30 March 2015

Old me



Aku baru hidup selama 26 tahun tau dekat dunia ni, tapi aku selalu rindu aku yang dulu. Hahaha.


Rindu zaman sekolah menengah ( zaman ni sapa make up lebih-lebih terus kena cop bajet elyana okey,zaman ni sapa keluar naik moto petang-petang lepas tu ade lelaki follow belakang kau, kau hot wakaka )


rindu zaman uitm, ( rindu teha, pika, rindu tun putih, rindu jadik akak senior, rindu Minggu Mesra Siswa buli budak part 1)


rindu zaman hakak hakak part 5,part 6 ( sapa-sapa ada masalah boleh rujuk kat akak okey, kata ku kepada adik-adik junior sedangkan masalah sendiri pun tak selesai acah je kau nak selesaikan masalah orang lain )


rindu zaman kerja KPJ (tak rindu sangat la, asyik kena benci je dengan sister wakakaka, pastu gaji kecik, tiap2 minggu pergi rumah mak qaseh atau mak iman, nanti dieorang masak sedap-sedap )


rindu zaman duduk melaka (the most rindu time. Asam pedas tetel, pak putra, nasi briyani hujung pasir, coconut shake alai, kuey teow alai, ikan bakar umbai, ikan keli sambal mak kak dila, roti jala mak kak dila. Okey semua makanan.)


rindu zaman qaseh masih kecik tak pandai menjawab. Hahahaha.

Ade ke patut hari tu aku tanya dia, "" Acih wat peww tuu?'' dengan nada manja hokey pastu  dia jawab " ebokkk ah ayooommm ni ( translate : sibuk lah along ni. okey siap translate hahaha.)" sambil terus main game kat handfon ayah dia -____________- 



semalam try semula bukak myspace. OMG, lain nya myspace now. dah jadi tempat dengar lagu ke hape kau ni myspace? Hahahahaha

Selak-selak ke kiri ke kanan, jumpa gambar ni ;






Selfie jenis nak mata besar dagu runcing sangat kan. 






Kurus kurus dulu, pergi mana sekarang?
 Hahahahahaha
















i miss the old me!



SO MUCH.







12 March 2015

Kad Kahwin



Tak pernah rasa hal kad kahwin akan menjadi serumit ini.


Nak design macam mana?

Nak berapa keping?

Nak tempah kat mana?

Nak warna apa?


Sebelum prepare kahwin secara serius, aku rasa 4 soalan kat atas ni terlalu mudah nak dijawab. Nak design simple, 500 keping, tempah dekat Kajang, nak warna putih purple. That all.


Bila dah betul-betul nak buat, mak oi berpusing kepala acik memikirkan kad kahwin je.


Design simple like what? Nak gambar bunga atau abstract? Nak lipat atau sekeping? Nak kertas licin atau kertas timbul - timbul? Sampul nak kosong ke printed? 

Lepas tu bajet banyak mana, sebab kalau lipat harga macam ni, sekeping macam ni, 500 keping kena banyak ni and all this choices came and came like no tomorrow. Hergh.



I take almost 2 weeks to decide which card is the best for me, end up i choose the herghhhhhh one. Arggggghhhh!


Dah tempah-tempah tetiba rase macam, 


" buruknyaaaaa kad aku arghhhhhh nak tukar tapi dah nak start print dah tapi buruk tapi malas nak pikir dah tapi nanti bagi kat orang mesti orang kata buruknya kad ko weh ko memang tasteless punya orang ke apa hah? "





Akak start print Isnin ni lah dik ye?




Okey kak.



Hmmm. satu kelemahan aku yang sangat ketara, selalu tak tetap pendirian. Kejap nak mcm ni, kejap nak mcm tu. Hari ni rasa ini okey esok rasa yang lagi satu lagi okeyyyyy. Argggghhhhhh.




Ya Allah, kau permudahkan lah urusan hamba mu ini. Semoga semua nya berjalan lancar sampai ke majlis nya nanti. InsyaAllah.