tak berapa baik sangat. Selalunya dia yang okey. Hari ni kacau waktu tidur dia tu yang mengamok tu. Kecian piyya ibu. Hehe


Mat ni kemahin happy hari ni. Semua aunty dok pegang, agah, ajak main dengan dia pon dia okey je. Ibu is happy! Hahahaha



Alahai tak penuh pulak gambar menu hari ni.
Wany bawak nasi hujan panas dengan ayam sambal. Sedap wehhhh. Nanti nak resepi pleaseeeee!

Aku buat mee bandung hentam je resepi. Ade rasa sikit-sikit kira okey lah tu. Hahahah. Adil bawak ayam kari. pon sedap jugak, pandai jugak Adil masak.
Izzaty bawak rendang ayam huhhh sedap!

Itu je pun menu nya tapi Alhamdulillah mencukupi.

Tak tau kenapa macam seronok je makan-makan kali ni. Sebab aku masak tak rushing kot. Hahaha. Yelah masak mee bandung je. Start kol 4 masak pastu pukul 6 macam tu dah settle dah semua. Tak macam tahun lepas, masak soto. Mana nak buat sup lagi, ayam racik, sos kicap, begedil huiiiii sampai orang datang tak siap-siap lagi masak. Pastu stress, pastu rushing nak pakai baju semua, pastu tudung tak iron pastu bad mood. Hahahahaha

Okey lah, Alhamdulillah kali ni berjalan lancar.
nanti ade rezeki kita buat lagi k.






Yeayyyy! Anak siapa dah pandai meniarap ni!!

Ibu still ingat first time Zaim meniarap sendiri 29 July ( Isnin ) pukul 2 lebih petang. Saksi time tu ayah dengan Cik Farah! Hahahahaha

I love youuuuu Zaim!











25 July 2016

Hurggh. Tak boleh tido

Tak boleh tido and here I am. Hehehe


Aku selalu jeles dengan kawan-kawan dekat semenanjung sebab hmmmm .... sebab banyak perkara.

First, sebab dieorang dekat dengan famili. Uwaaa bestnya every weekend balik kampung. Waaa best nya emak dia tolong jagakan anak pastu dating dengan suami pergi tengok wayang. Uwaaaa best nya makcik dia ajak open house datang makan-makan. Uwaaaaa. 


Second sebab senang jumpa kawan-kawan. To be honest, lepas kahwin dan tak kerja dan pindah sabah aku macam tak ade kawan. Huahuahua.

 I means, tak ada kawan bersosial. Tak de kawan ajak minum2 ke, makan2 ke. Macam zaman solo dulu. Hehehe. Jeles tau tgk org lain jumpa ramai kawan2. Dont get me wrong lah, kat sini pon ramai kawan jugak, tapi aku rindu nak lepak lepak dengan Ekin, An, Jijah, Anem, Ikin macam dulu2. Kalau kat semenanjung senang lah kot kan.

Banyak lagi lah sebab musabab nye. Hehehe. Senang kata, bestnyaaaaaa kalau Syfq kerja kat semenanjung. Hahahaha

BUT, 


ada suatu hari tu aku sedar yang, duduk sabah banyak bagi aku pengalaman. 

Satu, pengalaman duduk di tempat orang. Sabah dengan sini tak lah banyak beza, cuma banyak jugak lah aku belajar cara/budaya orang sini. Dekat sini agama tak membezakan manusia. Kalau orang semenanjung risau betul salib kemain banyak kat mana mana kan, sini tak. Almost every daerah ada churc. Pastu tanda salib bukan kecik2, sebesar mungkin. Hahahaha. Tapi orang islam kat sini tak de pulak nak buat rusuhan ke bantahan ke suruh turunkan tanda salib tu. Dieorang rilex je. Sama jugak dengan surau, nak buat ceramah ke marhaban ke apa2 buat lah. Dieorang hormati agama masing2. Dan banyak lagi lah kalau nak cerita. 



Nanti sambung lagi lah. Ngantok sudah sa ni.
Hahahaha

Pssst : sa is saya okey bahasa sabah!




26 June 2016

Buat ape tu?



Ape tu last update tahun lepas. Phewww





Ade ni ha. Tengah belek budak ni








Being a mom is just too awesome for me. 

Kalau dulu, apa yang aku fikir setiap hari adalah apa yang terbaik untuk aku, but now,

 its still about me. Come on guys. Hahahaha

No lah, to be honest memang budak ni lah yang akan aku fikirkan setiap hari. 
Fikir bila last dia menyusu, pampers dia penuh ke tak, bintat kena gigit nyamuk semalam dah hilang ke belum, bila last poo poo dan lain-lain.

Menjadik emak yang tidak bekerja dan menjaga/meneliti setiap inci perkembangan anak setiap hari, is just beyond my expectation.




Siapa sangka, anak polos yang tidak tahu apa-apa ini, terlalu banyak mengubah hidup aku dan suami.


Zaim, nanti kita bergomol okey. Ibu nak update blog sekejap. Hahaha 


Aku serius nak cerita about my labour journey, tapi mcm belum datang semangat tu. Hahaha.

Nanti lah, soooooon!