15 May 2011

Cepat Undi Weh, Cepat UNDI !


ni bukan contest Pencarian Lelaki Sweet dan Perempuan Bertudung yang sungguh LOL tu okay.bukan juga Pencarian Gadis Johor WTH racist negeri gile, mahupun Pencarian Gadis Buruk dan Lelaki Gampang tak-sangka-ni-pun-ada.
siapa peminat Juvana ?
meh sini, meh sini nak sep sikit.tak tengok?pangkah diri sendiri sekarang.


korang rasa siapa yang akan jadi house captain yang baru?Daim atau pun Botak?
cepat undi.cepat!


*aku taulah ni cerita je.and dah tentu-tentu lah plot cerita semua dah siapkan....tapi


why so serius?
saje lah kan.


**eh.lupa!nak undi tekan sini.
***aku undi Botak.lantaklah garang tapi kiut kan?




bai.





14 May 2011

Draw my thing yoo! DRAW.

hey kawan-kawan yang saya suka!


sebut pasal kawan-kawan ni, memang aku tengah rindu kawan-kawan kat UITM Lendu dulu.rindu nak gossiping weh!minggu depan jumpa okay.
oh.niat asal aku nak cerita pasal game ni sebenarnya.


kalau tengok score pon tau lah sapa yang membengaruhi kan?
mula-mula Amy yang play game ni.pastu virus berjangkit kat Angah pastu kalau dah kene kat aku harus lah berjanggkit dekat semua sahabat Lesbo ;)

mulanye Jay lah yang tanye cane nak play this game.lepastu wajibulgunnah la spread the love, katanye.
kalau main dengan kawan-kawan je memang best , nak berbicara lucah pun tak siapa yang kisah.haha.
oh.tak kusangka ,tak ku duga kawan-kawan aku pandai melukis jugak kan.
cekidaud (sebut:cek-itu-daud)chek this out lah.


memang nak kene kaki lah lukis button macam lion kan?pergi sambung Bachelor in Art sekarang Teha!

kalau dah lukis cecantik tapi kenkawan masih tak dapat teka, maksudnya 'TULIS jawapan sekarang!'


aku malas nak cakap yang ni aku lukis,aku malas nak cakap aku pandai melukis, aku malas nak cakap kalau aku dah sesungguh melukis lady bug pastu ade teka cockroach!


jom la play game ni.memang syok.aku sebenarnya tak pernah kisah pun pasal game-game kat FB ni.aku tak de pun FarmVille tu tau?tak pernah rasa nak main.tah kenapa aku boleh gila pulak main game Draw My Thing ni.disebabkan game ni worldwide so memang boleh la nak dapat suami orang putih, orang hitam mahu pun orang sederhana hitam.
Hye Kushal !your profile picture sooo awww!jom kawen.
 jenis tak reti menyaba.dah tentu-tentu dua patah perkataan.jijik gile perangai.

dah kalau main skit print screen,bukak paint,paste.
sambung balik, print screen ,bukak paint, paste lagi dan lagi dan lagi.
memang idok le nak menang nye.kelaut lah yoob!


 kalau dah lama-lama tunggu turn nak game skali rupanya tak de sapa nak ajak kau main rase macam nak simbah cuka kat Mark tau!menci.I terror lukis ape?


*kelik gambar untuk tumbesaran lebih besar okay?
**kepada sapa yang nak join game ni.kite jumpa kat trek okay.



10 May 2011

10 Sebab Saje Jadikan Penyebab.

Salam sejahtera semua.

*eh,motif lah nak salam sejahtera kan?

sabtu lepas ada event TM.net dekat SMK Seri Jempol tanah tumpahnya sifat-kepengawasan-ku.rindu kat sekolah woih.jumpa cikgu-cikgu semua cakap 'ehhh..dah besarrr la awak.'
*sampai malam pikir,ape maksud besar?besar=comel mungkin?selak kamus dewan sekarang.


well, ape yang best sampai aku beriya-iya nak joint?


1. sebab event ni buat kat sekolah.dah lame gile woih tak g sekolah.mesti cikgu-cikgu semua rindu aku.*pengsan.


2. dan sekolah dekat dengan rumah.tak macam selalu event TM mesti buat jauh-jauh.nak balik,berak pun payah.


3. sebab dekat sekolah ada berlangsungnye (berlangsungnye?) Karnival Kerjaya dan Keusahawanan. manalah tau kan, sambil menyelam boleh belajar berenang.sambil bekerja boleh membina kerjaya.haaa.kan dah dapat keje kat bank rakyat*senyum-sengeh.


4. sebab ade MY TV3!


5. sebab no 4 sepatutnya letak atas sekali.sebab masa tau MY TV3 nak datang terus cakap dengan Jijah nak joint event.dalam kepala dah pikir. yeay! My TV3 datang, nanti dapat masuk tv, terus populer ,terus semua orang kenal, terus ramai orang add kat facebook, terus menang ABP.noob.


6. sebab dekat booth My TV3 ada pelakon Juvana-gile-jahat.


7. sape? Apek dengan Botak.tak tengok Juvana?sila pangkah diri sendiri sekarang.


8. macam dah takde sebab lagi je.


9. oh! sebab Apek and Botak sangat sporting. dan macam tak reti penat nak layan budak-budak sekolah ,layan bekas-bekas budak sekolah. kau ingat senang jadik artis?ingatkan Botak si house captain garang macam dalam Juvana, rupanya LAKONAN je la LOL.


10. okay dah.cukup seploh sebab.




semangat tau, nak beli keropok lekor pun masih pegang pamphlet streamyx dengan harapan customer tetibe mendayu-dayu datang kat kau.

team-mate gigih.

kenal tak?yang kiri Apek yang asyik tolong Daim tampal poster sampai kene marah 'poster melambak kat koridor sape nak kemas?'
 yang kanan Botak kemain 'saya dah lama tak tengok perempuan,cikgu'
#nampak sangat tak kenal sampai kena perkenalkan.

bai.abang-abang MyTV3 nanti datang lagi tau.tau.
saya sayang abang MY TV3
*lambai tangan .kesat air mata.beriye.






05 May 2011

Gambar Tanpa Kata.




benda kalau dah sedap tak yah nak cakap banyak la kan?
lokasi : Busstand Pilah woih. 
rate : 4/5
komen : cendol eh melampuh bona.den bukan pencendol tegar sebona eh.tapi dek sobab an santan eh kemain pokat lagi sodap.tu yang 4/5. 
ada sesape free hujung minggu ni?
kite mencendol nak?



*rase dah macam segmen Jalan dan Makan pulak kau?
kau ingat kau QiRazali?

**sepatutnya title tu kene letak 'Gambar dan Sedikit Kata' la kan?amenda tah kengkonon nak letak gambar je biar orang tafsir sendiri.

***sapa tah faham loghat nismilan buleh google translate kat sini atau kat sini.sekian terima kasih.



03 May 2011

Anda Rasa Anda Cukup Sihat?cuba ini.

aku dapat benda ni dari blog cik moon yang comel lotey tu.bebawak lah singgah ye.sesame blogger ni tak salah berbaik.cewah.
Memula aku pon memalas gak nak buat.Ingat saje nak pedajal ke kan?tapi bila dah bace sampai abis terus cecepat buat.tak nak sesakit weweh.


*Amende sesemua nak kata ganda ni.


This is a REAL neurological test. Sit comfortably and be calm.
(sila bawa bertenang.tak yah nak sesungguh sangat buat.)

1- Find the C below. Do not use any cursor help.


OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO COOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO

2- If y ou already found the C, now find the 6 below.
    (sape tak dapat carik huruf C jangan nak gegatal cuba yang ni pulak)


9999999999999999999 9999999999999999 9999999999999999 9999999999999999
9999999999999999999 9999999999999999 9999999999999999 9999999999999999
9999999999999999999 9999999999999999 9999999999999999 9999999999999999
9999699999999999999 9999999999999999 9999999999999999 9999999999999999
9999999999999999999 9999999999999999 9999999999999999 9999999999999999
9999999999999999999 9999999999999999 9999999999999999 9999999999999999


3- Now find the N below. It's a little more difficult..


MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMMMMM MNMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMM

This is NOT a joke.
If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist.
Your brain is great and you're far from having Al zheimer Disease. Congratulations!





JUMPA TAK SAHABAT?JUMPA TAK?
haha.cuak kan kalau tak jumpa.
oh sesaje la nak bgtau.



Alzheimer, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif.Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.
Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga.
sumber :Wikipedia
Secara puratanya, pesakit yang didiagnos menghidap penyakit ini meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia. Ini kerana, dalam tempoh tersebut, pesakit hanya terlantar tanpa melakukan sebarang aktiviti. Apa yang menyedihkan, ialah pesakit sendiri tidak memahami apa yang berlaku pada diri mereka dan memerlukan bantuan orang lain. Berita buruknya mengenai Alzheimer ini, ia belum ada penawarnya.
sumber :SriKasih

cukup sedih kan?sila bersedia untuk sakit kepada yang masih belum dapat cari huruf C, N dan nombor 6.

bai.love u.

02 May 2011

As Much As I love You.

aku ada satu perasaan yang aku rasa korang semua pun ada kot.


aku agak sensetif kalau apa saja benda yang melibatkan emak dan ayah.
cik kasim dan cik milah.
ye.tajuk kau tak yah nak mengundang sangat.


aku tak rapat dengan ayah sangat.
jap.
ape yang korang definisikan dengan tak rapat dengan ayah sangat?
tak rapat maksud aku dalam hal ni, aku jarang bercerita, berbual, begelak atau jarang ada aktiviti yang aku lakukan dengan ayah berbanding dengan mak.
kecuali aktiviti mencocok keluarkan duit dari Maybank ayah.


okey dah banyak kali ajar pon ayah aku tetap tak pandai nak cash out dari ATM's machine.takut kad kene telan.sila menangis semua orang.


tapi tak tau kenapa,walau pun tak rapat,aku akan dengar setiap inci apa pun arahan ayah.
contoh, mak dah banyak kali suruh angkat kain tapi tetap bagi alasan nak tunggu Adamaya ni iklan dulu baru angkat punggung lalu mengangkat kain, tapi bila tetibe ayah datang cakap 


'long, angkat kain.dah petang ni'
'yelah.ye.baiklah ayah'
terus rasa macam tak tengok adamaya pun tak pe asalkan dah angkat kain.LOL

*tak de.saje nak bagitau hari tu kecik hati dengan ayah.ayah tak bagi aku keje jauh-jauh nanti takut tak makan.sila menangis sekali lagi .

30 April 2011

bagi aku muka dieorang lebih kurang sama.bagi korang?

lambat gile aku weh.
ade seorang perempuan yang sama muka dan gaya rambut macam Justin Bieber kan?
okay.aku baru tau.

tak de beza kan?tapi kalau korang rajin cuba layan vid dia kejap.memang nampak sangat dia perempuan.



sama kan?

and aku ade seorang budak yang aku rasa muka die sama sangat.
macam sapa?



ye.macam shinchan.
aku tak tau lah kalau korang tak rase mcm aku rasa.



27 April 2011

Sudah Tunangan Orang.

aku malas nak buat entri pasal ni sebenarnya.sebab ini semua melibatkan hati dan perasaan.kalau aku post entry ni aku rasa dah tak berguna hidup ini dan aku adalah selemah-lemah manusia in the world.ye.mawi would.


okay dah.aku tipu.
minggu lepas, sabtu 23 April tahun gajah ,adik sahabat saya Aziey, (macam haram J je panggil jijah, Aziey.pastu siap tambah ey.ewww.)ok ulang semula.adik sahabat saya Aziey,bertunang.


eh.adik jijah dah tunang?
ye.
eh.langkah bendul la?
ye.
eh.abes tu dapat cincin la?.
ye
eh.adik jijah yang mane?yang bawah die ker?
ye.
ooooo.eh.tak de gambar ker?
ye.ade.


dah bersedia nak tengok gambar sampai pengsan?
cekidaut.
jangan muntah tengok bnyak sgt gambar ok?




dah muntah?okay bawak bersabar.
              
         
cukup bahagia kan muka kak lang?
ada cakap macam muka Ziana Zain, ada cakap macam muka Azza Elite.ntah.aku tengok macm muka kak lang je ;)
*jeles gile bunyik ayat kau woih.

oh ni la adek jijah.kiteorang panggil kak lang.nama dia Suhada.
bukan syuhaida ok.bukan.jangan buat I rasa diri I tak laku disisi masyarakat.sob.sob



ini sebelah lelaki.merah menyalo teh kau wok.dengan paneh kemain membakar bumi.sila bayangkkan kepanehan eh sekarang.
hantaran.
ada sorang manusia ni tak percaya yang aku and jijah yang siapkan hantaran ni weh.
memang lah susah tapi, kemon lah.
ni aku lah!aku!
mesti boleh punya.

ke korang pon tak percaya?
kemon la!

*apehal tuala tu tiba-tiba warna biru?diam.

macam puteri umno pulak dah.

muka tak sabar dapat cincin langkah bendul.oh ye.jijah pun ada akak.dan kakak dia pun dapat jugak cincin langkah bendul.
okay mari buat perkiraan.

cincin langkah bendul jijah satu.
cincin langkah bendul kak maria satu.
cincin tunang satu.
cincin merisik satu.

berapa semua nya?
boleh bayangkan muka tunang adik jijah a.k.a taufik sekarang?
boleh bayangkan?

ye.taufiq masih senyum.

dan masih senyum.
ok dah habis.

ambik berkat.

ambik berkat 2.

ambik berkat 3.

*lepas tengok cincin yang jijah dapat, tetibe nak suruh angah kawen dulu.
ker nak suruh alin?
pengsan.


bai.

24 April 2011

Artificiality in Me.

pada saat aku rasa aku tak perlukan dia,
dan kami akan terasing.
pada masa aku rasa dia semakin jauh,
dan kami semakin mengasing.


tapi bila berjumpa,
aku rasa dia masih seperti dulu,
jauh benar RASA hati menjangkau,merayau.
sahabat itu tetap sahabat,
tetap sahabat hebat yang dulu.


aku malu nak mengakuinya,
aku malu nak mengakui yang aku rindukan masa lalu.
bukan malu
ye.aku EGO.
aku tahu.




22 April 2011

Lain tak Semestinya Tak Sama, kan?

salam Jumaat kawan-kawan yang saya suka :)okay ,tu tiru Zahiril Adzim yang suwwiit lagi gagah perkasa dan akan bertunang tak lama lagi.ah,kecewa.

hari baik, panas terik ni elok lah kita mencari cendol atau air batu campur di kedai cik Jaapar yang sedap lagi banyak kacang itu untuk membasahkan mulut dan memenuhi kehendak anak tekak.

okay dah.mari setat cerita.
pelik sangat ke kalau adik beradik tapi tak sama muka?
pelik sangat ke?

aku dah kene banyak kali tau orang asyik tanya kenapa kiteorang ni tak sama muka?salah kami ke?suka buat aku emosi tau.emosi.emosi dipetang jumaat yang indah ni.haa.menci.menci.okay annoying me.stop it.

dah.kembali normal.
memang ramai cakap macam tu.tapi sebab sebelum ni tak ada belog tak de la nak meroyan sangat sikit-sikit nak report kat belog kan.

tapi bila hari tu atau mungkin bulan tu sebab dah agak sebulan berlaku, ada sorang kawan mak aku datang rumah sambil selakselak album pastu dok tanya-tanya

'muka kakak lain sikit lah dengan muka kak ngah.'
'eh.muka kak ngah lebar sikit.buka alang bulat.'
'laaahh.kenapa adik lain sangat.kurus je.tak macam yang lain-lain'
'heeee.aunty ni banyak sangat komen pulak kan.teehee.'

'memang pon'
aku balas.

balas dalam hati.
aku senyum je la.benda-benda remeh macam ni tak kan nak buat sampai putus sedara pulak.


aku faham ,mungkin niat je saja nak bermesra since die memang jarang datang rumah apetah lagi datang berbual-bual dengan kami.tapi it's doesn't makes any sense okay.
banyak je manusia dalam dunia ni yang rupa mereka tak sama adik beradik.macam aku dengan adik beradik aku ,memang aku akui yang kami semua muka tak sama langsung.memang agak susah nak cam yang kiteorg ni adik beradik.


kalau aku dengan Angah, banyak kali dah kene macam ni 
'kirim salam kawan sebelah kau tu tau'
'tak kuasa aku nak panggil kau bang ngah nanti.muntah'
'lahhhh.adik kau ke?'
YE.


'muka kakak lain sikit lah dengan muka kak ngah.'
'eh.muka kak ngah lebar sikit.'



lahhhh.adik kau ke?
YE.
ye.adek aku.nak kirim apa lagi?