15 April 2011

maaflah, saya tak jawab salam.




maaflah aku memang tak jawab salam. 




tak pon aku jawab macam ni.




bukan sombong atau nak tunjuk pandai. tapi tak salah kan kalau bagi salam betul- betul.kalau pun nak tulis Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu tu panjang sangat kang terkehel plak jari, tulis As'salam pun sudah memadai aku rasa.

aku tak kata salah, tapi aku rasa macam tak ade makna bila tulis macam tu dan ragu -ragu pulak aku nak menjawab nya.dulu ada jugak sekali dua aku guna 'salam' ni bila nak sms orang tapi bila fikir -fikir balik instead of aku tulis macam tu dan entah apa maksudnya lebih baik aku tulis Assalam kan.dapat jugak pahala.at least. 

ke 'salam' tu ada maknanya weh?cube bagitau skit.ke kau orang nak aku tanye Lebai google - cara yang betul memberi salam?



dont pretend like you know everything unless your name is Google.kaaannn?


ok.salam.

eh,
Assalamualaikum kawan-kawan.(tak jawab dose.setail nak mengurat masa upsr.)


13 April 2011

Surat Buat Kekasih.Kekasih?annoying gilak.

somebody sent me this :


5 DEATHLY TERM USE BY A WOMEN


FINE :this is the words women use to end an argument when they know they RIGHT and u need to SHUT UP.


NOTHING : means SOMETHING and u need to be WORRIED.


GO AHEAD : this is dare , not permission.DO NOT DO IT.


WHATEVER : is a women's way of saying SCREW u.


THAT'S OK : she is thinking long and hard on HOW and WHEN you will pay for your mistake.


5 TERM USED BY MAN.


FINE : fine


NOTHING : nothing


GO AHEAD : go ahead


WHATEVER : whatever


THAT'S OK : that's ok.


nmpak sangat biased kan?bukan semua perempuan begitu ok.dan saya adelah salah seorang diantara 'bukan semua perempuan' itu. kah kah kah.


he sent me this and i didn't reply sampai sekarang. speechless ok.
sesetengah situasi kita mcm tu lah kan wanita-wanita? tapi tak la all the time.gile ke hape kan.


.....and aku sendiri tak boleh nak menidakkan yang perempuan ni sangat susah difahami sebab sampai sekarang aku pun susah nak faham diri aku sendiri.aku paling tak suka taugeh.tapi hari tu bila mak aku goreng taugeh campur udang,fishball and lada besar ,pastu ada pulak ikan masin ,ada telur dadar tibe -tibe rase macam wth-ni-makanan-paling-sedap-ever-after.


petangnye buat mee goreng letak taugeh ,dan-dan sifat asing sayur tepi pinggan tu datang balik.pelik kan?


we are unpredictable.


yes!that's the word. 


UNPREDICTABLE.
tapi peribahasa sekeras keras kerak nasi, direndam air lembut jua tu aku setuju.sangat setuju.saratus dueploh persen!okay.takde kene mengena.


okaydahbai.


*aku dah ade like button weh.sila like.jangan buat-buat tak nampak.bersungguh-sungguh aku edit template tadi tu.aku tipu.


**oh.tempat menjerit pun dah ada.sila jerit. sekarang!aku paksa.


okaydahbai.aku ulang.

10 April 2011

Bukan Susah.

tak salah kalau kita bagi sedikit senyuman kepada orang.

ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.kan?

tak kira lah, betapa hebat atau besar nya kuasa kau, kalau bukan dengan pertolongan dari kau yang maha sombong, tak salah kan calitkan sedikit senyuman didalam seribu tingkat bebanan.manalah tahu dari senyuman itu mampu memberi satu penyelesaian dan jalan kepada org lain.


mana lah tahu kan?




sudah!berhenti memberi alasan.kalau tak buat sekarang sampai bila pun tak tau rasanya.

senyum.tak perlu kata apa-apa.senyum.





06 April 2011

CERITA SEMUT DIKILANG GULA.



kadang-kadang 
kalau kite bebas bersuara susah jugak kan?
kalau tak bersuara susah juga.
aku tak bercakap mengenai suara mulut manusia.aku bercakap mengenai suara hati.
suara hati yang kemudian nya digambarkan dalam penulisan belog.


yang lelaki (tak semua) sibuk mancari kesalahan perempuan.
mula-mula salah perempuan, kenape kemain seksi,

kemudian kenape perempuan tak bertudung,
kemudian dah bertudung, kenape kemain singkat tudung?
tudung dah elok labuh kenape jarang?
kemudian cari salah lain kenape nak tayang-tayang muke kat blog?


*seriously aku tak de jawapan.


yang perempuan (juga tak semua),
kalau mengata lelaki,
kemain pedas.agak nye die terlupa yang die tu hasil dari lelaki dan perempuan.
lupa agak nya dia.
kalau bab fasyen,
daripada fesyen Waheeda, Wardina, Yuna, Hana Tajima, Ayuna.
daripada fesyen baju , kasut , seluar semua nak diletak dalam blog.

pissst: aku juga perempuan.


yang politik pon sama jugak.
yang Dacinglah salah, yang Hijau lah tak betul, yang Roket lah tah ape-ape.

macam-macam version aku tgk.
semua ada dalam blog.cari saje.dunia hujung jari.




bile berblog, kita memang bebas bersuara kan?
aku ade seorang kawan yang ada blog.
perilaku die tak lah baik sangat.
(see.kite babas bersuara kat blog kan?)
kebanyak kan apa yang die ulam kan kat blog tu semua tipu.
dekat blog,die hanya menceritakan sisi baik die saje.die twist cerita tu sehingga menampakkan dia sangat baik .dia sangat teraniaya. dia sangat bla bla bla.
sedangkan hakikat nye?memang dia salah.
(masih bebas kan kita bersuara?)


sejak dari tu aku dah kurang percaya sangat dengan cerita-cerita manis anyaman rasa penulis di blog.
baca okey.percaya?no way.


yang lebih aku tak percaya. Hidden Profile Blogger. sebab ade satu kes, punyalah aku kagum dengan bakat penulisan berbuai-buai dia.last-last some part of cerita die tipu. macam mane tau? ade blogger lain yang menyelongkar la!


lihat lah betapa bebas nye kite menipu!


dan tertipu.


*tapi aku tak cakap semua, ada blog yang betul-betul bagi effect pada orang,atau belog sekadar untuk bercerita hal diri sendiri.aku pun respect kepada hak seseorang untuk mempunyai belog.belog dia,die punye pasal la kan.tapi kalau datang belog orang dan mintak follow blog dieorang,ape ke hal?


aku tak cakap semua,mereka yang aku tahu ni mungkin hanye seekor semut di kilang gula.
kan?




aku dah dua kali sebut 'aku tak cakap semua...' maknenye aku betul-betul maksudkan.




serious, aku tak cakap semua weh!
okay bai.

about ME.



I am confident 
But I still have my moments 

Baby, that's just me 
I'm not a supermodel 
I still eat McDonald's 

Baby, that's just me 

Well, some may say I need to be afraid 
Of losing everything 

Because of where I 
Had my start and where I made my name 
Well, everything's the same 
In the la-la land machine 
Machine, machine 

Who said I can't wear my 
Converse with my dress 
Well, baby, that's just me [ah] 
Who says I can't be single 
And have to go out and mingle 
Baby, that's not me 


Well, some may say I need to be afraid 
Of losing everything 
'cause of where I 
Had my start and where I made my name 

Well, everything's the same 
In the la-la land... 

Tell me, do you feel the way I feel 
'Cause nothing else is real 

In the la-la land machine 
Well, some may say I need to be afraid 
Of losing everything 

Because of where I 
Had my start and where I made my name 
Well, everything's the same 
In the la-la land machine 

Well, I'm not gonna change 
In the la-la land machine 
Well, I will stay the same 
In the la-la land machine 

Machine 
Machine 
I won't change anything in my life 
I won't change anything in my life 
I'm staying myself tonight 
I'm staying myself tonight 

Demi Lovata, LaLaLand


..................................................



* this is not just a copy-paste lyric from lyricsmania.com but I really mean for it.
sekarang ni kemain serius kan?

yelah.sejak dah dewasa ni aku jadi seorang yang agak serius, seorang yang lebih pemikir, lebih matang, lebih berhati-hati. 








sile percaya.


04 April 2011

about YOU.




aku bukan tak nak mencuba,
tapi bagi aku hal ini bukan untuk dicuba-cuba.







*maaf lah kalau aku serius sangat. serius aku buat kau takut kan?

29 March 2011

Alaf 21- kau mampoo ??







bukan main lagi nak buat group macam ni kan.
Ya'acob = Arwah Atok
Che' Nol= Nenek.

ni baru sikit ahli nya.tunggu sikit hari lagi.

kau mampu nak gathering macam ni. sape nak datang jengok nenek minggu ni sile meeting dulu di sini.

aku ulang.

Kau Mampuu? 

pada Alaf ini, semuanya mungkin kan?dah ada teknologi , gunakan lah.




17 March 2011

Show Me Your BFF Contest



Tuan Tanah.


hye rakan-rakan.
Aku tau contest ni pon sebab dah di Tag oleh hadek sendiri, ni fist time la nak join-menjoin contest ni.belum cuba belum tahu kan?owh.sebelum tu,mari bekenalan dulu dengan CikPuan yang menganjur kan contest ni,Cik Nurulbadiah.yelah,tak kenal maka tak cinta,dah kenal macam cilake best je!.


okey,here the photo.mereka ini BFF saya dan pastinye saya sgt suka kan gambar ini.sebab....



Dear Nurulbadiah Lai ,mereka ni adalah manusia ciptaan Tuhan yang tak reti senyap dan tak reti duduk diam dan agak tak behave.dah la pakai baju kurung,baru lepas bacaan Yassin Perdana mase kat Kolej tapi MasyaAllah pose tak menggambarkan manusia cemerlang langsung.Mereka juga adalah rakan secourse sejurusan Account saya tapi malangnye bercita-cita untuk menjadi pelajar MassCom 'we-hot-yuwolll'


Nadze, Wani meh begambar behave sikit.bagi contoh tauladan kepada adik-adik dan kakak-kakak serta bakal ibu-ibu mertua yang lalu kat blog ni.meh begambar sopan sikit, dah la nak masuk contest blogger populer ni.sini,sini.gambar elok sikit.semua control okey.senyuuuummm.


1, 2 , 3..klik!
:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

::

::

::

::

::

::
tuudia.dia mai dah.dia mai dah.pose kemain ayu.
.
kan bagus begini.
jika selalu begini.



makcik , pakcik..mane berkenan?boleh saya kenen kan?
(korang tau maksud kenen tak ni?)
::
makcik , pakcik..mane berkenan?boleh saya jodoh kan?
(okey,mungkin lebih faham)


**alamak.
Nurulbadiah kata letak sekeping je.tapi dah terletak 2 keping tak pe ke Nurulbadiah?



okey.saye tag kan kepada empat manusia kesayangan ini :


eh.asal sampai lime?.lebih tak pe kan nurul?
semua nye lebih.


okey,bai kengkawan.oh,contest ni tak yah nak undi masuk ke undi keluar bagai okey.jadi jangan undi.okey lah jumpe lagi.tak yah nak 3 kali okey sangat.




bai.

08 March 2011

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN.



kawan-kawan memang memberi kita bermacam-macam makna.kan?
kalau aku, kawan-kawan yang aku kenal sejak zaman sekolah adalah kawan-kawan yang terlalu susah aku nak cari penggatinya.


best gilak bila dapat jumpa dan kumpul ramai-ramai sambil makan goreng pisang pisang goreng cicah sambal kicap dan bercawan-cawan secawan kopi panas.macam orang tua sangat kan?tapi cube korang try test.seriously rase macam back to 60's giler.haha


bila kumpul ramai-ramai takyah nak poyo bajet kemain nak tukar buah fikiran bagai kan.duduk bersila je terus rase nak bercerita.kalau tak, takkan lah baru nak bukak plastik goreng pisang pisang goreng Ekyn terus bukak mulut.
'kau tahu, jiran aku gadoh laki bini malam tadi'.
motif la nak tau jiran dia gaduh kan?


benda yang paling kiteorang suka ialah kalau ade kenduri kat rumah salah seorang dari kami.Tak kisah la kenduri Adam sunat ke, Akak kawen ke, Kak Long selamat besalin ke, or even Jijah khatam Quran.Tetap nak datang 3 or 4 minggu hari sebelum kenduri bajet nak jadik orang pangkal.hah.Yolah.pangkal la sangat.


Tapi since semua dah besar dewase ni, susah sangat nak jumpe apetah lagi nak kumpul reramai.Sorang exam, sorang tak boleh balik, sorang ade tournament futsal lah.macam-macam..


okey.motif disebalik cerita: mase Angah Izzu tunang hari tu,aku sorang je yang ade!


tapi sebagai seorang kawan yang memahami lagi mengerti, tak pe la.sorang pon sorang la.
owh.kali ni tak jadi orang pangkal lah sangat dah. i'm the cameramenwomen! kau hado?hah.cenggitu.kemain banggo.


setail kot pegang camera cenggitu.

okey dah.Jangan mengade nak suruh aku tangkap gambar korang nak tunang la, nak kawen la, portrait semua bagai.servis aku terhad.

Ayat bajet.Sedangkan ambik kamera terus putar ke butang Auto!okey.MakcikSipah jual goreng pisang pisang goreng pon boleh buat kan?


gambar yang diambil oleh MakcikSipah goreng pisang pisang goreng.


Angah Izzu dan Abg.Zizan
Kak Syirra dan Abg Shafik
owh.lupe pulak.ade 2 pasangan yang bertunang tau.Kak Shirra and Angah Izzu ni memang rapat gile babeng dan dieorang plan untuk tunang same-same, waktu ,tempat , hari semua yang same.Gile babeng best kan?kau hado?


Jijah , Anem , sedare Anim-tak-tau-name and MakcikSipah goreng pisang pisang goreng.
Jijah datang makan je ye kawan-kawan.alasan: kojo bai.
okey dah kawan-kawan, MakcikSipah dah penat update.nak rehat pulak.petang ni nak bukak kedai goreng pisang pisang goreng lagi.
Acik bizi la lately!bisness kemain maju dan kencang.


bai.






06 March 2011

Tidak diperlukan.Cinta.Megah



tidak diperlukan.
mungkin apa yang aku rasa tak 
seperti yang aku sangka.
die perlukan hidup dia,
dan aku juga perlukan ruang aku.
biar orang buka mata pabila lihat kita,

bukan mencebik atau meluat,
bila lihat manusia ciptaan tuhan ini
hanya diam menanti ketentuan.
menanti ketentuan datang
dan arah kau berbuat ini 
atau menyelesaikan itu.


............................................


cinta.
Bila cinta terlalu diagungkan ,
kadang kau lupa,
cinta bukan  bermakna kau hanya untuk dia,
bila kau terlalu kononnya cintakan dia,
kau lupa akan perkara yang lebih sepatutnya kau utamakan.
lupa.
kau lupa.
kau benar-benar lupa.
yang jodoh dan pertemuan itu ditangan yang maha kuasa.
aku ulang.
jodoh dan pertemuan.ye,pertemuan itu ditangan yang maha kuasa.


...............................................


megah.
kau megah dengan apa yang kau rasa,
sedangkan  semua orang tahu,
kau bukan boleh bertahan lama.
percayelah, takkan boleh.
kau dirasuk dan syaitan pula menghasut,
bajet ko boleh hidup tanpa mereka.
nah!ambik..akhirnya kau rebah.
bila kesempitan dan kesusahan datang menjengah!



pisssst!: ade manusia ciptaan tuhan yang aku maksudkan dalam setiap perenggan.
tapi peliss la jangan nak sentap cepat.
main teka-teka eh-aku-ke?kau-la.pastu nak terguris hati dan perasaan bagai.
maleh layan.sila pangkah diri sendiri.



HIDUP PERLUKAN PANDUAN.
BUKAN SUSAH, PANDUANNYA SUDAH TERBENTANG INDAH.
PILIH LAH!
(nak pilih tu lah yang payah.)