14 December 2018

New update!


Maka selepas berkurun, Faiha pon dah setahun. Hahaha. Berhabuk teruk dah blog ni. Nak update ape pon tak tau dah.

Ok lah. Tu je 😝😝






Bai



16 July 2017

My Second Pregnancy #JournalAdikZaim



Banyak nye draft post dalam blog aku ni, sebab ade idea nak buat entry tapi bila taip satu perenggan mood lari. Hahahaha


What's up for today?


I'm 21 weeks pregnancy mom! Yuuuu!



My last post in early January do mention about my previous pregnancy and now out of sudden i'm 21 weeks already. Hahaha. 



Back to the story, memang to be honest my husband and I do plan to have another baby when Zaim reach 1. Tapi tak sangka pulak, my first day period is on his first birthday which mean, genap2 setahun Ibu terus bagi adik. Hahaha.


Well, Allah Maha Mendengar kan?


 

Berbeza tak mengandungkan Zaim dengan mengandungkan adik Zaim?


Sikit lah berbeza. Aku ade morning sickness yang agak heavy. Masa pregnant kan Zaim aku tak de morning sickness langsung. Aku just loya sikit2 je tu pon masa nak berus gigi (which is so normal to pregnant lady) tapi bila pregnant kali ni, macam heavy sikit. 

Bnyak kali jugak muntah yang habih keluar isi perut. Hahahaha. Letih tak yah cakap la. Masa first trimester tu, rasa tak larat je. Rumah bersepah gilaaaaa tak yah cakap sebab Zaim pulak tengah fasa dapat kaki, dah pandai sepah, dah pandai main, dah pandai nak makan sendiri.

Masa awal-awal pregnant aku memang tak jadi diri aku langsung. Serabut je kepala ni rasa. Nasib baik sangat Syafiq faham sangat-sangat dan dia sangat lah okey kalau aku tak larat masak ke, aku moody ke, aku menangis ke. Hahahaha. 

Aku pernah menangis sebab Zaim nak duduk berkepit jeeeeeee. Ni tahap berkepit yang aku tak boleh pergi seinci pon jauh dari dia. Kau bayangkan kalau dia tengah kumbah pinggan mangkuk kat dapur pastu aku pergi ruang tamu nak turn down volume tv Zaim boleh melalak meraung macam orang cubit-cubit dia kat dapur tu. YaAllah memang stress lah masa tu. Patu dapat pulak Syafiq bizi dari pagi sampai ke malam, hahaha memang aku tarik muka la lepas dia balik. Pastu nangis dalam bilik air.Pastu buat-buat tak nak tengok muka suami.  Pastu hempas-hempas sikit pinggan bagi suami tau kita moody. Hahahahahahaha. Perangai sangat.



Selain dari tu takda yang beza kot. Baby pon so far Alhamdulillah okey. And now dah rasa dia tendang sikit-sikit dan mengingatkan aku masa first pregnant dulu. Excited gileeeee bagitau Syafiq baby tendang. Masalah nye tendang yang awal-awal ni mana rasa sangat. Kita je rasa, kalau suruh laki pegang perut dia tak kan rasa apa-apa. Hahahaha



Sebenarnya terbuka hati nak buat entry ni sebab tadi tiba-tiba terfikir. Baby no 2 ni kesian dia sebab aku macam less prepare anything pasal dia. Hahaha.Zaim dulu first baju yang aku beli masa aku 3 bulan kot. Hahahaha.

Yang kali ni scan pon tak lagi. Jadi memang belum beli sehelai pon lagi baju-baju dia. Kesian nye anak ibuuuuuu.



So, aku bernekad untuk rajin-rajin tulis entry pasal perkembangan dia kat blog ni. Harap-harap berterusan sebab tak tau lah, aku rasa happpppyyyy sangat kalau baca entry-entry yang dulu-dulu. Menyesal pon ada sebab masa Zaim tak de satu pon entry pasal mengandung kan dia, sedangkan tu my first time pregnant. Apooo laaaah ibu ni. So untuk yang kali ni harap-harap aku rajin update pasal second baby.


Kenapa nak update blog? Kenapa tak FB atau IG?


FB -  so many people. Ada sedara lah, ade cikgu-cikgu lah, rasa segan yang amat nak share personal life kat sana. Rasa macam hmmmm tak nak lah orang tau sangat pasal kita. Macam dah tak in sangat nak update beriyoooo ni. Hahahaha


IG - My phone currently so stress (read : old) so, I uninstall IG. Tapi still on dekat henfon Syafiq hahahaha so kadang-kadang je bukak IG and update story ke hape ke using Syafiqs. Tapi henfon Syafiq tu sangat lah low quality photo nya so jarang sangat lah aku update IG. But deeply I'm so missing youuuuu stegrammm! Kita tunggu next month kalau ayah dah banyak duit boleh lah dia beli kan I fon baruuuuu. Jom doakan ramai-ramai! HAAHAHAHA






As for now, itu je kot nak cerita. Aci tak nak letak hastag #JournalAdikZaim hehe. Nak jugak nampak special sikit. Kasi can lah hah.



Eh, esok nak buat makan-makan geng quarters. Nak jamu mee kari je dengan bubur kacang hijau. 
Sebenar nye mak buyung dengan pak buyung yang nak makan tapi dah alang-alang, buat lebih sikit lah. Hehe. lagi pon dah lama tak lepak-lepak dengan Wani. Bnyak nak gosip ni. Hahaha




Okey lah. Dah pukui 3.33am woi. Esok kot bagi orang makan manggie sup je. Hahaha

Till then, bye!





06 January 2017

2017 vs 2016

Hello 2017, really happy to meet u!


I entered 2016 with all big tummy and somebody kicking in it. Hahahaha

Early January memang kiteorang tengah bulan madu lagi. Sikit-sikit beli baju baby, barang baby, barang mak baby. 

Akhir January start carik nama baby. Sebab konon-konon baby lahir bulan 3 so masih banyak mase. Hahaha. Sekali ambik kau awal bulan 2 dia keluar.

Start from 12 Feb until 31 Dec the story is all about this little man lah. Tak do cerita lain dah. Hahahaha


2016 tahun yang terlalu cepat berlalu bagi aku. Dari berdua ke bertiga. Dari Zaim seberat 2.71 hingga latest berat dia 8.9kg now. Thank you Allah for everything. 

Aku berharap tahun 2017 ini lebih membahagia kan dan lebih menggembirakan aku. I am really trying to be better everyday. 


Hmmm. mcm stuck pulak nak menulis pagi ni. Jom tido lah!






04 October 2016

Lovely You



4/10/2016
12.26am


Aku wasap Ekyn semalam.
Sebab adik ipar dia, Afifah nak kawen dah. Yeay!
Konon-konon nak cungkil rahsia lah, siapa bakal suami Ipah, macam mana dieorang kenal n bla bla bla. Biasa lah kepochi mcm aku. Hahahaha


Dan dari nak bual-bual biasa je, terus sampai berjela-jela wasap.
Dari cerita Ipah nak kawen, hal kawan-kawan, hal Vivy Yusuf, hal Fazura, hal Syafiq Jalal sampai lah tips nak masak Lemak Cili Padi paling kaw. Hahahahah


Somehow, I really miss Ekyn. Ekyn ni kawan aku dari form 3 lagi. I donno how its started, but the thing is kiteorang selalu sangat minat benda yang sama. We have such a lebar dan panjang tapak kaki, so when we found a shoes yang ada saiz 41, we just grab it. There has no turning back guys. Like seriously. Hahahaha.


We love 'KAMI', we love Liyana Jasmay, we love Ali, Abu and Sofie. We love gol n gincu, we (used) to love Fazura Hahahahaha, we love judging people together. Hahahaha



Dan kebetulan kami kahwin, dapat anak lelaki dan jadi fully housewife. We sell online stuff as well!


Kebetulan sangat kan?

To Ekyn, kalau ko baca post ni aku just harap ko tak menangis sebab terharu. Hahahahaha.












01 October 2016

Zaim - 6TH month





Boleh dikata kan aku tiap-tiap hari ambik gambar Zaim. Mak yang obses sangat kan? Hahahahah



12/8/2016
( 7 bulan )

Ikut ayah pergi jogging. Last-last tak jogging pon. Buat tour dalam Poli sebab ibu tak pernah habis lagi tengok poli ni. Hahahah


14/8/2016 Ahad
( 7bulan 2 hari )

Tetibe rasa nak pergi lepak tepi pantai pulak. Hahaha. Terus roger Wany n Haziq ajak join sekali. Nak ajak siapa lagi kan. Hahaha.








Perfect photo to ending the day. 
Nanti Zaim dan Safiyya kalau dah besar kena tengok balik semua gambar-gambar ni tau. Mak ayah korang bukan main bestfriend lagi.



17/8/2016
Senyum kau nak. Menusuk kalbu ibu. Hahaha


20/8/2016 - Sabtu
Isteri En Mozek, Kak Ayu dapat offer mengajar class baking di Kolej Komuniti Penampang. So, anak dia Shamel tak de orang jaga. Kak Ayu mintak aku jaga kan Shamel. Seriusly cuak kotttt jaga anak oranggg. Hahahaha.
Shamel nangissss je sebab dia memang tak biasa dengan orang. Sama lah macam Zaim ni.
Aku umpan Shamel dengan Didi and friends je. Hahaha sorry shamel. Cik sue tak tau nak buat apa dah. Bila dengar lagu Didi je yang boleh buat shamel tak nangis. Uwaaaa

Time ni Zaim baru bangun tido, pastu tetibe tengok Ibu pangku orang lain. Terus pandang tak puas hati. Hahahaha
Sorry for low quality of photo. Hengpong ayah ni boleh tukar dah ni rasanye =,=




23/8/2016 - Selasa

Siapa yang paling happy bila ayah balik terus bagi makan kat Zaim? Tentu lah ibu. Hahahaha
Zaim makan pisang masa ni. Favorite sangat lah Zaim kat pisang ni. Kangkang cover sikit nak oi.




25/8/2016 - Khamis
Teman ayah and ibu minum petang kat Restoren Kak Tini. Yang warna putih depan Zaim tu pau. Pipi Zaim pon tak kurang pau nye. Hahaha

Sorry for the low quality of photo. You know who the owner kan. Hahaha





26/9/2016
Melawat cik Farah di Hospital Likas.
Cik Farah stay strong k. Bang Im tak sabar nak gomol baby cik Farah ni. Hehehe


Teman ibu makan roti canai. Aku rasa roti canai sini yang paling rasa semenanjung sekali. Kuah kari sedap. Kuah Dal sedap. Roti lembut. Sedap,sedap! pasni boleh pergi cafe hospital untuk makan roti canai. Hahahaha. Kesian ke tidok


29/8/2016

Masa ni hujan pastu saja pakai kan blanket kat kepala Zaim. Hahahaha. Dia redhoooo je
Kalau Zaim ada adik perempuan nanti (NANTI YE), cemni ke rupa dia? Hahahaha



11/9/2016 - Ahad
Ingat tak Shamel yang aku jaga hari tu? Kakak Shamel, Aleeya masuk hospital sebab semput. Disebabkan Shamel still breastfeed so, terpaksa lah ayah Aleeya yang jaga Aleeya dekat wad. 
Then, Kak Ayu (mak Aleeya) mintak tolong kiteorang untuk hantar dia pergi hospital.

Bila duduk jauh dari family ni, kawan-kawan lah yang kita selalu sangat harapkan. Aku selalu fikir kalau salah sorang dari kami, aku atau pun Syafiq sakit (mintak dijauhkan Ya Allah) dekat sapa lah kiteorang nak mintak tolong jagakan Zaim. Haih, mengalir air mata beb kalau difikir fikirkan. So, korang-korang yang sentiasa dekat dengan family tu, bersyukur lah dengan segala nikmat tu.
Nikmat yang kami duduk jauh ni nak sangat-sangat dapat. Hmmmm kan dah sedih. Hahaha

Terpaling suka lah ni kalau ayah buat mcm tu.



Ibu selalu hairan tengok ayah kendong Zaim macam tu. Masalahnya Zaim okey je. Senyappppp jeee tak berbunyi. Heran nengok eh.

12/9/2016 - Isnin
Salam Aidil Adha!
dan selamat 7 bulan Bang Im sayang!




Awal pagi lagi Bang Im dah bangun kengkonon nak ikut ayah pergi sembahyang. Tapi tidak lah, dalam kereta dia bantai tido.

Awal pagi lagi, ustazah fevret Zaim ( hai ustazah ani ) ada buat open house. 
Makan sedap ustazah ani buat nasi minyak dengan ayam sambal. Eh, tak tau lah nasi minyak ke nasi tomato. Ibu makan je. Hahaha!

sampai ke petang, and malam pon still ada open house so, ibu gantung periuk!

okey dah cukup untuk cerita Zaim 6 bulan. 

Next kita cerita Zaim 7 bulan pulak k. Hehehe. Tunggu ibu rajin!





















01 August 2016

Jamuan Raya Geng GPS

Fuhhhhh, baru je habis jamuan raya geng GPS.



Kali ni buat kat rumah sendiri so agak kelam kabut la. Tapi best sebab Zaim boleh tidur lena pastu bangun-bangun terus senyum. Hahahaha






majlis baru selesai terus update ni. Hahaha. 
Semangat ke tidoookkk?











Keluarga besar Geng GPS


Ini lah antara yang best duduk dekat Sabah ni. Keluarga jauh, kawan kawan lah yang boleh buat jadik keluarga kat sini. 




Hari ni safiyya mood tak berapa baik sangat. Selalunya dia yang okey. Hari ni kacau waktu tidur dia tu yang mengamok tu. Kecian piyya ibu. Hehe


Mat ni kemahin happy hari ni. Semua aunty dok pegang, agah, ajak main dengan dia pon dia okey je. Ibu is happy! Hahahaha



Alahai tak penuh pulak gambar menu hari ni.
Wany bawak nasi hujan panas dengan ayam sambal. Sedap wehhhh. Nanti nak resepi pleaseeeee!

Aku buat mee bandung hentam je resepi. Ade rasa sikit-sikit kira okey lah tu. Hahahah. Adil bawak ayam kari. pon sedap jugak, pandai jugak Adil masak.
Izzaty bawak rendang ayam huhhh sedap!

Itu je pun menu nya tapi Alhamdulillah mencukupi.

Tak tau kenapa macam seronok je makan-makan kali ni. Sebab aku masak tak rushing kot. Hahaha. Yelah masak mee bandung je. Start kol 4 masak pastu pukul 6 macam tu dah settle dah semua. Tak macam tahun lepas, masak soto. Mana nak buat sup lagi, ayam racik, sos kicap, begedil huiiiii sampai orang datang tak siap-siap lagi masak. Pastu stress, pastu rushing nak pakai baju semua, pastu tudung tak iron pastu bad mood. Hahahahaha

Okey lah, Alhamdulillah kali ni berjalan lancar.
nanti ade rezeki kita buat lagi k.






Yeayyyy! Anak siapa dah pandai meniarap ni!!

Ibu still ingat first time Zaim meniarap sendiri 29 July ( Isnin ) pukul 2 lebih petang. Saksi time tu ayah dengan Cik Farah! Hahahahaha

I love youuuuu Zaim!











25 July 2016

Hurggh. Tak boleh tido

Tak boleh tido and here I am. Hehehe


Aku selalu jeles dengan kawan-kawan dekat semenanjung sebab hmmmm .... sebab banyak perkara.

First, sebab dieorang dekat dengan famili. Uwaaa bestnya every weekend balik kampung. Waaa best nya emak dia tolong jagakan anak pastu dating dengan suami pergi tengok wayang. Uwaaaa best nya makcik dia ajak open house datang makan-makan. Uwaaaaa. 


Second sebab senang jumpa kawan-kawan. To be honest, lepas kahwin dan tak kerja dan pindah sabah aku macam tak ade kawan. Huahuahua.

 I means, tak ada kawan bersosial. Tak de kawan ajak minum2 ke, makan2 ke. Macam zaman solo dulu. Hehehe. Jeles tau tgk org lain jumpa ramai kawan2. Dont get me wrong lah, kat sini pon ramai kawan jugak, tapi aku rindu nak lepak lepak dengan Ekin, An, Jijah, Anem, Ikin macam dulu2. Kalau kat semenanjung senang lah kot kan.

Banyak lagi lah sebab musabab nye. Hehehe. Senang kata, bestnyaaaaaa kalau Syfq kerja kat semenanjung. Hahahaha

BUT, 


ada suatu hari tu aku sedar yang, duduk sabah banyak bagi aku pengalaman. 

Satu, pengalaman duduk di tempat orang. Sabah dengan sini tak lah banyak beza, cuma banyak jugak lah aku belajar cara/budaya orang sini. Dekat sini agama tak membezakan manusia. Kalau orang semenanjung risau betul salib kemain banyak kat mana mana kan, sini tak. Almost every daerah ada churc. Pastu tanda salib bukan kecik2, sebesar mungkin. Hahahaha. Tapi orang islam kat sini tak de pulak nak buat rusuhan ke bantahan ke suruh turunkan tanda salib tu. Dieorang rilex je. Sama jugak dengan surau, nak buat ceramah ke marhaban ke apa2 buat lah. Dieorang hormati agama masing2. Dan banyak lagi lah kalau nak cerita. 



Nanti sambung lagi lah. Ngantok sudah sa ni.
Hahahaha

Pssst : sa is saya okey bahasa sabah!




26 June 2016

Buat ape tu?



Ape tu last update tahun lepas. Phewww





Ade ni ha. Tengah belek budak ni








Being a mom is just too awesome for me. 

Kalau dulu, apa yang aku fikir setiap hari adalah apa yang terbaik untuk aku, but now,

 its still about me. Come on guys. Hahahaha

No lah, to be honest memang budak ni lah yang akan aku fikirkan setiap hari. 
Fikir bila last dia menyusu, pampers dia penuh ke tak, bintat kena gigit nyamuk semalam dah hilang ke belum, bila last poo poo dan lain-lain.

Menjadik emak yang tidak bekerja dan menjaga/meneliti setiap inci perkembangan anak setiap hari, is just beyond my expectation.




Siapa sangka, anak polos yang tidak tahu apa-apa ini, terlalu banyak mengubah hidup aku dan suami.


Zaim, nanti kita bergomol okey. Ibu nak update blog sekejap. Hahaha 


Aku serius nak cerita about my labour journey, tapi mcm belum datang semangat tu. Hahaha.

Nanti lah, soooooon!







11 October 2015

Saman



Aku dah siapkan post ni awal. Tapi tak tau kenapa aku tak tekan update. Hahahaha. Aci tak baru sekarang nak post?




______________________________________________________________________________

30 April 2015
Sebulan lebih sebelum kahwin.





Nasib hari ni pakai lawa sikit. Dapat kurang saman dengan abang JPJ. Hahahaha



Aku pergi kerja naik motor hari ni. Mood, happy. Siap bawak bekal pergi kerja, lauk paprik dengan telor dadar okey. Gigih ke tak kak long? Hahahaha




8.45 pagi aku gerak. bawak mcm biase sekali tiba-tiba ade roadblock.


Rilek-rilek. Wallet aku ingat aku bawak tadi. Dalam wallet ic ada, lesen ada. L aku yang tertangguh setahun tu dah aku P kan tahun lepas. Hahahaha


" Mintak lesen dengan road tax dik"

Road tax pun hidup lagi sebab ayah orang yang paling suka tanya " road tax kau hidup lagi tak long? Angah? Road tax dah renew belum? ''

Jadi aku confident matikan enjin, keluarkan ic dan bukak seat/bonet (what we call it?) motor sebab aku simpan road tax dekat situ.

2 minit kemudian.

" Lesen baru ada? "

Ehhhhhh... ehhhhhh.... ehhhh

" Lesen tamat 3 March ni dik "



*awan jadi malap*
*guruh berdentum*
*hujan turun dengan lebatnya*
*masukkan kan lagi scene-scene biasa dalam filem tamil. Wakakakaka*




" Oh ye ke encik? saya lupa lah encik nak renew lesen. lupa sungguh sungguh ni encik "

kata aku bersungguh sungguh sambil buat sengih sumbing.



* Sementara encik JPJ tu tulis saman, aku pikir, gaji bulan ni tolak sewa rumah, tolak duit beli hantaran, tolak service kereta.. perghhh tolak pulak saman bodoh ni 300 perghhhh!




Senyum senyum depan abang JPJ lepastu abg JPJ cakap macam ni,

" Takpe lah, sy letak kesalahan kecil je lah dekat sini. Saya letak kesalahan awak, tak tampal sticker P. Pergi bayar RM 40 je nanti dekat JPJ "






Ya tuhannnnnnn. Selamat 300 haku!








 * ini bukan rasuah kan? ini kira macam kawtim kan? Hahahahaha









28 July 2015

This Feelings....

officially married to Muhammad Syafiq bin Mohd Kamal on 22nd May 2015. Alhamdulillah.







tak nak bercerita mengenai hal perkahwinan sebab aku plan nak up satu entry untuk wedding. Konon nya lah. 



Nowadays aku ada rasa nak makan yang membuak buak. Hmmm, rasa nak makan yang tak boleh dikontrol. Kengkadang pukul 10 teringin nak kueh tiew goreng pedas, makan tengah hari nak makan masak asam pedas. Adoi adoi adoi. Sebagai seorang suami, aku percaya semua suami pun akan buat benda yang sama, mesti akan usaha jugak carik kan apa yang bini-selera-tak-menentu dia ni nak makan. likes, sape tak sayang bini hoiiii. wakakak




Tapi baru ni tadi, aku buat hal lagi. 


" Lapar lahhhh...." 
" Rase nak makan ape? "


" Hmmmm......." 
Seriously, aku tak tau nak makan apa. Tapi lapa. Tapi tak tau nak apa. 
Aku terus pikir. nak makan apa eh. Hmmmmm. apa yang sedap eh. Aku tak de idea.


" Kalau awak jadi aku, awak nak makan ape?"

" Aku..... aku tak makan malam" balas Syafiq

" Tak..tak..kalau awak jadik aku? Awak rase tekak awak nak makan ape? "





Syafiq terus bertukar jadik HULK.





















Tak la, tipu je. Cerita dia panjang lagi. Tapi aku pendekkan, 


Sekarang tengah tunggu Syafiq balik bawak makanan. Harap-harap dia tak bawak balik ulat sagu masak lemak!






Aduhaiiii perut. Tapi betul, aku tak tau nak makan apa. rase macam nak KFC, tapi ayam dia mcm berminyak je, rasa macam nak nasi goreng ayam, tapi orang kat sini tak pandai masak nasi goreng ayam. Hmmmmmmm





OK BAI. SYAFIQ DAH BALIK!