08 March 2011

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN.



kawan-kawan memang memberi kita bermacam-macam makna.kan?
kalau aku, kawan-kawan yang aku kenal sejak zaman sekolah adalah kawan-kawan yang terlalu susah aku nak cari penggatinya.


best gilak bila dapat jumpa dan kumpul ramai-ramai sambil makan goreng pisang pisang goreng cicah sambal kicap dan bercawan-cawan secawan kopi panas.macam orang tua sangat kan?tapi cube korang try test.seriously rase macam back to 60's giler.haha


bila kumpul ramai-ramai takyah nak poyo bajet kemain nak tukar buah fikiran bagai kan.duduk bersila je terus rase nak bercerita.kalau tak, takkan lah baru nak bukak plastik goreng pisang pisang goreng Ekyn terus bukak mulut.
'kau tahu, jiran aku gadoh laki bini malam tadi'.
motif la nak tau jiran dia gaduh kan?


benda yang paling kiteorang suka ialah kalau ade kenduri kat rumah salah seorang dari kami.Tak kisah la kenduri Adam sunat ke, Akak kawen ke, Kak Long selamat besalin ke, or even Jijah khatam Quran.Tetap nak datang 3 or 4 minggu hari sebelum kenduri bajet nak jadik orang pangkal.hah.Yolah.pangkal la sangat.


Tapi since semua dah besar dewase ni, susah sangat nak jumpe apetah lagi nak kumpul reramai.Sorang exam, sorang tak boleh balik, sorang ade tournament futsal lah.macam-macam..


okey.motif disebalik cerita: mase Angah Izzu tunang hari tu,aku sorang je yang ade!


tapi sebagai seorang kawan yang memahami lagi mengerti, tak pe la.sorang pon sorang la.
owh.kali ni tak jadi orang pangkal lah sangat dah. i'm the cameramenwomen! kau hado?hah.cenggitu.kemain banggo.


setail kot pegang camera cenggitu.

okey dah.Jangan mengade nak suruh aku tangkap gambar korang nak tunang la, nak kawen la, portrait semua bagai.servis aku terhad.

Ayat bajet.Sedangkan ambik kamera terus putar ke butang Auto!okey.MakcikSipah jual goreng pisang pisang goreng pon boleh buat kan?


gambar yang diambil oleh MakcikSipah goreng pisang pisang goreng.


Angah Izzu dan Abg.Zizan
Kak Syirra dan Abg Shafik
owh.lupe pulak.ade 2 pasangan yang bertunang tau.Kak Shirra and Angah Izzu ni memang rapat gile babeng dan dieorang plan untuk tunang same-same, waktu ,tempat , hari semua yang same.Gile babeng best kan?kau hado?


Jijah , Anem , sedare Anim-tak-tau-name and MakcikSipah goreng pisang pisang goreng.
Jijah datang makan je ye kawan-kawan.alasan: kojo bai.
okey dah kawan-kawan, MakcikSipah dah penat update.nak rehat pulak.petang ni nak bukak kedai goreng pisang pisang goreng lagi.
Acik bizi la lately!bisness kemain maju dan kencang.


bai.






06 March 2011

Tidak diperlukan.Cinta.Megah



tidak diperlukan.
mungkin apa yang aku rasa tak 
seperti yang aku sangka.
die perlukan hidup dia,
dan aku juga perlukan ruang aku.
biar orang buka mata pabila lihat kita,

bukan mencebik atau meluat,
bila lihat manusia ciptaan tuhan ini
hanya diam menanti ketentuan.
menanti ketentuan datang
dan arah kau berbuat ini 
atau menyelesaikan itu.


............................................


cinta.
Bila cinta terlalu diagungkan ,
kadang kau lupa,
cinta bukan  bermakna kau hanya untuk dia,
bila kau terlalu kononnya cintakan dia,
kau lupa akan perkara yang lebih sepatutnya kau utamakan.
lupa.
kau lupa.
kau benar-benar lupa.
yang jodoh dan pertemuan itu ditangan yang maha kuasa.
aku ulang.
jodoh dan pertemuan.ye,pertemuan itu ditangan yang maha kuasa.


...............................................


megah.
kau megah dengan apa yang kau rasa,
sedangkan  semua orang tahu,
kau bukan boleh bertahan lama.
percayelah, takkan boleh.
kau dirasuk dan syaitan pula menghasut,
bajet ko boleh hidup tanpa mereka.
nah!ambik..akhirnya kau rebah.
bila kesempitan dan kesusahan datang menjengah!



pisssst!: ade manusia ciptaan tuhan yang aku maksudkan dalam setiap perenggan.
tapi peliss la jangan nak sentap cepat.
main teka-teka eh-aku-ke?kau-la.pastu nak terguris hati dan perasaan bagai.
maleh layan.sila pangkah diri sendiri.



HIDUP PERLUKAN PANDUAN.
BUKAN SUSAH, PANDUANNYA SUDAH TERBENTANG INDAH.
PILIH LAH!
(nak pilih tu lah yang payah.)






25 February 2011

Tanye Tertanye.



okey,aku sebenarnye tak bape nak pandai sangat bile ade org tagged kite kat blog ni.Aku tau bende tu tapi rase macam tak kan ade orang je nak tagged aku kan?
tibe-tibe bile ade orang tagged rase macam,


'eh,eh biar betol weh.terharu,terharu. rase nak nanges ni . nak nanges sangat.jangan buat I macam ni lagi ok.?'
okey dah la over.


aku dapat tagged ni dari si budak kecik yang sangat lah dirindui.die tagged aku 'Kak Hada Santek' okey.ish,jangan la buat macam ni lagi.segan tau.malu lahh.pangggg!


here, check this out.


1.Ade rahsia kecantikkan tak?
-kalau bagitau rahsia kecantikkan I, jadik tak rahsia lagi la kan?nanti semua orang jadik cantik macam I la kan?alah.poyo la kau,bajet cantik sangat.minum air suam banyak-banyak sudah.

2.Bagi anda siapa paling hensem dalam kumpulan SUJU?
-aku tak pandai langsung bab-bab Korea Band ni weh.lepas aku carik kat Lebai Google, rerupenye SUJU tu ,SUper JUnior ye?aku tak tau sangat la.kalau tanye dalam kumpulan Newboyz sape paling hensome,cepat aku jawab, TOMOK!

3.Siapa BFF anda?
-ramai. uncountable. kang kalau aku tulis sensorang ,mau raya tahun depan baru abes.

4.Siapa idola anda.
-ini satu hal lagi.aku ni tak tetap sangat pendirian. kengkadang bile rase nak jadik citizen cemerlang, Datuk Najib jadik idola.kalau time mood pelakon,  Wan Maimunah terus.kalau penyanyi tak lain tak bukan la,Tomok.hah.class kau!

5.Moto hidup anda?
- ape perlu nye moto ni?

ok.sekian

14 February 2011

MEREKA-saya





bile kawan-kawan dah setat bagi kad jemputan kawen ,pastu terus rase mcm 'mak-oi-lambatnye-kau-kawen-weh-tak-de-org-nak-weh-kau.'..

sedar tak sedar memang ramai dah kawen ,nak kawen, ade anak, nak ade anak and macam-macam lagi.
ok dah.fullstop.
bila dieorang dah ajak tu pergi je la.pastu muka buat mcm 
'yelah-yelah.tak lame lagi aku kawen lah.tau la kau laku.'
haahah

lame sangat dah blog ni tak diupdate.
jadik,marilah.marilah mula bercerita.

kehidupan selepas belajar bukan lah satu kehidupan yang sedap atau enak untuk dicerita.ade baiknya kalau aku simpan je cerita tu.sekarang fokus hidup adelah untuk terus mencari kehidupan yang lebih sempurna dan sekali gus membanggakan.
siapa kita dahulu bukan lagi persoalan.yeah!bukan lagi persoalan ye.
hah!ayat kau tiptop sgt.

sepanjang cuti ni,memang banyak sangat benda yang aku buat dan kebanyakkan nya adelah menghabiskan duit mak ayah dan rakan-rakan.







lawatan sambil belajar tak belajar sangat lah ke teratak Za'aba.
dah2.jangan gelak.
aku tau la memang agak sejarah kalau melawat tempat-tempat mcm tu bersame rakan taulan di masa lapang.tapi...KAU DAPAT?alah.alah.






haaa.yang ni.kau ade?
dapat tak,nak begambar depan sawah-padi-luas-terbentang-indah-damai-permai?.

ok.ni semua bukan lah idea aku untuk terlalu seni ,pergi melawat padi konon-konon nak menghargai iklan 'sebutir beras itu ibarat setitik peluh kau.'
ni semua idea dieorang dan aku hanye ikut dan duduk dan 'eh,lawala kalau amik gmbar weh.kite cube ambek gambar nak?lai lai'.

ok.seterusnya, menjadi ibu yang baik dan selohah lagi disayangi.ade dua org sepupu yang datang rumah ,stay here and buat rumah aku macam Taman Disneyland kat Jepun.
sangat meriah dieorang ade. boleh menjadi teman bual bicara, begurau senda dan sepak terajang belaka.


ok.muke sume nak begaduh je.
paneh la kak long!
(sonyum..!)


hah.hambik kau!
.kau ingat boleh duduk free kat umah aku.haha.
ok.ni sumpah bukan dera ok.ini sukarela, tanpa paksa.
betul weh.
aku tak de niat nak paksa anak-anak kecil melakukan kerja.
tak ade weh.
tolonglah percaya.

::
::

 jap.jap.
korang ingat ade benda yang free atau sukerela lagi ke kat dalam dunia ni?
hah?ingat ade?




setakat basuh motor ,lap- lap skit tu pon sebenarnye berupah tau.bukan free, rela apetah lagi.
makan KFC sekali pakej dengan Karaoke siap.
hah.cer cite mane benda yang free lagi kat dunia ni.cer cite,cer cite.
ok lah.Kak Long ikhlas la belanje korang ok.tak nak ungkit-ungkit-kuih-bangkit la.tak baik.
korang tau ape dieorg ni buat time free?haaa ni.


alaaa.tak nmpak plak.main BINGO ok.siap menangis lalak -lalak bagai sebab asyik abang je menang.ishh.
adek memang mcm tu kan?

oklah.sampai sini je lah.
banyak sgt cite pon tak syok.
lain time boleh cerite lagi.


ini sepupu kiteorg.aku baru perasan, sepupu aku ramai lelaki dari perempuan.
ah, sekarang aku addict buat bende ni weh.

:
:
V


abeh segale button mak aku.aku tempel kat sane sini.oh, nanti next time aku cite ok.

bye guys...!
bye readers..!




27 December 2010

Zaman Kejatuhan Malaysia

hye readers.




sekarang ni budak2 class aku sume buzy sebab nak daftar degree.
aku pulak,masih kat rumah lagi.


Aku da decide untuk tak nak lagi sambung belajar.
aku dapat coz tak best.kat Melaka lagi pulak tu.pluss kene tambah another 3years.
entah la.bukan pilihan yang bagus rasenye.
tak pe la.senang kate bukan rezeki je la.
Jangan lah tanye lagi.


ni je lah update dulu,sekarang zaman kejatuhan la.
laptop rosak,henfon rosak,duit pon tarak!
nnti da zaman ekonomi duit banyak,wa update entry kasi bnyak skit la.


(title bagi gempak sikit la;Malaysia ekonomi tengah naik,ekonomi aku je menjunam.haha)


bye kengkawan!




zaman kejatuhan ni ambik gambar dgn kucing,nanti ekonomi dah stabil mungkin dengan kuda.

05 December 2010

Jangan Nak Malu Sangat lah !

hye kakak-kakak, abang-abang, meh rapat-rapat.ade barang baik nak saye cerita kat abang kakak cantik molek.

waaahhh..intro meriah gitu.

ape ade hal semalam menulis belog hari ni menulis lagi.sape nak marah meh bagitahu aku.nak aku ketuk skit kepala pastu bagitau, ni blog aku la!

dah,dah.jangan marah-marah.mari kak rapat-rapat.

balik dari kenduri kawen rumah teha tadi aku masuk bilik sambil online.jumpa ini.




macam mane gambar-gambar semase diusia tak-matang-surat-cinta-bawah-meja macam ni boleh diupload dan tanpe segan silu di tag ni?


nak marah pun tak guna,benda dah memang benar.haha

korang jangan nak besa-besa kan gambar pastu nak teka-teka yang mana satu aku.sbb aku pon tak cam, tak berape nak pecaye kewujudan aku kat situ.



p/s : aku berdiri, belakang sekali ,4 dari kanan.
see.sape tinggi selalunye memang kene duduk belakang.
dah-dah,jangan nak gelak sangat.
cuba selak-selak gambar korang mase darjah 2 dalam album pulak..

haaaa..kan ade yang dah benti gelak.



gambar-gambar silam ni kadang-kadang segan jugak nak kongsi.tapi aku relix.chill.haahah

aku tgh rilex ni,sape-sape ade blog lebih meh bagi aku bace.drop la link kat mane-mane yeh.

bye readers!



04 December 2010

Jangan Pandang Mereka Sebelah Mata.

Hye readers!

Salam perpaduan, salam 1 Malaysia.
(ewah..!)

Korang tau tak duit kertas sebenarnya bukan diperbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas?

haaaa..ape hal tiba-tiba nak berfakta pelik bagai ni?saje lah nak tambah pengetahuan.haha.

ok dah.mari bercerita!

kawan-kawan saye yang baik sekelian.ape yang anda sedang lakukan sekarang?
owhhhh..kepada yang sudah habis belajar mesti tgh fening nak further studies atau pun terus kerja kan?.same lah dengan aku.

kadang-kadang apa yang kite plan kan tak semudah yang kita jangka.kau cakap gebang mase ko study konon nak buat itu, nak buat ini lepas study tapi tak de gak hasil nya.aku tak cakap org lain,aku lah tu.

ayahnda and ibunda memang bagi aku 100% keputusan kat tangan aku.dieorg support je.eh,mcm tak sopan plak ckp dieorg..mereka support je.(haaa..lebih sopan.bhahaha)

haaaa.baru je habis Sukan Paralimpiad hari tu.banyak nak cerita. tapi aku rase korang anda tak kan dapat rase the feel kalo korang anda tak ade kat tempat aku.entah la.memang korang akan rase kita ni sepatutnya seribu kali syukur sebab tak dilahirkan macam dieorang.serius.

sekadar nak berkongsi pengetahuan.OKU atau orang kurang upaya ni bukan semua nye kurang upaya tau !eh,faham tak?
mesti lah orang yang kurang upaya tu orang yang tak berupaya kan..?

mcm ni.selama ni, bagi aku OKU tu selalunya mestilah orang yang cacat, tak cukup anggota, bisu atau pekak dan yang sindrom down. kan?tepat skali.itu lah yang kita cari..(ala-ala roda impian gitu.)

tapi ade lagi satu golongan yang boleh diklasifikasi kan sbg oku.dieorang yang lambat dalam pembelajaran. pun diklasifikasikan sebagai OKU.

meh,bace ni kejap..


sile right kelik,open new tab untuk bace details.

mase aku betugas,aku ditempatkan untuk menjage kontijen Negeri Sembilan untuk sport olahraga. aku macam pelik la bila yang masuk sukan tu kebanyak kan nya budak mereka yang sihat walafiat.sempurna tubuh badan. aku dengan member aku mula - mula blur sikit la sebab kene jage dieorang.tapi dah lame-lame paham la.(lame ker?3 hari je pon)

tapi at least, memang banyak memberi pengajaran la kat aku.tengok dieorg belari kat track pon rase nak mengalir je airmata.sedih wehh.

ade sorang budak ni,betul-betul buat aku tersentuh.die blind. tapi bukan fully blind la.separuh. tapi lame-kelamaan nanti die akan fully blind.issshhh.

bayangkan kalau kite kat tempat die.kene tunggu je saat dan mase nye untuk jadi seorang buta.sedih.


eh, yang ni tak buta,nmpaklagi..haha.tiap-tiap hari bepanas.sampai hitamgelaplegam. tapi masih ade  orang kate kami tak buat keje.issshhh manusia!


muka biar ikhlas.


they all cacat penglihatan tau. tapi dalam ramai-ramai dieorg la yang paling best skali.tak banyak kerenah.


berbasikal mengikut cara dieorang.


kebanggaan kami.

pssssssstt.
meh nak bisik skit.ari tu janji nak jumpa 'Juniora' mase malam penutup.tapi mcm tak de jodoh pulak.aleh-aleh main hide and seek,apelaaa.


bye readers!




18 November 2010

Salam Aidil Adha

hye readers..!
salam Aidil Adha.


sorry la kalau belog ni ade bau-bau lembu skit.sebab memang tak habis lagi nak buat masak daging-daging lembu ni.
(annoying sikit bunyi nye)


apehal cerita sebening keringat tadi sedih sangat weh?
boleh leleh gak cerita die.


aku takde cerita raye haji la.pagi tadi macam biase-biase je.takbir raya.sembelih lembu.makan dan makan.


ok,ok. dah stop pasal cerita raya.
ok ape perkembangan terbaru?
(bajet ala-ala soalan dari azwan ali amboi3 sambil buat jari, kelip mate sikit.cepat bayangkan!cepat.)


aku kate cepat bayangkan!


ok.saye sekarang sibuk dengan filem terbaru yang akan menemui peminat-peminat setia saya bla bla bla..
(yang ni nak bajet tiz zaqyah skit.haha)



(Seminar Sukarelawan Paralimpik,15 Nov 2010)


okey. ni lah yang sedangaku buat sekarang.
suka.rela.wan untuk sukan paralimpiad pada 21 - 27 Novenber nanti.
kepade sape yang tak tahu ape sukan paralimpiad tu sile open new tab and gugel
(paralimpik dan paralimpiad adelah benda yang sama.)

Melaka jadik tuan rumah dan aku sudah berniat untuk ambik kesempatan itu untuk menolong mereka yang memerlukan pertolongan selain mencari nafkah untuk diri sendiri.(nampak murni sangat tak niat ni?.tapi mencari nafkah diri tu sepatutnya kene letak dulu sebelum membantu mereka yang memerlukan.i need a money!)


owh lupa!


saye sudah habis semua paper!sudah setat pertapaan dirumah.habis paper 11hb, dijemput balik oleh rakan-rakan yang awesome 12hb, kemudian datang semula ke UITM pada 15hb , balik menyambut raya haji dan akan ke Melaka semula pada 19 hb.nampak saya bz tak?ke nampak serabut tak terurus?


whateve laa Joyah.




maskot ni jangan comel sangat boleh tak?ko tengok kasut die?wadehel besar sangat?


 ko suruh je maskot tu buat macam-macam gaya, die ikut kan je.haha.

haaaa..ni lah antare sukarelawan yang suka dan rela untuk membantu time sukan tu nanti.diulang....
suka dan relalaasangat.

memang best seminar hari tu.banyak perkara yang kiteorang belajar.one of that is 'kau sepatutnye malu bila OKU boleh buat sedangkan kau tidak!'*shamed 

okey,tu baru seminar.belum pon jumpe orang-orang nya.aku rase bila jumpa nanti korang kene bersedia untuk bace update aku yang agak-agak 'kau ambik sastera eh dulu?' dari aku.haha

semoga bertemu lagi rakan-rakan.
jap,

raya haji ni nak kene mintak maaf bagai ke ha?tak yah kan?haha
penatlah mintak maaf pastu buat balik,mintak maaf balik.podah.

bye readers!



kawan-kawan yang awesome.sekian



10 November 2010

Segalanye Cash.


Hye gengs!


Terime kasih daun keladi sebab bagi sikit mase korang untuk bace entry aku.
Aku sayang korang weh.and aku lagi dueploh kuase due syg korang kalau korang drop any comment.
ceh ceh ayat mintak org comment je kau!


Banyak benda buat aku heppy sekarang. Paper esok last.ok, yang ni bukan hepy ni cuak. Esok paper Finance.paper susah seluruh alam.doakan aku dapat jawab weh.

and satu benda lagi ialah..

before ni aku jadik lemah sebab benda ni. die kawan aku. tak tau nak describe kawan or tak. sebab perilaku die seolah-olah ade benda yang die tak puas hati dengan aku. honestly, aku pernah nanges dengan ape yang die buat. aku ni nampak kuat kat luar,dalam ..?same je mcm orang lain.aku tak reti nak marah orang, nak tengking-tengking..paling tinggi pun aku akan diam dan masam muka.tu je tahap paling tinggi aku marah kat orang. lebih nye aku pendam. aku makan.


mase seorang 'sahabat' ni buat aku sakit, aku hanye mampu diam dan nangis.loser tak loser aku?
roomate aku jadik saksi semuanye.aku bukan reti nak marah or serang die.konon nak mntak penjelasan atau ape-ape pun.aku pendam.

sahabat-sahabat lain marah aku, sebab mereka kate diam aku seolah-olah aku takut kat die.seolah-olah aku betul kan semua fitnah die. tapi aku boleh buat ape?cube bagitau aku?

aku bagitahu ibunda. ibunda kate sejak bila aku jadi lemah mcm tu?aku pun tak tahu.aku tak pecaye ade orang tak suka aku smpai macam tu.buruk kan aku pada orang lain..ishhh..mmg menangis je si loser ni mampu.

korang tak tau.pendam aku ikut jejak ayahnda.macam mane tak puas hati nye orang pada ayahnda , ayahnda hanya duduk dekat dapur minum teh.dulu pernah orang cakap, ayahnda ni sombong, tak campur orang, tak suka berkawan.memang betul.aku boleh kira dengan jari kawan ayahnda.hanye berape orang je kawan ayahnda yang datang ke rumah bertanye khabar. yang lain semua datang untuk pinjam duit.(annoying) bile dalam kesesakan datang lah kerumah carik lelaki sombong ini.aku perasan yang itu.


aku pernah tanye ayahnda,kenape ayahnda tak keluar mencari kawan macam ayah orang lain, minum teh melepak kat kedai teh petang-petang?tapi ayahnda tak jawab.

ayahnda kata, biarkan kawan yang carik kita.percayelah, kawan bukan semua membahagiakan.aku bangkang!sebab kawan-kawan aku mase itu semua membahagia kan.sekarang aku sedar,ayahnda tak tipu.


lepas ape yang 'sahabat' tadi buat pada aku.dan aku hanye diam.bagi aku, aku tak ade cara untuk balas semua perbuatan dia.tak kan aku nak kutuk-kutuk die dalam blog macam ape yang die buat?tak kan nak serang die?tak kan nak putus kawan dengan die?tak,tak..

itu bukan aku.bagi aku ade kuase lain yang mampu membalas segala perbuatan dia.ko ingat ni drama melayu nak plan gempak-gempak bajet die menyesal lepas terperangkap dalam plan gempak korang tu?kah kah kah.cerita cerekarama TV3 boleh la.

lepas kena 'sakit' yang sahabat buat tu aku masih lagi tak buat apa-apa.pergi class macam biasa. tegur macam biasa. sakit tetap sakit. tapi jauh kat hati aku, aku maafkan dia. serius. at least aku tau, ade banyak lagi sikap dan sifat manusia kat dunia ni. seriusly die mengajar aku.

last night, aku dapat tahu something bad happened to her.
something yang memang terduduk aku dengar.
something yang buat aku rase 'ok,ini lah balasan  untuk kau'
something yang buat aku rasa ' what goes around comes around'
something yang buat aku rase , padan lah muka kau hai!

kalau korang nak kate aku jahat ,sila kan.siapelah aku untuk halang.tapi put yourself on my shoes.mesti korang rase ape yang aku rase.aku pun tak lah jahat sangat nak doakan kejatuhan die, nak gembira atas airmata dia.tapi aku tahu, sekarang semua nya cash.
kau mengata orang hari ni, semua orang mengata kau esok!


tapi tu semua bukan lah yang aku nak.aku  pon tahu kuasa tuhan. kalau aku gembira hari ni tak semestinya aku gembira selama nya.entah-entah nanti aku di duga dengan 1000 kali lagi kesusahan. mintak dijauhkan.

ok sudah.mari kembali ke arah kebaikkan.
nak tgk motivasi kopoyoan aku tak?
jap..




hahaha..jangan nak saiko sangat boleh?



3 more papers.tu gambar hari tu mase tunggu paper  Audit.
huh, memang semangat habis la ade kate-kate semangat camni depan mata,terlekat kat dinding.



byee readers.